Artikel ini akan menunjukkan anda bentuk soalan yang akan mengukur personaliti yang diperlukan untuk jawatan Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19.
Anda juga akan didedahkan dengan tips dan teknik jawab yang khusus berdasarkan konteks soalan untuk memastikan konsistensi jawapan.
Anda tidak perlu berteka-teki apabila menjawab soalan. Sebaliknya, anda dapat memilih jawapan berdasarkan kriteria soalan dan aspek personaliti yang diukur, menjadikan pilihan jawapan yang lebih tepat.
Sifat-sifat yang bersesuaian dengan jawatan
Setiap soalan mempunyai penilaian yang unik untuk menilai personaliti, integriti dan kompetensi.
Pemilihan calon yang ideal penting untuk memastikan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Dalam ujian kali ini, 10 sifat yang akan dinilai adalah:
- Integriti
- Bertanggungjawab
- Sabar
- Kompeten & teliti
- Disiplin diri
- Kejujuran
- Dedikasi
Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
1. Integriti
(8) Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.
- Sangat kerap
- Kerap
- Tidak pasti
- Kadang-kadang
- Tidak pernah
(53) Saya akan menyimpan baki wang yang terlebih bayar kepada saya.
- Sangat kerap
- Kerap
- Tidak pasti
- Kadang-kadang
- Tidak pernah
2. Bertanggungjawab
(10) Terus berusaha sehingga semuanya sempurna.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
(14) Saya biasanya mengotakan janji untuk melaksanakan sesuatu, walaupun ia menyusahkan atau tidak menyenangkan.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
3. Sabar
(144) Saya mampu mengawal emosi saya walaupun berhadapan dengan situasi yang sangat mencabar.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
(164) Saya tidak mudah berputus asa dan terus berusaha walaupun menghadapi kegagalan.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
4. Kompeten & ketelitian
(7) Saya segera mengambil tindakan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
(86) Saya biasanya memeriksa semua aspek laporan bertulis bagi memastikan tiada perkara yang tidak dimasukkan.
- Sangat tidak menggambarkan diri saya
- Tidak menggambarkan diri saya
- Agak menggambarkan diri saya
- Menggambarkan diri saya
- Sangat menggambarkan diri saya
5. Disiplin diri
(33) Saya biasanya memenuhi komitmen kerja.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
(54) Saya mematuhi dasar dan peraturan organisasi.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
5. Kejujuran
(38) Saya sentiasa bercakap benar walaupun kebenaran itu sukar diterima.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
(55) Saya tidak menyembunyikan kesilapan saya dan segera melaporkannya kepada pihak berkenaan.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
6. Dedikasi
(106) Saya sering meluangkan masa tambahan untuk memastikan tugas saya diselesaikan dengan baik.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
(114) Saya tetap fokus pada matlamat walaupun menghadapi cabaran dan rintangan.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
Tips & teknik menjawab soalan psikometrik SPA
1. Jawab dengan jujur
Misalnya, jika soalan berbunyi, "Saya suka mengambil risiko" tetapi anda tidak suka kepada tekanan, maka jawablah "Tidak setuju".
Sebab agak sukar memanipulasikan jawapan sehingga soalan ke 199. Anda mungkin tidak sengaja menekankan satu aspek personaliti sahaja dan mengorbankan aspek yang lain. Lihat contoh soalan seterusnya:
1. Saya selalu berusaha menyelesaikan tugas tepat pada masanya.
2. Saya sering merasa cemas atau tertekan.
2. Jawapan konsisten
1. Saya seorang yang suka bergaul.
2. Saya lebih suka menghabiskan masa bersendirian.
3. Saya seorang yang cermat dan teratur.
4. Saya sering menangguhkan kerja hingga saat akhir.
Konsistensi jawapan membolehkan personaliti diri anda dapat dinilai dengan tepat berdasarkan sikap dan kecenderungan anda. Jadi, amat penting untuk jawab setiap soalan dengan cermat dan teliti sepanjang ujian dijalankan.
3. Elakkan jawapan ekstrem
Dalam erti kata lain, pandangan yang terlalu kuat atau pun lemah mungkin tidak realistik kerana ianya tidak menggambarkan fleksibiliti dalam pemikiran anda.
Contoh soalan:
Saya selalu bersedia bekerja lebih masa tanpa mengharapkan ganjaran tambahan.
"Setuju" adalah jawapan seimbang kerana menunjukkan anda bersedia bekerja lebih masa tetapi masih memahami kepentingan keseimbangan kerja-hidup.
Terdapat juga situasi jawapan ekstrem diperlukan, terutamanya soalan berkaitan dengan prinsip etika atau moral yang tidak boleh dikompromi.
Saya tidak akan pernah berbohong kepada pelanggan.
4. Pertimbangkan konteks soalan
Misalnya, soalan yang menyentuh soal integriti seperti amanah, tanggungjawab atau disiplin biasanya berbentuk situasi yang menguji prinsip moral, etika dan tindakan.
Perhatikan contoh soalan berikut:
1. Saya akan melaporkan rakan sekerja yang melakukan penipuan kepada pihak atasan.
2. Kadangkala saya perlu menyembunyikan maklumat tertentu demi memastikan projek berjalan lancar.
3. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai sasaran walaupun terpaksa mengabaikan beberapa prosedur.
Ketiga-tiga soalan ini jika anda jawab "Sangat setuju / Setuju", skor ujian anda akan menjadi rendah kerana ia tidak menggambarkan sikap sebenar diri anda.
Baca soalan dan pertimbangkan dengan teliti bagaimana jawapan yang anda pilih mencerminkan nilai yang diuji. Kegagalan memahami konteks soalan boleh menyebabkan masalah kebolehpercayaan.
Jangan tergesa-gesa memilih jawapan berdasarkan tanggapan pertama. Fikirkan bagaimana pilihan anda membentuk gambaran penuh personaliti diri anda.
5. Buat banyak soalan latihan
Salah satu cara untuk mengenal pasti jenis dan ciri-ciri soalan yang diuji ialah dengan membuat banyak latihan soalan-soalan psikometrik. Latihan yang berterusan dapat membantu anda meningkatkan ketepatan dan konsistensi jawapan.
Antara kelebihan membuat banyak latihan soalan ialah:
- Meningkatkan kefahaman diri: Membantu anda memahami kekuatan dan kelemahan, membolehkan jawapan yang lebih jujur dan tepat.
- Mengadaptasi pelbagai situasi: Mempersiapkan anda untuk pelbagai jenis soalan dan situasi yang mungkin muncul.
- Memperbaiki kecekapan masa: Mengajar anda mengurus masa dengan lebih efisyen untuk setiap soalan.
- Mengurangkan tekanan: Membiasakan anda dengan format dan jenis soalan, mengurangkan kebimbangan semasa ujian.
- Memahami pola dan corak soalan: Membantu anda mengenal pasti pola soalan yang sering muncul, memudahkan persediaan.
- Meningkatkan keyakinan diri: Latihan konsisten meningkatkan keyakinan dalam menjawab soalan dengan tepat dan konsisten.
Rujukan khas ujian psikometrik
Dalam rujukan ini mengandungi 200 contoh soalan psikometrik beserta penerangan jawapan berdasarkan konstruk-konstruk personaliti yang diukur oleh pihak SPA.
Dapat rujukan ini segera jika anda menambah koleksi rujukan soalan psikomterik anda kerana dalam ujian sebenar calon akan diberikan maksimum 199 soalan.
Ini maklum balas calon yang pernah menjadikan ebook psikometrik Tim Inforkerjaya sebelum rujukan utama mereka...
Penutup
Melalui penerapan teknik-teknik yang telah dibincangkan, anda boleh meningkatkan peluang untuk lulus dalam ujian kali ini. Dengan latihan yang berterusan, anda akan lebih bersedia dan yakin menjawab soalan-soalan ini.
Akhirnya, persediaan yang baik bukan sahaja membantu anda berjaya dalam ujian ini, tetapi juga membentuk asas kukuh untuk kerjaya sebagai Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19. Teruslah berusaha dan semoga berjaya dalam mencapai cita-cita anda.