fbpx

Pendaftaran berjaya!

Sila semak inbox emel anda untuk download contoh soalan selepas ini.

Sementara itu, sila baca artikel di bawah untuk penerangan mengenai format peperiksaan online Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP41.

Format Peperiksaan 2021

Terdapat 2 seksyen berasingan dalam exam online kali ini iaitu:-

(1) Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah

(2) Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen A mengandungi 20 soalan melibatkan penyelesaian masalah matematik. Calon akan dinilai daripada 3 sudut iaitu Kemahiran Logik, Menginterpretasi Data dan Konsep Matematik.

Tahap kesukaran setiap soalan tidak sama dalam seksyen ini. Ada soalan yang mudah dan ada yang perlukan masa berfikir. Bagaimanapun, soalan hanya merangkumi silibus SPM sahaja.

Ramai calon mengeluh tak cukup masa bila berhadapan dengan seksyen ini. Ini disebabkan ada beberapa soalan yang cuba memerangkap calon jika tidak berhati-hati.

Jadi, jika mahukan skor yang tinggi dalam seksyen A ini, calon perlulah menjawab soalan dengan cepat dan tepat. Kita lihat huraian pecahan-pecahan soalannya:

(i) Kemahiran Logik

Anda perlu menggunakan kepintaran dalam memerhati dan berfikir untuk jawab soalan di bahagian ini.

Biasanya soalan akan mengandungi rajah atau penyelesaian masalah. Aplikasikan informasi yang diberi dan pilih jawapan tepat.

Contoh Soalan Kemahiran Logik

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Anda akan diberikan data seperti graf atau jadual, kemudian soalan perlu di analisis untuk mendapatkan jawapan. Anda perlu kira, congak dan membuat unjuran melalui data yang diberikan.

Contoh Soalan Menginterpretasi Data

(iii) Konsep Matematik

Soalan-soalan di bahagian ini lebih kepada asas matematik dan logik yang mencakupi silibus PMR/PT3 hingga SPM. Anda perlu memahami beberapa konsep dan istilah matematik seperti pecahan, peratus, jarak dan masa, pertukaran unit dan banyak lagi.

Contoh Soalan Konsep Matematik

Berdasarkan pemerhatian kami, soalan Daya Menyelesaikan Masalah biasanya dicerakinkan kepada 4 bahagian iaitu Penyelesaian Masalah, Menginterpretasi Data, Soalan Matematik & Pemerhatian Logik (lebih kurang IQ test). Sila join channel Telegram di bawah untuk info lanjut pecahan ini.

Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris

Kefahaman calon dalam bahasa inggeris akan diuji dalam seksyen B. Calon akan dinilai berdasarkan 2 pecahan berikut:

  • Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
  • Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Calon akan diberikan sebuah petikan esei english, soalan kefahaman dan pilihan jawapan. Petikan esei mungkin pendek atau panjang dengan bilangan soalan antara 5-8 soalan untuk menguji kefahaman tentang petikan tersebut.

Calon juga akan diuji dalam penggunaan tatabahasa seperti Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain lagi. Cuma ingatkan kembali pelajaran grammar anda sewaktu SPM dulu.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Read and Answer (Contoh 2 & 3)

There are two distinct species of elephant in the world, the Asiatic and the African. The Asiatic elephant is the one most frequently seen in zoos and circuses as it is easily tamed. African elephants are rarely seen in captivity. It is well known by sight from photographs and films of African Safaris.

Four races of the Asiatic elephant are recognized: The Indian or Burman, the Ceylonese, the Malayan, and the Sumatran. All these are very familiar and differ from the African elephant is taller and more lanky animal than the Asiatic. It is easily recognized by the large ears and segmented trunk.

Tips Seksyen A : Buat banyak Latihan!

Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah direka untuk menilai kemampuan anda berfikir secara logik dan menyelesaikan masalah.

Kebanyakan calon mengeluh tak cukup masa bila masuk seksyen ini. Namun, itulah cara dinilai. Anda perlu jawab soalan dengan pantas dan betul.

Secara purata anda ada seminit untuk jawab 1 soalan. Oleh itu, kecekapan mengira adalah sangat penting.

1) Buat banyak latih tubi dengan soalan-soalan exam yang lepas;

2) Cari set-set soalan yang khusus dalam penyelesaian masalah;

3) Jawab soalan yang ringkas dan senang dulu (semasa exam);

4) Jika masa nak tamat, Tembak jawapan. Jangan biar kosong.

Berikut adalah senarai topik lazim Daya Menyelesaikan Masalah yang perlu difahamkan formula matematik dan cara penyelesaian:

  • Pecahan dan Peratus
  • Persamaan Linear
  • Kecerunan, m
  • Persamaan Kuadratik
  • Pemfaktoran
  • Luas dan Perimeter
  • Isipadu Bongkah
  • Min, Median dan Mod
  • Luas dan Perimeter
  • Kebarangkalian

Tips Seksyen B: Kuasai penggunaan Grammar!

Seksyen B ibarat seksyen bonus. Ia paling mudah jika nak dibandingkan seksyen A & B. Anda perlu tahu cara penggunaan grammar yang betul.

Soalan-soalan mahu menilai tahap kefahaman english dan penguasaan grammar anda.

  • Pronoun (Kata Ganti)
  • Noun (Kata Benda)
  • Verb (Kata Kerja)
  • Adjective (Kata Sifat)
  • Adverb (Kata Keterangan)
  • Determiner
  • Preposistion (Kata Depan)
  • Conjunction (Kata Hubung)

Untuk soalan petikan esei, pemahaman teks keseluruhan petikan sangat penting. Baca dan fahamkan keseluruhan idea esei tersebut dan jawab soalan objektif yang ingin menguji kefahaman anda!

Markah Lulus Peperiksaan Berapa?

Ini pertanyaan lazim kebanyakkan calon. Tidak ada penerangan jelas cara permarkahan dalam exam online. Bagaimanapun, pihak SPA ada memberikan garis panduan tentang bagaimana prestasi calon diukur dalam peperiksaan online:-

Peperiksaan ini melibatkan tiga (3) seksyen berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) seksyen sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak fokus kepada kertas tertentu sahaja.

Dengan penerangan format peperiksaan di atas ini, calon akan semakin jelas dengan soalan-soalan yang bakal dijawab semasa exam sebenar (3 Ogos) nanti. Cuba jawab contoh soalan yang diberikan melalui emel sebentar tadi untuk meningkatkan lagi kefahaman anda.

Bagaimanapun, kami faham ramai dikalangan calon masih blur atau stuck tak tahu nak mula daripada mana. Kami ada satu solusi (rujukan) untuk mudahkan persediaan ulangkaji anda.

Kami amat yakin bahan rujukan yang lengkap ini dapat membantu anda membuat persediaan dari A - Z dengan pantas dan tepat. Tekan button di bawah untuk info lanjut.

>