fbpx

Format, Contoh Soalan & Rujukan Persediaan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam Negeri Johor

By: Rayyan Shah
No comments

Kandungan Blog

Anda bakal menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam Johor?

Baca artikel di bawah sepenuhnya jika anda mahu ulang kaji pantas dan lengkap.

Kami juga berikan anda 3 tips untuk diikuti supaya anda buat persediaan yang betul!

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) akan membuat pengambilan besar-besaran bagi mengisi 412 kekosongan jawatan seperti berikut:

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41;
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29;
  • Penolong Pegawai Tanah Gred NT29;
  • Penolong Pegawai Veterinar Gred G29;
  • Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19.

Format Peperiksaan

2015201820202023

A) Ujian Psikometrik

B) Pengetahuan Am

C) Daya Menyelesaikan Masalah

A) Ujian Psikometrik

B) Pengetahuan Am

C) Daya Menyelesaikan Masalah

A) Pengetahuan Am

B) Daya Menyelesaikan Masalah

A) Ujian Psikometrik

B) Pengetahuan Am

C) Daya Menyelesaikan Masalah

Jika lihat pada statistik di atas, format ujian adalah sama kecuali pada tahun 2020.

Kami menjangkakan ujian psikometrik akan dimasukkan dalam komponen peperiksaan kerana mengambil kira ianya diguna pakai secara meluas oleh pihak SPA ketika ini.

Selain dijadikan mekanisme untuk menapiscalon yang terlalu ramai, ujian psikometrik digunakan untuk menilai kesesuaian calon dengan kriteria jawatan yang dipilih.

Berikut adalah 3 tips penting bagaimana untuk anda membuat persediaan.

Tips #1 : Fahamkan Format Penilaian

Peperiksaan SPAJ melibatkan 2 bahagian iaitu Ujian Psikometrik dan Ujian Aptitud.

Ujian psikometrik menilai sikap / tingkah laku, personaliti dan kompetensi seseorang calon manakala ujian aptitud mengukur tahap kognitif dan intelektual calon.

Untuk ujian aptitud, soalan-soalan akan terbahagi kepada 2 bahagian Pengetahuan Am dan Daya Menyelesaikan Masalah.

Ujian Psikometrik

Calon diberikan antara 100-199 soalan dan menjawab selama 1 jam 30 minit. Format soalan dan pilihan jawapan juga tidak tetap dan berbentuk ‘aneka pilihan jawapan’.

Anda mungkin hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) atau 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju/Kerap, Setuju/Kerap, Tidak Pasti, Tidak Setuju, Sangat Tidak Setuju).

Contoh soalan:

Sekali-sekala saya memikirkan perkara yang tidak baik untuk diperkatakan.A. YaB. Tidak

Saya membaca setiap rencana pengarang dalam akbar yang saya baca.A. YaB. Tidak

Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.A. Sangat setujuB. SetujuC. Tidak pastiD. Tidak setujuAE. Sangat tidak setuju

Saya peka kepada perubahan persekitaran.A. Sangat kerap

B. KerapC. Tidak pastiD. Kadang-kadangE. Tidak pernah

Bukan sekadar tahu tentang format peperiksaan tetapi faham apakah penilaian di sebalik format berkenaan.

Pengetahuan Am

Anda dikehendaki menjawab persoalan berkaitan negeri Johor dalam bahagian ini. Soalan-soalan akan merangkumi bidang-bidang seperti berikut:

  • Struktur pentadbiran negeri & daerah;
  • Sejarah & politik;
  • Sosial & budaya;
  • Ekonomi;
  • Infrastruktur;
  • Pembangunan wilayah / tanah / daerah / tempatan;
  • Perancangan & pentadbiran sosial;
  • Teknologi;
  • Perkembangan semasa.

Skop soalan bersifat umum (tidak spesifik). Jadi, buat pembacaan seberapa banyak maklumat berkaitan bidang-bidang di atas.

Jangan lupa juga ambil tahu isu-isu semasa sedang dan telah berlaku di negeri Johor.

Contoh soalan:

Siapakah di antara tokoh-tokoh utama negeri Johor berikut yang bergelar Datuk Seri Amar DiRaja?

A. Abdullah bin Tahir

B. Mohd Salleh bin PerangC. Abdul Rahman bin AndakD. Abdul Samad bin IbrahimE. Ibrahim Munsyi

Jawapan : C

Setiap tahun pembentangan berkaitan anggaran hasil dan anggaran perbelanjaan tahun hadapan akan dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri Johor. Penyataan ini adalah berkaitan pembentangan.

A. BajetB. Kira-kira kewanganC. Akaun awamD. Laporan audit

Jawapan : A

Daya Menyelesaikan Masalah

Ini bahagian yang melibatkan pengiraan. Anda diberikan masa selama 25 minit untuk menyelesaikan 20 soalan objektif untuk menguji kemahiran logik, menginterpretasi data dan konsep matematik.

(i) Kemahiran Logik

Anda akan menggunakan pengetahuan, kemahiran berfikir dan mengaplikasi maklumat untuk memilih jawapan yang tepat bagi menyelesaikan permasalahan matematik.

Contoh soalan:

Apakah nilai R yang paling sesuai?

68866552R6110
8866625536326101

A. 6323B. 6233C. 6322D. 6332

Jawapan : D

Teknik menjawab:

Nombor pertama = 6;Nombor ke-2 + ke-3 = nombor sama;Nombor terakhir = baki nombor;Perhatikan pilihan jawapan manakah nombor ke-2 + ke-3 adalah sama.

Sebanyak 12 keping kad berlabel seperti berikut dimasukkan ke dalam sebuah beg. Jika sekeping kad dicabut keluar secara rawak, apakah kebarangkalian untuk mendapat kad bertanda A?

S

A

T

U

M

A

L

A

Y

S

I

A

A. 5/12B. 2/6C. 1/4D. 1/3

Jawapan : D

Teknik menjawab:

Jumlah semua kad =  12 keping;Jumlah kad bertanda A = 4 keping;Kebarangkalian kad bertanda A dicabut = 4/12 = 1/3.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberikan soalan penyelesaian masalah menggunakan data-data perangkaan yang perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Kebiasaannya, soalan akan menggunakan graf atau jadual bagi mudah calon memberikan jawapan.

Contoh soalan:

Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.

Bilangan PengunjungLelakiPerempuan
Dewasa

52

68

Kanak-kanak

104

136

A. 1/3B. 2/3C. 1/4D. 2/4Jawapan : B

Teknik Menjawab:

Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang;Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang;Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3.

(iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Soalan-soalan akan ditarafkan sesuai di peringkat SPM dan perlu diketahui oleh setiap calon.

Contoh soalan:

8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan akan berlangsung dalam pertandingan tersebut?A. 28B. 49C. 56D. 62Jawapan : A

Teknik menjawab:

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan akan bermain sebanyak 7 kali.

Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan. Tetapi, setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Untuk mengelakkan pengiraan 2 kali maka jumlah permainan ialah

Berdasarkan pemerhatian, soalan-soalan ‘daya menyelesaikan masalah’ dicerakinkan kepada 4 kemahiran matematik iaitu:

  • Penyelesaian masalah;
  • Menginterpretasi data;
  • Soalan matematik;
  • Pemerhatian & logik.

Huraian mengenai 4 kemahiran matematik di atas diterangkan sebanyak 26 halaman dalam Rujukan Peperiksaan SPAJ.

Tips #2 : Pengetahuan Umum Negeri Johor

Jawatan yang ditawarkan terletak di bawah kerajaan negeri Johor. Anda haruslah mengetahui segenap maklumat berkaitan pentadbiran kerajaan termasuklah:

  • Sejarah & kesultanan Johor;
  • Struktur pentadbiran negeri & pusat;
  • Hal-ehwal ekonomi, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan, politik & sosial;
  • Perkembangan & isu-isu semasa negeri.

Ikuti perkembangan yang berlaku dalam tempoh 2 tahun (2021, 2022 & 2023) untuk tips isu-isu semasa.

Tips #3 : Buat Latih Tubi Matematik

Kepantasan menjawab soalan peperiksaan adalah key success dalam bahagian daya menyelesaikan masalah.

Purata masa diberikan hanya seminit untuk setiap soalan. Lebih banyak latihan anda buat, lebih mudah anda menjawab soalan dalam bahagian ini.

Ini senarai topik-topik popular bahagian daya menyelesaikan masalah yang anda perlu faham formula dan cara penyelesaiannya:

  • Pecahan & peratus;
  • Persamaan linear;
  • Kecerunan, m;
  • Persamaan kuadratik;
  • Pemfaktoran;
  • Luas & perimeter;
  • Isipadu bongkah;
  • Min, median & mod;
  • Kebarangkalian.

Topik soalan pada tahap SPM tetapi bukan semua bab akan keluar. Huraian terperinci mengenai bab-bab berkaitan dimuatkan dalam Rujukan Khas Peperiksaan Online SPAJ.

Cara Pemarkahan Lulus Peperiksaan?

Tiada penjelasan lanjut tentang cara permarkahan dalam peperiksaan online SPAJ. Bagaimanapun, garis panduan pengukuran prestasi calon ada dinyatakan seperti berikut;

“Peperiksaan ini melibatkan tiga (3) bahagian berasingan. Setiap calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi semua bahagian. Jika prestasi baik dipamerkan pada satu (1) bahagian sahaja maka, prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap bahagian maka, prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada bahagian tertentu sahaja.”

Rujukan Khas Peperiksaan Online SPAJ

Bagi memudahkan anda buat persediaan, Tim Infokerjaya akan mengeluarkan sebuah rujukan khas untuk peperiksaan online ini.

Rujukan tersebut sesuai untuk mereka yang sibuk dan tiada masa mencari bahan ulang kaji tetapi ingin buat persediaan lengkap mengikut format peperiksaan sebenar.

Sebagai makluman, Tim Infokerjaya telah mengeluarkan rujukan peperiksaan kerajaan sejak 2008 iaitu lebih satu dekad untuk membantu calon lulus dalam peperiksaan kerajaan.

Ini sebahagian maklum balas calon yang menggunakan rujukan Tim Infokerjaya;

testimoni ebook infokerjaya
testimoni ebook infokerjaya
testimoni ebook infokerjaya
testimoni ebook infokerjaya

Rujukan Khas Peperiksaan Online SPAJ

Bagaimanapun, tak semua calon sesuai dengan rujukan ini. Jika anda rajin mengkaji dan skil matematik anda masih berbisa, buat ulang kaji dengan cara tersendiri.

Namun, jika anda mahu nota, contoh soalan dan jawapan yang terbukti membantu ramai calon maka, rujukan khas ini untuk anda.

Jika anda berazam untuk sampai peringkat temu duga, wajib dapatkan rujukan ini.

Cuba fikirkan, 412 kekosongan pelbagai jawatan pada pengambilan SPAJ kali ini. Berapa ramai agaknya calon yang telah memohon?

Cuba perhatikan statistik pengambilan tahun 2020 di bawah.

Dalam rujukan khas ini, anda mendapat maklumat seperti berikut:

  • Huraian Format Tekini (2023) – Huraian terperinci pecahan format soalan setiap bahagian untuk kefahaman yang jelas tentang bentuk soalan;
  • Nota Ringkas & Formula Matematik – Menjimatkan masa ulang kaji dengan himpunan nota-nota yang mengikut skop peperiksaan. Tak perlu cari bahan bacaan yang lain;
  • 60 Contoh Soalan & Jawapan – 50 Bahagian A dan 20 Bahagian B beserta huraian jawapan untuk mahirkan diri menjawab soalan.
  • Kemaskini Percuma 3 Tahun – Ini offer untuk rujukan utama. Tak perlu beli lagi selama tiga tahun.

Ini bermakna anda akan dapat mengurus masa dengan efisyen dan fokus mengulang kaji menggunakan bahan yang proven.

Jika anda dah bersedia untuk mendapatkan satu-satunya rujukan yang lengkap setakat ini, sila tekan button di bawah.

Kesimpulan

Kami yakin anda pasti akan tersenyum melihat soalan peperiksaan nanti. Rasa nervous akan hilang kerana anda faham formatnya atau dengan kata lain, anda tahu apa yang calon lain tak tahu!

Jika anda ingin info berkaitan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam Johor, anda dialu-alukan menyertai channel Telegram ini: https://t.me/examspajohor

Categories:

Recent Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

    © 2022 Soflyy. All rights reserved.