fbpx

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Penjara Gred KA9

By: Rayyan Shah
No comments

Kandungan Blog

Menjawab ujian psikometrik tanpa memahami bagaimana ianya menilai personaliti anda boleh menyebabkan kekeliruan dan pemilihan jawapan yang kurang tepat.

Artikel ini akan menunjukkan anda bentuk soalan yang akan mengukur personaliti yang diperlukan untuk jawatan Penguasa Penjara Gred KA9.

Anda juga akan didedahkan dengan tips dan teknik jawab yang khusus berdasarkan konteks soalan untuk memastikan konsistensi jawapan.

Anda tidak perlu berteka-teki apabila menjawab soalan. Sebaliknya, anda dapat memilih jawapan berdasarkan kriteria soalan dan aspek personaliti yang diukur, menjadikan pilihan jawapan yang lebih tepat.

Sifat-sifat yang bersesuaian dengan jawatan

Ujian psikometrik Penguasa Penjara Gred KA9 mengukur pelbagai aspek personaliti untuk memastikan kesesuaian anda dengan jawatan yang dipohon.

Setiap soalan mempunyai penilaian yang unik untuk menilai personaliti, integriti dan kompetensi.

Pemilihan calon yang ideal penting untuk memastikan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Berikut adalah sifat-sifat utama yang bersesuaian dengan jawatan ini:
  • Kompeten & kreatif
  • Teliti, berdisiplin & bekerjasama
  • Kepimpinan & teamwork
  • Adil, jujur & amanah
  • Kawalan emosi & tekanan

Contoh Soalan Psikometrik Penguasa Penjara Gred KA9

Soalan psikometrik SPA direka untuk mengukur pelbagai sifat yang unik dan ciri-ciri kompeten yang dimiliki oleh calon. Contoh-contoh soalan yang bersesuaian dengan sifat-sifat yang diperlukan sebagai Penguasa Penjara Gred KA9 adalah seperti:

1. Kompeten & Kreatif

Anda perlu menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah dengan cara yang inovatif dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam melaksanakan tugas.

Dalam penyelesaian masalah, saya sentiasa berusaha mencari penyelesaian yang berbeza daripada kebiasaan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju
Penerangan: Jawapan "Sangat Setuju" menunjukkan calon yang kompeten dan kreatif akan sentiasa mencari idea baru serta bersedia mencuba pendekatan yang berlainan bagi menyelesaikan masalah.

Saya boleh memberikan idea baru walaupun dalam keadaan tertekan.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju
Penerangan: Jawapan "Setuju" menunjukkan kreativiti seseorang diuji apabila mereka berada dalam situasi sukar dan calon yang kompeten mampu menghasilkan idea walaupun dalam keadaan tertekan.

2. Teliti, Berdisiplin & Bekerjasama

Kebolehan anda untuk meneliti sesuatu perkara dengan mendalam serta mematuhi peraturan dan berfungsi dalam satu pasukan amat diperlukan dalam jawatan ini.

Saya memastikan semua perancangan saya mempunyai langkah-langkah alternatif.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Jawapan "Sangat Setuju" menunjukkan anda seorang yang teliti dan berdisiplin akan sentiasa bersedia dengan pelbagai pilihan sekiranya perancangan utama menghadapi halangan.

Saya sentiasa mengikut arahan yang diberikan tanpa menangguhkan tugas.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Jawapan "Sangat Setuju" menunjukkan disiplin yang tinggi dan amat penting memastikan kelancaran operasi dan mengelakkan kelewatan dalam tugasan.

3. Kepimpinan & Teamwork

Sebagai seorang Penguasa Penjara KA9, anda perlu memiliki keupayaan memimpin dan bekerjasama dalam pasukan untuk mencapai matlamat bersama. Ia adalah kualiti yang penting agar organisasi dapat berjalan dengan lancar.

Sebagai seorang ketua, saya akan pastikan orang mengikuti arahan saya.

  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah
Penerangan: Jawapan "Kerap" menunjukkan seorang pemimpin yang baik bukan sahaja memastikan arahan perlu dipatuhi tetapi juga membimbing pasukan dengan berkesan tanpa perlu terlalu mengawal setiap tindakan mereka.

Dalam menyertai sesuatu kumpulan baru, saya dapat menyesuaikan diri dengan serta-merta.

  • Sangat setuju
  • Setuju
  • Tidak pasti
  • Tidak setuju
  • Sangat tidak setuju
Penerangan: Jawapan "Setuju" menunjukkan keupayaan anda menyesuaikan diri dengan pantas menunjukkan sikap terbuka dan fleksibiliti yang diperlukan untuk bekerjasama dengan pelbagai jenis individu dalam persekitaran kerja.

4. Adil, Jujur & Amanah

Anda perlu mempunyai integriti yang tinggi, sentiasa bersikap adil, dan amanah dalam menjalankan tugas.

Saya membuat keputusan yang menyebelahi saya.

  • Sangat setuju
  • Setuju
  • Tidak pasti
  • Tidak setuju
  • Sangat tidak setuju
Penerangan: Seorang yang adil dan berintegriti akan membuat keputusan dengan fakta dan keadilan, bukan kepentingan peribadi. Jawapan "Sangat tidak setuju" menunjukkan bahawa anda mempunyai prinsip yang kukuh dan boleh dipercayai dalam membuat keputusan tanpa berat sebelah.

Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah
Penerangan: Berbaris mungkin dilihat menyusahkan tetapi, calon yang matang akan menganggap ia sebahagian daripada proses yang perlu dihadapi dengan sabar dan tenang. Jawapan “Kadang-kadang” menunjukkan anda mampu mengawal rasa tidak selesa dan bertindak secara profesional dalam situasi serupa.

5. Kawalan emosi & tekanan

Anda perlu mempunyai integriti yang tinggi, sentiasa bersikap adil, dan amanah dalam menjalankan tugas.

Saya bersedia menerima kritikan walaupun tidak menyukainya.

  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
Penerangan: Jawapan “Kerap” menunjukkan bahawa anda bersikap terbuka terhadap kritikan tetapi juga sedar bahawa ada kalanya kritikan yang berlebihan boleh memberi kesan ke atas emosi.

Kadangkala saya cepat marah apabila tidak sihat.

  • Ya
  • Tidak
Penerangan: Kawalan emosi yang baik amat penting dalam situasi kerja, terutamanya dalam jawatan yang melibatkan tekanan tinggi. Jawapan “Tidak” menunjukkan anda mempunyai kematangan emosi dan mampu mengawal diri walaupun dalam keadaan kurang selesa, seperti ketika tidak sihat.

Tips & teknik menjawab soalan psikometrik SPA

Berikut adalah beberapa panduan dan strategi untuk membantu anda menjawab soalan psikometrik SPA dengan lebih efektif:

1. Jawab dengan jujur

Jawapan yang terbaik ialah jawapan yang menggambarkan sikap dan tingkah laku sebenar anda. Jangan pilih jawapan semata-mata mahu nampak baik atau positif jika anda tidak tahu bagaimana ujian psikometrik berfungsi sepenuhnya.

Misalnya, jika soalan berbunyi, "Saya suka mengambil risiko" tetapi anda tidak suka kepada tekanan, maka jawablah "Tidak setuju".

Sebab agak sukar memanipulasikan jawapan sehingga soalan ke 199. Anda mungkin tidak sengaja menekankan satu aspek personaliti sahaja dan mengorbankan aspek yang lain. Lihat contoh soalan seterusnya:

1. Saya selalu berusaha menyelesaikan tugas tepat pada masanya.

2. Saya bekerja lebih produktif apabila tertekan dengan tarikh akhir.

Jika kedua-dua soalan ini dijawab 'Sangat Setuju' semata-mata untuk dilihat positif, ia akan menunjukkan percanggahan dalam personaliti anda.

Seseorang yang berusaha menyelesaikan tugas tepat pada masanya, mereka biasanya Tidak Setuju bahawa tekanan tarikh akhir, membuat mereka lebih produktif.

Jika mereka menjawab Setuju pada soalan kedua, ia bercanggah dengan prinsip pengurusan masa yang baik, kerana orang yang berdisiplin, cenderung tidak bergantung pada tekanan tarikh akhir untuk lebih produktif.

2. Jawapan konsisten

Konsistensi jawapan adalah kunci kepada penghasilan profil personaliti yang tepat. Ia mencerminkan kejujuran anda menjawab soalan-soalan psikometrik dan memastikan jawapan anda menggambarkan diri anda yang sebenar.

1. Saya seorang yang suka bergaul.

2. Saya lebih suka menghabiskan masa bersendirian.

Memilih jawapan "Sangat setuju / Setuju" untuk soalan 1 dan 2 adalah tidak konsisten kerana ia memberi gambaran songsang antara sifat ekstrovert dan introvert.

3. Saya seorang yang cermat dan teratur.

4. Saya sering menangguhkan kerja hingga saat akhir.

Memilih jawapan "Sangat setuju / Setuju" untuk soalan 3 dan 4 juga menunjukkan tidak konsisten dalam aspek keteraturan dan disiplin diri.

Konsistensi jawapan membolehkan personaliti diri anda dapat dinilai dengan tepat berdasarkan sikap dan kecenderungan anda. Jadi, amat penting untuk jawab setiap soalan dengan cermat dan teliti sepanjang ujian dijalankan.

3. Elakkan jawapan ekstrem

Jawapan ekstrem merujuk kepada jawapan "Sangat setuju / Sangat tidak setuju" tanpa menilai konteks soalan terlebih dahulu.

Dalam erti kata lain, pandangan yang terlalu kuat atau pun lemah mungkin tidak realistik kerana ianya tidak menggambarkan fleksibiliti dalam pemikiran anda.

Contoh soalan:

Saya selalu bersedia bekerja lebih masa tanpa mengharapkan ganjaran tambahan.

"Sangat setuju" adalah jawapan ekstrem kerana menunjukkan sikap tidak realistik atau menggambarkan kurang kepentingan kepada kesejahteraan diri.

"Setuju" adalah jawapan seimbang kerana menunjukkan anda bersedia bekerja lebih masa tetapi masih memahami kepentingan keseimbangan kerja-hidup.

Terdapat juga situasi jawapan ekstrem diperlukan, terutamanya soalan berkaitan dengan prinsip etika atau moral yang tidak boleh dikompromi.

Saya tidak akan pernah berbohong kepada pelanggan.

Memilih jawapan "Sangat Setuju" mungkin sesuai kerana ia menunjukkan komitmen anda yang kuat terhadap integriti.

4. Pertimbangkan konteks soalan

Menilai konteks soalan terlebih dahulu boleh membantu anda menjawab soalan psikometrik dengan konsisten berdasarkan nilai-nilai yang diukur.

Misalnya, soalan yang menyentuh soal integriti seperti amanah, tanggungjawab atau disiplin biasanya berbentuk situasi yang menguji prinsip moral, etika dan tindakan.

Perhatikan contoh soalan berikut:

1. Saya akan melaporkan rakan sekerja yang melakukan penipuan kepada pihak atasan.

Soalan ini dengan jelas mengukur sikap jujur dan amanah. Tindakan melaporkan kesalahan rakan sekerja dalam situasi tersebut dilihat satu tindakan berintegriti.

2. Kadangkala saya perlu menyembunyikan maklumat tertentu demi memastikan projek berjalan lancar.

Soalan ini boleh dilihat sebagai usaha menyelesaikan masalah, tetapi ia bertentangan dengan sifat ketelusan kerana menyembunyikan maklumat.

3. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai sasaran walaupun terpaksa mengabaikan beberapa prosedur.

Soalan ini seolah-olah menunjukkan dedikasi yang tinggi kepada syarikat, tetapi ia sebenarnya melanggar etika dan kepatuhan kepada peraturan.

Ketiga-tiga soalan ini jika anda jawab "Sangat setuju / Setuju", skor ujian anda akan menjadi rendah kerana ia tidak menggambarkan sikap sebenar diri anda.

Baca soalan dan pertimbangkan dengan teliti bagaimana jawapan yang anda pilih mencerminkan nilai yang diuji. Kegagalan memahami konteks soalan boleh menyebabkan masalah kebolehpercayaan.

Jangan tergesa-gesa memilih jawapan berdasarkan tanggapan pertama. Fikirkan bagaimana pilihan anda membentuk gambaran penuh personaliti diri anda.

5. Buat banyak soalan latihan

Setiap soalan psikometrik direka khusus untuk menguji aspek unik personaliti anda.

Salah satu cara untuk mengenal pasti jenis dan ciri-ciri soalan yang diuji ialah dengan membuat banyak latihan soalan-soalan psikometrik. Latihan yang berterusan dapat membantu anda meningkatkan ketepatan dan konsistensi jawapan.

Antara kelebihan membuat banyak latihan soalan ialah:
  • Meningkatkan kefahaman diri: Membantu anda memahami kekuatan dan kelemahan, membolehkan jawapan yang lebih jujur dan tepat.
  • Mengadaptasi pelbagai situasi: Mempersiapkan anda untuk pelbagai jenis soalan dan situasi yang mungkin muncul.
  • Memperbaiki kecekapan masa: Mengajar anda mengurus masa dengan lebih efisyen untuk setiap soalan.
  • Mengurangkan tekanan: Membiasakan anda dengan format dan jenis soalan, mengurangkan kebimbangan semasa ujian.
  • Memahami pola dan corak soalan: Membantu anda mengenal pasti pola soalan yang sering muncul, memudahkan persediaan.
  • Meningkatkan keyakinan diri: Latihan konsisten meningkatkan keyakinan dalam menjawab soalan dengan tepat dan konsisten.

Rujukan khas ujian psikometrik

Rujukan Ujian Psikometrik 2024 daripada Tim Infokerjaya sangat disyorkan kepada calon yang ingin membuat ulang kaji soalan secara lebih lanjut.

Dalam rujukan ini mengandungi 200 contoh soalan psikometrik beserta penerangan jawapan berdasarkan konstruk-konstruk personaliti yang diukur oleh pihak SPA.

Dapat rujukan ini segera jika anda menambah koleksi rujukan soalan psikomterik anda kerana dalam ujian sebenar, anda akan diberikan maksimum 199 soalan.

Ini maklum balas calon yang pernah menjadikan ebook psikometrik Tim Inforkerjaya sebelum rujukan utama mereka...
Klik sini untuk dapatkan rujukan.

Penutup

Menghadapi ujian psikometrik memerlukan persediaan rapi dan pemahaman tentang nilai-nilai yang diukur dalam setiap soalan.

Melalui penerapan teknik-teknik yang telah dibincangkan, anda boleh meningkatkan peluang untuk lulus dalam ujian kali ini. Dengan latihan yang berterusan, anda akan lebih bersedia dan yakin menjawab soalan-soalan ini.

Akhirnya, persediaan yang baik bukan sahaja membantu anda berjaya dalam ujian ini, tetapi juga membentuk asas kukuh untuk kerjaya sebagai Penguasa Penjara Gred KA9. Teruslah berusaha dan semoga berjaya dalam mencapai cita-cita anda.
Categories: ,

Recent Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

    © 2022 Soflyy. All rights reserved.