fbpx

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penjara Gred KA19

By: Rayyan Shah
No comments

Kandungan Blog

Menjawab ujian psikometrik tanpa memahami bagaimana ianya menilai personaliti anda boleh menyebabkan kekeliruan dan pemilihan jawapan yang kurang tepat.

Artikel ini akan menunjukkan anda bentuk soalan yang akan mengukur personaliti yang diperlukan untuk jawatan Pegawai Penjara Gred KA19.

Anda juga akan didedahkan dengan tips dan teknik jawab yang khusus berdasarkan konteks soalan untuk memastikan konsistensi jawapan.

Anda tidak perlu berteka-teki apabila menjawab soalan. Sebaliknya, anda dapat memilih jawapan berdasarkan kriteria soalan dan aspek personaliti yang diukur, menjadikan pilihan jawapan yang lebih tepat.

Sifat-sifat yang bersesuaian dengan jawatan

Ujian psikometrik Pegawai Penjara Gred KA19 mengukur pelbagai aspek personaliti untuk memastikan kesesuaian calon dengan jawatan yang dipohon.

Setiap soalan mempunyai penilaian yang unik untuk menilai personaliti, integriti dan kompetensi.

Pemilihan calon yang ideal penting untuk memastikan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Dalam ujian kali ini, 10 sifat yang akan dinilai adalah:
  • Integriti
  • Bertanggungjawab
  • Sabar
  • Kompeten & teliti
  • Disiplin diri
  • Kejujuran
  • Dedikasi

Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penjara Gred KA19

Soalan psikometrik SPA direka untuk mengukur pelbagai sifat yang unik dan ciri-ciri kompeten yang dimiliki oleh calon. Contoh-contoh soalan yang bersesuaian dengan sifat-sifat yang diperlukan sebagai Pegawai Penjara Gred KA19 adalah seperti:

1. Integriti

Integriti merujuk kepada kejujuran dan ketelusan dalam melaksanakan tugas, tidak terpengaruh godaan dan menjunjung tinggi prinsip moral dan etika.

Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah
Penerangan: Jawapan "Tidak pernah" menunjukkan anda berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan tanpa menggunakan cara yang tidak jujur. Ini menunjukkan tingkah laku yang jujur dan telus.

Saya akan menyimpan baki wang yang terlebih bayar kepada saya.

  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah
Penerangan: Jawapan "Tidak pernah" menunjukkan kecenderungan anda mematuhi prinsip moral yang tinggi. Anda rasa bertanggungjawab untuk memulangkan wang, mencerminkan kepatuhan etika yang tinggi.

2. Teliti

Ketelitian adalah memiliki pengetahuan dan kecekapan untuk melaksanakan tugas dengan baik dalam setiap perincian pekerjaan.

Saya sering mengabaikan perincian kecil dalam tugas harian saya.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Mengabaikan perincian kecil boleh membawa kepada kesilapan besar. Jawapan "Sangat tidak setuju" menunjukkan individu yang teliti dan kompeten.

Saya hanya memastikan tugas diselesaikan tanpa memberi perhatian kepada kualiti.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Memberi perhatian kepada kualiti tugas mencerminkan ketelitian dan kecekapan. Jawapan "Sangat tidak setuju" menunjukkan komitmen terhadap kualiti kerja.

3. Adil & Saksama

Memberi layanan yang sama rata tanpa diskriminasi dan membuat keputusan yang adil berdasarkan pandangan semua pihak.

Saya cenderung memberi keutamaan kepada ahli pasukan yang saya kenal rapat.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Mengambil kira pandangan semua pihak menunjukkan sikap adil dan inklusif. Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan komitmen terhadap keadilan.

Saya mengambil kira pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Mengambil kira pandangan semua pihak menunjukkan sikap adil dan inklusif. Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan komitmen terhadap keadilan.

4. Penyayang & Mesra Pelanggan

Berempati, memahami keperluan pelanggan dan memberi layanan dengan sikap ramah dan sabar.

Saya berusaha memahami keperluan pelanggan dan memberikan layanan terbaik.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Memahami keperluan pelanggan mencerminkan sikap mesra dan penyayang. Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan komitmen terhadap kepuasan pelanggan.

Saya tidak kisah berurusan dengan pelanggan yang sukar.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Berurusan dengan pelanggan yang sukar menunjukkan kesabaran dan empati. Jawapan "Sangat setuju" mencerminkan sikap penyayang dan mesra pelanggan.

5. Sabar

Kemampuan untuk menghadapi cabaran dan situasi yang mencabar dengan ketenangan dan kesabaran.

Saya mampu menghadapi situasi yang mencabar dengan tenang.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Menghadapi situasi mencabar dengan tenang mencerminkan kesabaran. Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan sikap tenang dan sabar dalam setiap keadaan.

Saya lebih suka mengelakkan daripada menyelesaikan konflik.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Menghadapi konflik dengan berani menunjukkan kesabaran dan kematangan. Jawapan "Sangat tidak setuju" menunjukkan sikap proaktif dan sabar.

6. Dedikasi

Komitmen tinggi terhadap tugas, menunjukkan kesungguhan dan keazaman dalam mencapai matlamat.

Saya berusaha untuk melampaui jangkaan dan memberikan hasil kerja yang terbaik dalam setiap tugasan.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Berusaha melampaui jangkaan menunjukkan dedikasi terhadap tugas. Jawapan "Sangat setuju" mencerminkan komitmen dan kesungguhan dalam kerja.

Saya sering mencari cara untuk meningkatkan prestasi kerja saya.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Mencari cara untuk meningkatkan prestasi menunjukkan dedikasi. Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan komitmen tinggi terhadap pencapaian hasil terbaik.

7. Kejujuran

Sifat kejujuran melibatkan ketelusan dan integriti dalam setiap tindakan dan keputusan yang dibuat.

Saya tidak keberatan untuk mengakui kesilapan saya di tempat kerja.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Mengakui kesilapan menunjukkan kejujuran dan tanggungjawab. Jawapan "Sangat setuju" mencerminkan sikap jujur dan bertanggungjawab.

Saya sering memberikan alasan yang tidak benar untuk menutupi kelemahan saya.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Memberikan alasan palsu menunjukkan kurangnya kejujuran. Jawapan "Sangat tidak setuju" mencerminkan kejujuran dan integriti dalam setiap tindakan.

8. Berfikiran Analitikal

Membuat keputusan bijak berdasarkan data dan fakta, penting dalam perancangan strategik dan pengurusan risiko.

Saya lebih suka membuat keputusan berdasarkan naluri daripada data.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Membuat keputusan berdasarkan data menunjukkan berfikiran analitikal. Jawapan "Sangat tidak setuju" mencerminkan komitmen terhadap pendekatan berasaskan fakta.

Saya sentiasa mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum membuat keputusan.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Mempertimbangkan pelbagai faktor menunjukkan sikap analitikal dan berhati-hati. Jawapan "Sangat setuju" mencerminkan kebijaksanaan dan ketelitian dalam membuat keputusan.

9. Profesionalisme

Berpenampilan kemas, berkelakuan sopan dan mematuhi etika kerja dalam setiap interaksi.

Saya sering menjaga bahasa dan tingkah laku saya di tempat kerja.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Menjaga bahasa dan tingkah laku mencerminkan profesionalisme. Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan kesopanan dan etika kerja yang tinggi.

Saya selalu berpakaian kemas dan rapi di tempat kerja.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Berpakaian kemas menunjukkan profesionalisme dan kesungguhan. Jawapan "Sangat setuju" mencerminkan komitmen terhadap penampilan dan etika kerja.

Tips & teknik menjawab soalan psikometrik SPA

Berikut adalah beberapa panduan dan strategi untuk membantu anda menjawab soalan psikometrik SPA dengan lebih efektif:

1. Jawab dengan jujur

Jawapan yang terbaik ialah jawapan yang menggambarkan sikap dan tingkah laku sebenar anda. Jangan pilih jawapan semata-mata mahu nampak baik atau positif jika anda tidak tahu bagaimana ujian psikometrik berfungsi sepenuhnya.

Misalnya, jika soalan berbunyi, "Saya suka mengambil risiko" tetapi anda tidak suka kepada tekanan, maka jawablah "Tidak setuju".

Sebab agak sukar memanipulasikan jawapan sehingga soalan ke 199. Anda mungkin tidak sengaja menekankan satu aspek personaliti sahaja dan mengorbankan aspek yang lain. Lihat contoh soalan seterusnya:

1. Saya selalu berusaha menyelesaikan tugas tepat pada masanya.

2. Saya sering merasa cemas atau tertekan.

Jika anda jawab kedua-dua soalan ini "Sangat setuju / Setuju", maka wujud percanggahan dalam personaliti diri anda. Orang yang teliti (menyiapkan tugas tepat pada masanya) kurang mengalami tahap kebimbangan yang tinggi kerana mereka mengurus masa atau tugas dengan baik.

2. Jawapan konsisten

Konsistensi jawapan adalah kunci kepada penghasilan profil personaliti yang tepat. Ia mencerminkan kejujuran anda menjawab soalan-soalan psikometrik dan memastikan jawapan anda menggambarkan diri anda yang sebenar.

1. Saya seorang yang suka bergaul.

2. Saya lebih suka menghabiskan masa bersendirian.

Memilih jawapan "Sangat setuju / Setuju" untuk soalan 1 dan 2 adalah tidak konsisten kerana ia memberi gambaran songsang antara sifat ekstrovert dan introvert.

3. Saya seorang yang cermat dan teratur.

4. Saya sering menangguhkan kerja hingga saat akhir.

Memilih jawapan "Sangat setuju / Setuju" untuk soalan 3 dan 4 juga menunjukkan tidak konsisten dalam aspek keteraturan dan disiplin diri.

Konsistensi jawapan membolehkan personaliti diri anda dapat dinilai dengan tepat berdasarkan sikap dan kecenderungan anda. Jadi, amat penting untuk jawab setiap soalan dengan cermat dan teliti sepanjang ujian dijalankan.

3. Elakkan jawapan ekstrem

Jawapan ekstrem merujuk kepada jawapan "Sangat setuju / Sangat tidak setuju" tanpa menilai konteks soalan terlebih dahulu.

Dalam erti kata lain, pandangan yang terlalu kuat atau pun lemah mungkin tidak realistik kerana ianya tidak menggambarkan fleksibiliti dalam pemikiran anda.

Contoh soalan:

Saya selalu bersedia bekerja lebih masa tanpa mengharapkan ganjaran tambahan.

"Sangat setuju" adalah jawapan ekstrem kerana menunjukkan sikap tidak realistik atau menggambarkan kurang kepentingan kepada kesejahteraan diri.

"Setuju" adalah jawapan seimbang kerana menunjukkan anda bersedia bekerja lebih masa tetapi masih memahami kepentingan keseimbangan kerja-hidup.

Terdapat juga situasi jawapan ekstrem diperlukan, terutamanya soalan berkaitan dengan prinsip etika atau moral yang tidak boleh dikompromi.

Saya tidak akan pernah berbohong kepada pelanggan.

Memilih jawapan "Sangat Setuju" mungkin sesuai kerana ia menunjukkan komitmen anda yang kuat terhadap integriti.

4. Pertimbangkan konteks soalan

Menilai konteks soalan terlebih dahulu boleh membantu anda menjawab soalan psikometrik dengan konsisten berdasarkan nilai-nilai yang diukur.

Misalnya, soalan yang menyentuh soal integriti seperti amanah, tanggungjawab atau disiplin biasanya berbentuk situasi yang menguji prinsip moral, etika dan tindakan.

Perhatikan contoh soalan berikut:

1. Saya akan melaporkan rakan sekerja yang melakukan penipuan kepada pihak atasan.

Soalan ini dengan jelas mengukur sikap jujur dan amanah. Tindakan melaporkan kesalahan rakan sekerja dalam situasi tersebut dilihat satu tindakan berintegriti.

2. Kadangkala saya perlu menyembunyikan maklumat tertentu demi memastikan projek berjalan lancar.

Soalan ini boleh dilihat sebagai usaha menyelesaikan masalah, tetapi ia bertentangan dengan sifat ketelusan kerana menyembunyikan maklumat.

3. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai sasaran walaupun terpaksa mengabaikan beberapa prosedur.

Soalan ini seolah-olah menunjukkan dedikasi yang tinggi kepada syarikat, tetapi ia sebenarnya melanggar etika dan kepatuhan kepada peraturan.

Ketiga-tiga soalan ini jika anda jawab "Sangat setuju / Setuju", skor ujian anda akan menjadi rendah kerana ia tidak menggambarkan sikap sebenar diri anda.

Baca soalan dan pertimbangkan dengan teliti bagaimana jawapan yang anda pilih mencerminkan nilai yang diuji. Kegagalan memahami konteks soalan boleh menyebabkan masalah kebolehpercayaan.

Jangan tergesa-gesa memilih jawapan berdasarkan tanggapan pertama. Fikirkan bagaimana pilihan anda membentuk gambaran penuh personaliti diri anda.

5. Buat banyak soalan latihan

Setiap soalan psikometrik direka khusus untuk menguji aspek unik personaliti anda.

Salah satu cara untuk mengenal pasti jenis dan ciri-ciri soalan yang diuji ialah dengan membuat banyak latihan soalan-soalan psikometrik. Latihan yang berterusan dapat membantu anda meningkatkan ketepatan dan konsistensi jawapan.

Antara kelebihan membuat banyak latihan soalan ialah:
  • Meningkatkan kefahaman diri: Membantu anda memahami kekuatan dan kelemahan, membolehkan jawapan yang lebih jujur dan tepat.
  • Mengadaptasi pelbagai situasi: Mempersiapkan anda untuk pelbagai jenis soalan dan situasi yang mungkin muncul.
  • Memperbaiki kecekapan masa: Mengajar anda mengurus masa dengan lebih efisyen untuk setiap soalan.
  • Mengurangkan tekanan: Membiasakan anda dengan format dan jenis soalan, mengurangkan kebimbangan semasa ujian.
  • Memahami pola dan corak soalan: Membantu anda mengenal pasti pola soalan yang sering muncul, memudahkan persediaan.
  • Meningkatkan keyakinan diri: Latihan konsisten meningkatkan keyakinan dalam menjawab soalan dengan tepat dan konsisten.

Rujukan khas ujian psikometrik

Rujukan Ujian Psikometrik 2024 daripada Tim Infokerjaya sangat disyorkan kepada calon yang ingin membuat ulang kaji soalan secara lebih lanjut.

Dalam rujukan ini mengandungi 200 contoh soalan psikometrik beserta penerangan jawapan berdasarkan konstruk-konstruk personaliti yang diukur oleh pihak SPA.

Dapat rujukan ini segera jika anda menambah koleksi rujukan soalan psikomterik anda kerana dalam ujian sebenar calon akan diberikan maksimum 199 soalan.

Ini maklum balas calon yang pernah menjadikan ebook psikometrik Tim Inforkerjaya sebelum rujukan utama mereka...
Klik sini untuk dapatkan rujukan.

Penutup

Menghadapi ujian psikometrik memerlukan persediaan rapi dan pemahaman tentang nilai-nilai yang diukur dalam setiap soalan.

Melalui penerapan teknik-teknik yang telah dibincangkan, anda boleh meningkatkan peluang untuk lulus dalam ujian kali ini. Dengan latihan yang berterusan, anda akan lebih bersedia dan yakin menjawab soalan-soalan ini.

Akhirnya, persediaan yang baik bukan sahaja membantu anda berjaya dalam ujian ini, tetapi juga membentuk asas kukuh untuk kerjaya sebagai Pegawai Penjara Gred KA19. Teruslah berusaha dan semoga berjaya dalam mencapai cita-cita anda.
Categories: ,

Recent Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

    © 2022 Soflyy. All rights reserved.