fbpx

Tips Menjawab Ujian Psikometrik 2024

Anda rasa stress setiap kali nak menduduki ujian psikometrik?

Selalu keliru nak jawab soalan-soalan psikometrik yang agak subjektif?

Dah banyak kali pun gagal dalam ujian psikometrik?

Kami ada petua untuk anda! Cuba kuasai tips ini.

Rahsianya terletak pada keupayaan mentafsir maksud sebenar di sebalik setiap soalan psikometrik. Sebelum mula menjawab, tanyakan diri anda:

  • Mengapa pihak majikan mengajukan soalan tersebut?
  • Apakah ciri personaliti yang ingin dikesan melalui soalan itu?
  • Bagaimanakah ciri personaliti itu berkait dengan jawatan dipohon?

Dengan membangkitkan persoalan-persoalan ini, anda akan mendapat gambaran untuk memilih jawapan paling sesuai dan meningkatkan peluang kejayaan anda!

Untuk memudahkan kefahaman, kami berikan 7 contoh soalan psikometrik yang kerap ditanya. Bersedialah untuk membuka minda anda!

SOALAN 1
Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.
  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju

Ini soalan yang agak mudah dan straightforward.

Pertama sekali, tanya diri anda. Kenapa pihak SPA tanya soalan ini:

  • Adakah mereka mahu individu yang mudah bergaul dengan orang lain?
  • Adakah mereka mahu individu yang cepat menyesuaikan diri dalam kumpulan?
  • Adakah mereka mahu individu yang boleh bekerjasama dengan orang lain?

Jawapan anda akan mencerminkan personaliti anda. Anda tidak mahu dilihat sebagai introvert jika jawatan yang dipohon bertaraf pegawai.

Untuk menunjukkan sikap peramah dan mudah mesra, jawapan "Setuju" atau "Sangat setuju" adalah pilihan sesuai.

Pihak SPA juga mencari individu yang boleh bekerjasama atau seorang team player.

Jika anda rasa ada ciri-ciri tersebut maka, pilih jawapan "Sangat setuju".

Jika tidak, memadai jawapan "Setuju" untuk menggambarkan sikap suka bersosial.

Sangat tidak setuju = Saya terlalu pemalu.
Setuju = Saya suka berkenalan.
Sangat setuju = Hai, kawan baru!

SOALAN 2
Kita hidup dalam dunia yang tidak adil.
  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju

Soalan ini boleh dikatakan sukar dan agak tersirat. Ia ingin menguji perspektif anda tentang kehidupan - positif atau negatif.

Fikirkan, mengapa pihak SPA tanya soalan tersebut:

  • Adakah mereka mencari individu yang berfikiran positif?
  • Adakah mereka mencari individu yang tidak suka mengeluh?
  • Adakah mereka mencari individu yang boleh menerima kritikan?

Jika anda kata "Ya", jawapan yang sesuai ialah "Tidak setuju".

Mungkin ada yang terfikir nak jawab "Setuju" kerana realiti hidup setiap orang tak sama.

Namun, dari sudut personaliti, perspektif hidup amat penting!

Ia mencerminkan sikap seseorang - sama ada positif atau negatif.

Majikan juga mengutamakan pekerja yang bersikap positif dan terbuka untuk memperbaiki diri.

Dengan menjawab "Tidak setuju", anda menunjukkan sikap yang optimis dan kematangan emosi untuk menerima kritikan.

Sangat tidak setuju = Segalanya adil untuk saya.
Tidak setuju = Saya berpandangan positif!
Sangat setuju = Dunia memang tidak adil!

SOALAN 3
Saya berasa terganggu / sedih apabila saya melihat orang lain menangis.
  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju

Soalan ini menguji tahap kawalan emosi anda. Mulakan dengan persoalan berikut:

  • Adakah pihak SPA mahukan individu yang memiliki daya tahan?
  • Adakah pihak SPA mahukan individu yang mampu mengawal emosi apabila melihat kesusahan orang lain?

"Tidak setuju" adalah jawapan paling sesuai, tetapi bukan bermaksud anda tiada sikap empati terhadap orang lain.

Cuma anda jenis tidak mudah tergugat emosi hanya melihat air mata orang lain.

Seorang pegawai bomba tidak akan membiarkan kesedihan mengganggu tugas setelah melihat mangsa kebakaran menangis kerana kehilangan harta atau insan tersayang.

Individu yang mudah mengalami gangguan emosi berkait rapat dengan masalah depression atau anxiety.

Namun, jangan pilih "Sangat tidak setuju" pula kerana ia menggambarkan seolah-olah anda tidak berperikemanusiaan.

Dengan menjawab "Tidak setuju", anda menunjukkan kawalan emosi yang baik tanpa menghilangkan rasa empati.

Ia ciri penting yang diperlukan dalam kebanyakan kerjaya.

Sangat tidak setuju - Saya tidak ada perasaan.
Tidak setuju = Saya dapat kawal emosi.
Sangat setuju = Hati saya turut tersentuh.

SOALAN 4
Saya biasanya kekal tenang dalam situasi tertekan.
  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju

Seperti biasa, sebelum jawab soalan ini tanya diri anda:

  • Adakah pihak SPA mahukan individu yang berfikiran tenang untuk jawatan ini?
  • Adakah pihak SPA mahu individu yang mampu mengawal situasi tertekan?

Jika jawapannya YA, pilihan terbaik untuk soalan ini adalah "Sangat Setuju"!

Mungkin anda bertanya, "Bolehkah saya jawab 'Setuju'?"

Sebenarnya, jawapan 'Setuju' kurang tepat kerana ia menggambarkan terdapat ketika emosi anda terganggu apabila berhadapan dengan tekanan.

Anda tidak dapat mengawal situasi tertekan jika anda panik dan tidak berfikiran logik.

Dengan memilih 'Sangat setuju', ia menunjukkan emosi yang teguh menghadapi cabaran!

Oleh itu, keupayaan untuk kekal ketenangan amat penting!

Sangat setuju = Emosi saya stabil dalam tekanan / cabaran!

SOALAN 5
Saya lebih suka menyelesaikan sesuatu projek sebelum beralih ke projek seterusnya.
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Agak setuju
  • Sangat setuju

Soalan ini agak mencabar, namun penting untuk dijawab dengan teliti.

Tanya diri anda:

  • Adakah pihak SPA mencari individu yang boleh melakukan pelbagai tugas dalam satu masa?
  • Adakah pihak SPA mahukan individu yang boleh menyempurnakan kerja dengan standard yang tinggi?

Rata-rata majikan mencari pekerja yang multitasker (melakukan pelbagai tugas).

Namun, jika anda fokus menyelesaikan satu projek sahaja sebelum beralih ke projek seterusnya, anda tidak dilihat sebagai seorang multitasker.

Menyelesaikan projek satu persatu mungkin menghasilkan kualiti kerja yang baik.

Oleh itu, jawapan "Agak setuju" adalah yang paling sesuai. Mengapa?

Ia menunjukkan anda bersedia untuk multi-tasking, tetapi cenderung menyelesaikan satu projek dahulu sebelum beralih ke projek yang lain.

Menjawab "Sangat setuju" atau "Sangat tidak setuju" kurang dinasihatkan kerana ia memberikan gambaran yang 'ekstrem.

Dengan memilih respons yang sederhana, anda telah menunjukkan fleksibiliti untuk menyesuaikan diri dengan keperluan pekerjaan.

Sangat tidak setuju = Saya seorang multitasker sejati!
Agak setuju = Bergantung kepada situasi.
Sangat setuju = Fokus pada satu projek dulu.

SOALAN 6
Saya mengatur kerja saya dengan membuat senarai.
  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju

Kenapa anda rasa pihak SPA mengajukan soalan ini? Apakah relevannya?

  • Adakah mereka mahukan individu yang sangat tersusun dalam kerja mereka?

Sudah tentu! Kerana kerja yang tersusun dapat meningkatkan produktiviti.

  • Adakah mereka mahukan individu yang jarang membuat kesilapan atau terlepas deadline sesuatu kerja?

Ya, dengan senarai kerja seperti "to-do-list" atau "checklist", kesilapan dan kelewatan dapat dikurangkan.

Maka, jawapan "Sangat setuju" adalah pilihan terbaik untuk soalan ini. Mengapa?

Ia menunjukkan anda amat mengutamakan pengurusan dan perancangan dalam menjalankan tugas.

Ini memberikan gambaran positif tentang keberkesanan dan kecekapan anda!

Sangat setuju = Organisasi adalah kuncinya!
Sangat tidak setuju = Saya bekerja tanpa perancangan.

SOALAN 7
Apabila saya berhadapan konflik dengan rakan sekerja, saya meminta ketua saya membantu menyelesaikannya.
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Agak setuju
  • Sangat setuju

Soalan ini agak mencabar, tetapi penting untuk dijawab dengan bijak. Fikirkan:

  • Adakah pihak SPA mahukan individu yang dapat menangani cabaran seorang diri?

Sudah tentu, tetapi...

  • Adakah pihak SPA mahukan individu yang mengutamakan pasukan melebihi individu?

Ya, kerana pasukan yang solid adalah kunci kejayaan!

  • Adakah pihak SPA mahukan individu yang bersikap mesra dan bertolak ansur?

Pasti, kerana ia menggalakkan kerjasama dan suasana kerja yang positif.

Untuk soalan ini, jawapan "Sangat tidak setuju" atau "Sangat setuju" mungkin terlalu ekstrem.

Sebaliknya, jawapan seperti "Agak Tidak Setuju" lebih sesuai. Mengapa?

Ia menunjukkan anda berusaha menyelesaikan konflik sendiri terlebih dahulu, tetapi tidak teragak-agak untuk meminta bantuan ketua apabila perlu - demi kepentingan pasukan.

Dengan cara ini, anda menampilkan sikap berdikari dan berpasukan yang seimbang - ciri-ciri positif yang dipandang tinggi oleh majikan.

Sangat tidak setuju = Saya selesaikan sendiri!
Agak tidak setuju = Saya cuba selesaikan dahulu...
Sangat setuju = Saya minta ketua bantu.

Ekstrem positif vs Sederhana positif, nak pilih mana?

Pernah tak anda rasa dilema nak pilih jawapan "Sangat setuju" atau "Setuju"?

Apakah sebab anda memilih "Sangat setuju" berbanding "Setuju"?

Adakah anda rasa "Sangat setuju" lebih positif daripada "Setuju"?

Inilah dilema yang sering menganggu fikiran ramai calon ujian psikometrik.

Apa jua yang anda fikirkan, cuba fahami penjelasan ini...

Untuk pengetahuan anda, "ekstrem positif" merujuk kepada jawapan "Sangat setuju" atau "Sangat tidak setuju".

Manakala, "Setuju" atau "Agak Setuju" merupakan jawapan "sederhana positif".

Pilihan jawapan di antara ekstrem atau sederhana tidak semestinya menggambarkan sama ada anda positif atau lebih positif.

Ini disebabkan setiap soalan akan mengukur satu atau lebih ciri personaliti yang terdapat dalam diri seseorang calon.

Terdapat soalan yang mana jawapan "Sangat tidak setuju" adakalanya menggambarkan seolah-olah anda kurang empati.

Manakala, jawapan "Setuju" pula menunjukkan sikap yang lebih seimbang untuk soalan-soalan tertentu.

Oleh itu, memilih 'Sangat setuju' atau 'Sangat tidak setuju' bukan amalan terbaik (good practice) kerana boleh menyebabkan skor ujian anda menjadi rendah.

Anda perlulah mempertimbangkan konteks soalan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pilihan jawapan.

Sila rujuk soalan 3 dan 7 di atas untuk memahaminya secara lebih mendalam.

Rujukan Tambahan

Rujukan Ujian Psikometrik 2024 daripada Tim Infokerjaya sangat disyorkan kepada calon yang ingin membuat ulang kaji secara lebih mendalam.

Jika anda ingin mengetahui tips menjawab dan memahami soalan-soalan psikometrik dengan betul, dapat segera rujukan ini.

Ini maklum balas calon yang pernah menjadikan ebook psikometrik Tim Inforkerjaya sebelum rujukan utama mereka...

Rujukan Ujian Psikometrik 2024

  • Penerangan format ujian
Fahami format sebenar ujian psikometrik dan asas penilaian disebaliknya.
  • Tips & Teknik menjawab soalan
Ketahui konsep menjawab soalan dengan betul, perangkap soalan & punca kegagalan.
  • 200 contoh soalan & jawapan
Buat banyak soalan untuk meneroka personaliti anda. Jawapan disediakan dengan penerangan.
© 2022 Soflyy. All rights reserved.