fbpx

April 13, 2022

Tahniah kerana anda terpilih untuk menduduki ujian psikometrik pada bulan November 2022 bagi jawatan;

  1. 1
    Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Pertuturan)
  2. 2
    Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
  3. 3
    Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
  4. 4
    Pegawai Meteorologi Gred C41 (Fizik)
  5. 5
    Penolong Pemelihara Hutan Gred G29
  6. 6
    Pembantu Awam Gred H11
  7. 7
    Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
Anda boleh hentikan sementara carian maklumat di Google atau Facebook kerana kami akan tunjukkan tips bagaimana nak buat persediaan menghadapi ujian ini.

Apa itu Ujian Psikometrik?

Sebelum kita lihat beberapa contoh soalan ujian psikometrik, fahamkan tujuan ujian ini dilaksanakan.

Sebenarnya, ujian psikometrik diguna pakai banyak organisasi korporat dalam temuduga pekerjaan atau kenaikan pangkat. Ia satu kaedah mengukur tahap personaliti, minat, pengetahuan atau kemahiran calon.

Dalam sektor awam pula, ujian psikometrik digunakan untuk menilai sikap / tingkah laku, personaliti dan kompetensi calon yang memohon sama ada mereka sesuai atau tidak dengan jawatan yang dipohon.

Kriteria Penilaian

Bagi konsep ujian psikometrik penilaian personaliti atau kompetensi, ia direka bentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).

Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab secara jujur dan memberikan jawapan paling tepat mengenai dirinya dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan.

Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.

Penentuan Lulus atau Gagal

Kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini bergantung kepada kejujuran dalam melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanya. Dalam aspek itu, kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.

Oleh kerana bilangan calon memohon adalah besar, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temu duga (berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temu duga). Contohnya, jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temu duga adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.

Faktor kejayaan:

1. Skor merit calon dalam ujian
2. Nisbah lantikan yang diperlukan


Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Ujian ini melibatkan proses menjawab soalan antara 100 - 199 soalan secara online dalam tempoh masa 1 jam 30 minit. Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’.

Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju).

1) Saya peka kepada perubahan persekitaran.

A. Sangat kerap

B. Kerap

C. Tidak pasti

D. Kadang-kadang

E. Tidak pernah

2) Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

A. Sangat kerap

B. Kerap

C. Tidak pasti

D. Kadang-kadang

E. Tidak pernah

3) Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

A. Sangat kerap

B. Kerap

C. Tidak pasti

D. Kadang-kadang

E. Tidak pernah

4) Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

A. Sangat kerap

B. Kerap

C. Tidak pasti

D. Kadang-kadang

E. Tidak pernah

5) Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.

A. Sangat kerap

B. Kerap

C. Tidak pasti

D. Kadang-kadang

E. Tidak pernah

6) Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.

A. Sangat setuju

B. Setuju

C. Tidak pasti

D. Tidak setuju

E. Sangat tidak setuju

7) Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

A. Sangat setuju

B. Setuju

C. Tidak pasti

D. Tidak setuju

E. Sangat tidak setuju

8) Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.

A. Sangat setuju

B. Setuju

C. Tidak pasti

D. Tidak setuju

E. Sangat tidak setuju

9) Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah

A. Sangat tidak setuju

B. Agak tidak setuju

C. Tidak setuju mahu pun setuju

D. Agak setuju

E. Sangat setuju

10) Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

A. Sangat tidak setuju

B. Agak tidak setuju

C. Tidak setuju mahu pun setuju

D. Agak setuju

E. Sangat setuju

11) Sekali-sekala saya memikirkan perkara yang tidak baik untuk diperkatakan.

A. Ya

B. Tidak

12) Sekali-sekala saya mahu melepaskan geram dengan menyumpah seseorang.

A. Ya

B. Tidak

13) Saya tidak sesekali bercakap bohong.

A. Ya

B. Tidak

14) Saya membaca setiap rencana pengarang dalam akbar yang saya baca.

A. Ya

B. Tidak

15) Sekali-sekala saya menangguhkan kerja hari ini untuk esok.

A. Ya

B. Tidak


Rujukan Khas Ujian Psikometrik SPA

Jika anda masih tidak mahir dengan penilaian psikometrik, kami syor anda dapatkan rujukan khas dari Tim Infokerjaya di bawah. Rujukan ini mengandungi tips dan teknik menjawab soalan psikometrik dengan betul yang disertakan contoh soalan dan jawapan.

Rujukan Khas Ujian Psikometrik SPA

Let the pictures tell the story...

Ini sebahagian calon yang melalui pengalaman gembira bersama Tim Infokerjaya sebelum ini:


Apa yang anda akan belajar?

  • Penerangan format ujian;

Fahami format sebenar ujian psikometrik dan apakah penilaian disebaliknya.

  • Teknik menjawab Ujian Psikometrik;

Anda akan ditunjukan cara menjawab soalan psikometrik dengan betul supaya tak tersasar, kenalpasti perangkap-perangkap soalan dan apa yang bakal menggagalkan anda.

  • 200 contoh soalan dan penerangan jawapan.

Contoh soalan yang disediakan mengandungi trait-trait penilaian psikometrik untuk biasakan anda dengan soalan. Penerangan jawapan yang disediakan hanya sebagai panduan sahaja.

Dapatkan Rujukan Lengkap Ujian Psikomerik melalui link di bawah.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>