Menjawab ujian psikometrik tanpa memahami bagaimana ianya menilai personaliti anda boleh menyebabkan kekeliruan dan pemilihan jawapan yang kurang tepat.
Artikel ini akan menunjukkan anda bentuk soalan yang akan mengukur personaliti yang diperlukan untuk jawatan Pegawai Sains Gred C41.
Anda juga akan didedahkan dengan tips dan teknik jawab yang khusus berdasarkan konteks soalan untuk memastikan konsistensi jawapan.
Anda tidak perlu berteka-teki apabila menjawab soalan. Sebaliknya, anda dapat memilih jawapan berdasarkan kriteria soalan dan aspek personaliti yang diukur, menjadikan pilihan jawapan yang lebih tepat.
Sifat-sifat yang bersesuaian dengan jawatan
Ujian psikometrik Pegawai Sains C41 mengukur pelbagai aspek personaliti untuk memastikan kesesuaian calon dengan jawatan yang dipohon.
Setiap soalan mempunyai penilaian yang unik untuk menilai personaliti, integriti dan kompetensi.
Pemilihan calon yang ideal penting untuk memastikan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Dalam ujian kali ini, 10 sifat yang akan dinilai adalah:
-
Integriti
-
Bertanggungjawab
-
Profesionalisme
-
Kebebasan
-
Adil & saksama
-
Penyayang & mesra pelanggan
-
Kerahsian
-
Kompeten & teliti
-
Berdisiplin
-
Berfikiran analitikal
Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Sains Gred C41
Soalan psikometrik SPA direka untuk mengukur pelbagai sifat yang unik dan ciri-ciri kompeten yang dimiliki oleh calon. Contoh-contoh soalan yang bersesuaian dengan sifat-sifat yang diperlukan sebagai Pegawai Sains Gred C4 adalah seperti:
1. Integriti
Integriti merujuk kepada kejujuran dan ketelusan dalam melaksanakan tugas, tidak terpengaruh godaan dan menjunjung tinggi prinsip moral dan etika.
(8) Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.
- Sangat kerap
- Kerap
- Tidak pasti
- Kadang-kadang
- Tidak pernah
Penerangan: Jawapan "Tidak pernah" menunjukkan anda berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan tanpa menggunakan cara yang tidak jujur. Ini menunjukkan tingkah laku yang jujur dan telus.
(53) Saya akan menyimpan baki wang yang terlebih bayar kepada saya.
- Sangat kerap
- Kerap
- Tidak pasti
- Kadang-kadang
- Tidak pernah
Penerangan: Jawapan "Tidak pernah" menunjukkan kecenderungan anda mematuhi prinsip moral yang tinggi. Anda rasa bertanggungjawab untuk memulangkan wang, mencerminkan kepatuhan etika yang tinggi.
2. Bertanggungjawab
Sifat bertanggungjawab merupakan komitmen tinggi terhadap tugas, menyiapkan kerja pada masa yang ditetapkan dan bersedia menerima akibat dari tindakan sendiri.
(10) Terus berusaha sehingga semuanya sempurna.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
Penerangan: Individu yang berusaha menyempurnakan setiap tugasan sangat bertanggungjawab. Mereka tidak berhenti selagi tugas mereka belum sempurna. Jawapan "Setuju" menunjukkan dedikasi terhadap kerja yang baik.
(14) Saya biasanya mengotakan janji untuk melaksanakan sesuatu, walaupun ia menyusahkan atau tidak menyenangkan.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
Penerangan: Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan anda memiliki komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab. Anda memegang prinsip bahawa janji adalah sesuatu yang mesti ditepati walaupun ianya membebankan diri anda.
3. Profesionalisme
Sifat profesionalisme ialah tindakan seperti berpenampilan kemas, berkelakuan sopan dan mematuhi etika kerja dalam setiap interaksi.
(54) Saya mematuhi dasar dan peraturan organisasi.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
Penerangan: Mematuhi dasar dan peraturan organisasi merupakan tuntutan asas profesionalisme dalam sesebuah organisasi. Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan individu tersebut mempunyai tahap integriti dan komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab kerjanya.
(55) Saya berusaha untuk menyesuaikan diri kepada keadaan kerja walaupun ianya sukar.
- Sangat tidak setuju
- Agak tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
Penerangan: Kesediaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan kerja yang sukar mencerminkan sikap profesional seperti fleksibiliti, ketahanan dan komitmen tugas. Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan individu tersebut memiliki daya tahan dan kesungguhan untuk menghadapi cabaran dalam persekitaran kerja.
4. Kebebasan
Kebebasan adalah kemampuan untuk bekerja secara berdikari tanpa banyak bergantung dengan orang lain atau dipengaruhi tekanan luar.
(28) Saya selesa membuat rancangan sendiri tanpa gangguan dan cadangan orang lain.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
Penerangan: Orang yang lebih gemar membuat rancangan sendiri tanpa gangguan atau cadangan orang lain menunjukkan sifat berdikari yang tinggi. Memilih jawapan "Setuju" mencerminkan kehendak untuk menentukan hala tuju sendiri dan kurang bergantung dengan orang lain dalam membuat keputusan.
(51) Saya yakin dengan pertimbangan, pembuatan keputusan, idea dan keupayaan saya.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
Penerangan: Keyakinan terhadap pertimbangan, pembuatan keputusan, idea dan keupayaan sendiri menunjukkan sifat berdikari yang tinggi. Jawapan "Sangat setuju" mencerminkan kepercayaan yang tinggi kepada kemampuan diri sendiri tanpa perlu terlalu bergantung kepada orang lain.
5. Adil & saksama
Sifat adil dan saksama adalah memberi layanan sama rata tanpa diskriminasi dan mengambil pandangan semua pihak serta membuat keputusan yang adil.
(20) Saya memberi layanan berbeza mengikut status sosial.
- Sangat setuju
- Setuju
- Tidak pasti
- Tidak setuju
- Sangat tidak setuju
Penerangan: Memberi layanan berbeza mengikut status sosial menunjukkan sikap tidak adil dan diskriminatif. Jawapan "Sangat tidak setuju' mencerminkan nilai kesaksamaan dan keadilan, di mana seseorang melayani semua individu sama rata tanpa mengira status sosial mereka. Ini menunjukkan penghargaan terhadap maruah dan nilai setiap individu tanpa prejudis atau diskriminasi.
(22) Saya boleh menghormati orang walaupun dia tidak menghormati saya..
- Sangat setuju
- Setuju
- Tidak pasti
- Tidak setuju
- Sangat tidak setuju
Penerangan: Keupayaan untuk menghormati orang lain walaupun tidak dihormati mencerminkan sifat adil dan saksama yang tinggi. Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan sikap yang tidak berat sebelah dan mempraktikkan keadilan tanpa mengambil kira layanan yang diterima daripada orang lain.
6. Penyayang & mesra pelanggan
Sifat penyayang dan mesra pelanggan seperti berempati, memahami keperluan pelanggan dan memberi layanan dengan sikap ramah dan sabar.
(3) Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.
- Sangat kerap
- Kerap
- Tidak pasti
- Kadang-kadang
- Tidak pernah
Penerangan: Menerima tetamu dengan layanan baik menggambarkan sikap mesra dan penyayang. Jawapan "Sangat kerap" menunjukkan keramahtamahan yang tinggi.
(17) Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah.
- Sangat tidak setuju
- Agak tidak setuju
- Tidak setuju mahu pun setuju
- Agak setuju
- Sangat setuju
Penerangan: Mengambil peduli dan menunjukkan keprihatinan terhadap masalah kawan mencerminkan sifat penyayang. Jawapan "Sangat setuju" menggambarkan sikap empati dan sokongan yang kuat.
7. Kerahsiaan
Kerahsiaan ialah menjaga informasi sensitif dengan baik, tidak menyebarkan rahsia, dan menghormati privasi orang lain.
(23) Saya tidak menceritakan hal mereka kepada orang lain.
- Sangat setuju
- Setuju
- Tidak pasti
- Tidak setuju
- Sangat tidak setuju
Penerangan: Tidak menceritakan hal peribadi orang lain mencerminkan sifat kerahsiaan yang tinggi dan menghormati privasi individu. Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan komitmen kuat terhadap prinsip kerahsiaan.
(56) Saya berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan orang lain sekirannya diperlukan.
- Tidak pernah
- Kadang-kadang
- Kerap
- Sangat kerap
Penerangan: Berkongsi maklumat dan pengetahuan yang diperlukan menunjukkan sifat kerahsiaan yang baik, di mana maklumat sensitif tidak didedahkan sewenang-wenangnya. Jawapan "Kerap" menggambarkan kebijaksanaan dalam mengendalikan maklumat.
8. Kompeten & ketelitian
Sifat kompeten dan ketelitian adalah memiliki pengetahuan dan kecekapan untuk melaksanakan tugas dengan baik dalam setiap detail pekerjaan.
(7) Saya segera mengambil tindakan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
Penerangan: Mengambil tindakan segera dan berkesan untuk menyelesaikan masalah menunjukkan sifat kompeten dan ketelitian. Jawapan "Sangat setuju" mencerminkan kebolehan untuk bertindak efisien dalam menangani isu-isu.
(86) Saya biasanya memeriksa semua aspek laporan bertulis bagi memastikan tiada perkara yang tidak dimasukkan.
- Sangat tidak menggambarkan diri saya
- Tidak menggambarkan diri saya
- Agak menggambarkan diri saya
- Menggambarkan diri saya
- Sangat menggambarkan diri saya
Penerangan: Memeriksa laporan secara teliti untuk memastikan kelengkapan maklumat mencerminkan sifat ketelitian dan kompetensi yang tinggi. Jawapan "Sangat menggambarkan diri saya" menunjukkan perhatian mendalam terhadap butiran dan kualiti kerja.
9. Berdisiplin
Sifat berdisiplin adalah seperti mematuhi peraturan dan prosedur, menghargai waktu dan mampu bekerja secara berdikari dengan sedikit pengawasan.
(33) Saya biasanya memenuhi komitmen kerja.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
Penerangan: Memenuhi komitmen kerja mencerminkan sifat berdisiplin dan bertanggungjawab. Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan ketetapan hati untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang.
(54) Saya mematuhi dasar dan peraturan organisasi.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
Penerangan: Mematuhi dasar dan peraturan organisasi merupakan manifestasi sifat disiplin. Jawapan "Sangat setuju" mencerminkan penghormatan terhadap arahan dan tatatertib yang ditetapkan.
10. Berfikiran analitikal
Berfikiran analitikal adalah tindakan membuat keputusan bijak mengikut data dan fakta, penting dalam perancangan strategik dan pengurusan risiko.
(9) Saya cuba membentuk kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atipikal.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
Penerangan: Berusaha mencari kaedah baharu untuk menyelesaikan masalah atipikal menunjukkan pemikiran analitikal yang kreatif dan terbuka kepada pendekatan alternatif. Jawapan "Sangat setuju" mencerminkan sikap inovatif dan kesediaan untuk menangani cabaran dengan cara yang berbeza.
(89) Saya memeriksa pilihan yang ada dan implikasinya untuk memilih penyelesaian yang terbaik.
- Sangat tidak setuju
- Agak tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
Penerangan: Menilai pilihan dan implikasinya secara menyeluruh untuk mendapatkan penyelesaian terbaik mencerminkan pemikiran analitikal yang mendalam. Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan pendekatan yang teliti dalam membuat keputusan.
Tips & teknik menjawab soalan psikometrik SPA
Berikut adalah beberapa panduan dan strategi untuk membantu anda menjawab soalan psikometrik SPA dengan lebih efektif:
1. Jawab dengan jujur
Jawapan yang terbaik ialah jawapan yang menggambarkan sikap dan tingkah laku sebenar anda. Jangan pilih jawapan semata-mata mahu nampak baik atau positif jika anda tidak tahu bagaimana ujian psikometrik berfungsi sepenuhnya.
Misalnya, jika soalan berbunyi, "Saya suka mengambil risiko" tetapi anda tidak suka kepada tekanan, maka jawablah "Tidak setuju".
Sebab agak sukar memanipulasikan jawapan sehingga soalan ke 199. Anda mungkin tidak sengaja menekankan satu aspek personaliti sahaja dan mengorbankan aspek yang lain. Lihat contoh soalan seterusnya:
1. Saya selalu berusaha menyelesaikan tugas tepat pada masanya.
2. Saya sering merasa cemas atau tertekan.
Jika anda jawab kedua-dua soalan ini "Sangat setuju / Setuju", maka wujud percanggahan dalam personaliti diri anda. Orang yang teliti (menyiapkan tugas tepat pada masanya) kurang mengalami tahap kebimbangan yang tinggi kerana mereka mengurus masa atau tugas dengan baik.
2. Jawapan konsisten
Konsistensi jawapan adalah kunci kepada penghasilan profil personaliti yang tepat. Ia mencerminkan kejujuran anda menjawab soalan-soalan psikometrik dan memastikan jawapan anda menggambarkan diri anda yang sebenar.
1. Saya seorang yang suka bergaul.
2. Saya lebih suka menghabiskan masa bersendirian.
Memilih jawapan "Sangat setuju / Setuju" untuk soalan 1 dan 2 adalah tidak konsisten kerana ia memberi gambaran songsang antara sifat ekstrovert dan introvert.
3. Saya seorang yang cermat dan teratur.
4. Saya sering menangguhkan kerja hingga saat akhir.
Memilih jawapan "Sangat setuju / Setuju" untuk soalan 3 dan 4 juga menunjukkan tidak konsisten dalam aspek keteraturan dan disiplin diri.
Konsistensi jawapan membolehkan personaliti diri anda dapat dinilai dengan tepat berdasarkan sikap dan kecenderungan anda. Jadi, amat penting untuk jawab setiap soalan dengan cermat dan teliti sepanjang ujian dijalankan.
3. Elakkan jawapan ekstrem
Jawapan ekstrem merujuk kepada jawapan "Sangat setuju / Sangat tidak setuju" tanpa menilai konteks soalan terlebih dahulu.
Dalam erti kata lain, pandangan yang terlalu kuat atau pun lemah mungkin tidak realistik kerana ianya tidak menggambarkan fleksibiliti dalam pemikiran anda.
Contoh soalan:
Saya selalu bersedia bekerja lebih masa tanpa mengharapkan ganjaran tambahan.
"Sangat setuju" adalah jawapan ekstrem kerana menunjukkan sikap tidak realistik atau menggambarkan kurang kepentingan kepada kesejahteraan diri.
"Setuju" adalah jawapan seimbang kerana menunjukkan anda bersedia bekerja lebih masa tetapi masih memahami kepentingan keseimbangan kerja-hidup.
Terdapat juga situasi jawapan ekstrem diperlukan, terutamanya soalan berkaitan dengan prinsip etika atau moral yang tidak boleh dikompromi.
Saya tidak akan pernah berbohong kepada pelanggan.
Memilih jawapan "Sangat Setuju" mungkin sesuai kerana ia menunjukkan komitmen anda yang kuat terhadap integriti.
4. Pertimbangkan konteks soalan
Menilai konteks soalan terlebih dahulu boleh membantu anda menjawab soalan psikometrik dengan konsisten berdasarkan nilai-nilai yang diukur.
Misalnya, soalan yang menyentuh soal integriti seperti amanah, tanggungjawab atau disiplin biasanya berbentuk situasi yang menguji prinsip moral, etika dan tindakan.
Perhatikan contoh soalan berikut:
1. Saya akan melaporkan rakan sekerja yang melakukan penipuan kepada pihak atasan.
Soalan ini dengan jelas mengukur sikap jujur dan amanah. Tindakan melaporkan kesalahan rakan sekerja dalam situasi tersebut dilihat satu tindakan berintegriti.
2. Kadangkala saya perlu menyembunyikan maklumat tertentu demi memastikan projek berjalan lancar.
Soalan ini boleh dilihat sebagai usaha menyelesaikan masalah, tetapi ia bertentangan dengan sifat ketelusan kerana menyembunyikan maklumat.
3. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai sasaran walaupun terpaksa mengabaikan beberapa prosedur.
Soalan ini seolah-olah menunjukkan dedikasi yang tinggi kepada syarikat, tetapi ia sebenarnya melanggar etika dan kepatuhan kepada peraturan.
Ketiga-tiga soalan ini jika anda jawab "Sangat setuju / Setuju", skor ujian anda akan menjadi rendah kerana ia tidak menggambarkan sikap sebenar diri anda.
Baca soalan dan pertimbangkan dengan teliti bagaimana jawapan yang anda pilih mencerminkan nilai yang diuji. Kegagalan memahami konteks soalan boleh menyebabkan masalah kebolehpercayaan.
Jangan tergesa-gesa memilih jawapan berdasarkan tanggapan pertama. Fikirkan bagaimana pilihan anda membentuk gambaran penuh personaliti diri anda.
5. Buat banyak soalan latihan
Setiap soalan psikometrik direka khusus untuk menguji aspek unik personaliti anda.
Salah satu cara untuk mengenal pasti jenis dan ciri-ciri soalan yang diuji ialah dengan membuat banyak latihan soalan-soalan psikometrik. Latihan yang berterusan dapat membantu anda meningkatkan ketepatan dan konsistensi jawapan.
Antara kelebihan membuat banyak latihan soalan ialah:
-
Meningkatkan kefahaman diri: Membantu anda memahami kekuatan dan kelemahan, membolehkan jawapan yang lebih jujur dan tepat.
-
Mengadaptasi pelbagai situasi: Mempersiapkan anda untuk pelbagai jenis soalan dan situasi yang mungkin muncul.
-
Memperbaiki kecekapan masa: Mengajar anda mengurus masa dengan lebih efisyen untuk setiap soalan.
-
Mengurangkan tekanan: Membiasakan anda dengan format dan jenis soalan, mengurangkan kebimbangan semasa ujian.
-
Memahami pola dan corak soalan: Membantu anda mengenal pasti pola soalan yang sering muncul, memudahkan persediaan.
-
Meningkatkan keyakinan diri: Latihan konsisten meningkatkan keyakinan dalam menjawab soalan dengan tepat dan konsisten.
Rujukan khas ujian psikometrik
Rujukan Ujian Psikometrik 2024 daripada Tim Infokerjaya sangat disyorkan kepada calon yang ingin membuat ulang kaji soalan secara lebih lanjut.
Dalam rujukan ini mengandungi 200 contoh soalan psikometrik beserta penerangan jawapan berdasarkan konstruk-konstruk personaliti yang diukur oleh pihak SPA.
Dapat rujukan ini segera jika anda menambah koleksi rujukan soalan psikomterik anda kerana dalam ujian sebenar calon akan diberikan maksimum 199 soalan.
Ini maklum balas calon yang pernah menjadikan ebook psikometrik Tim Inforkerjaya sebelum rujukan utama mereka...
Klik sini untuk dapatkan rujukan.
Penutup
Menghadapi ujian psikometrik memerlukan persediaan rapi dan pemahaman tentang nilai-nilai yang diukur dalam setiap soalan.
Melalui penerapan teknik-teknik yang telah dibincangkan, anda boleh meningkatkan peluang untuk lulus dalam ujian kali ini. Dengan latihan yang berterusan, anda akan lebih bersedia dan yakin menjawab soalan-soalan ini.
Akhirnya, persediaan yang baik bukan sahaja membantu anda berjaya dalam ujian ini, tetapi juga membentuk asas yang kukuh untuk kerjaya sebagai Pegawai Sains Gred C41. Teruslah berusaha dan semoga berjaya dalam mencapai cita-cita anda.