Tahniah kerana berjaya menduduki Peperiksaan Online Pembantu Pendaftaran KP19 16 Oktober ini. Manfaatkan peluang kali ini dengan membuat persediaan yang selengkap-lengkapnya!
Untuk makluman, peperiksaan online diadakan bertujuan mengukur sejauh mana daya pemikiran dan kebolehan calon dalam mengaplikasi maklumat yang diterima melalui latihan akademik dan pembacaan.
Matlamatnya untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti dan potensi sebagai Pembantu Pendaftaran Gred KP19 di Jabatan Pendaftaran Negara kelak.
"Bukan sekadar tahu tentang format peperiksaan tetapi faham apakah penilaian di sebalik format berkenaan."
Format Peperiksaan Pembantu Tadbir KP19
Peperiksaan pada kali ini melibatkan 2 seksyen berasingan:
Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen A melibatkan pemerhatian dan pengiraan. Ia mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan konsep Kemahiran Logik, Kemahiran Menginterpretasi Data dan Konsep Matematik.
(i) Kemahiran Logik
Anda perlu menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir dan mengaplikasi maklumat dalam memilih jawapan yang tepat untuk menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan.
Contoh Soalan Kemahiran Logik
(1) Purata umur P, Q dan R ialah 16 tahun. Umur P dan Q adalah sama. Berapakah umur P jika umur R ialah 12 tahun?
A. 12
B. 14
C. 16
D. 18
Jawapan : D
Teknik menjawab:
Purata = (P + Q + R) / 3
16 = (P + Q + 12) / 3
48 = P + Q + 12
48 - 12 = P + Q
36 = P + Q
= 36/2
= 18
(2) Apakah huruf berikutnya?
X | V | R | L | ? |
A. B
B. D
C. K
D. M
Jawapan : B
Teknik menjawab:
X – V = tolak 2
V – R = tolak 4
R – L = tolak 6
L – ? = tolak 8
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Anda akan diberi beberapa soalan yang melibatkan penggunaan data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Contoh Soalan Menginterpretasi Data
(1) Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.
Bilangan Pengunjung | Lelaki | Perempuan |
---|---|---|
Dewasa | 52 | 68 |
Kanak-kanak | 104 | 136 |
A. 1/3
B. 2/3
C. 1/4
D. 2/4
Jawapan : B
Teknik Menjawab:
Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang
Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang
Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3
(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (SPM).
Contoh Soalan Konsep Matematik
(1) 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
Jawapan : A
Teknik menjawab:
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8x7) permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah
(8 X 7) / 2 = 28.
Nota : Melalui pemerhatian soalan-soalan seksyen A boleh dicerakinkan kepada 4 bahagian utama:
Anda boleh belajar secara terperinci bahagian ini dalam Rujukan Khas Pembantu Pendaftaran KP19 sebanyak 26 muka surat beserta contoh soalan dan huraian jawapan.
Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris
Dalam seksyen ini, anda akan diuji tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan merangkumi petikan esei beserta soalan-soalan kefahaman dan tatabahasa. Anda diuji dalam pecahan berikut:
Anda diberikan sebuah petikan Bahasa Inggeris dan pilihan jawapan. Petikan itu mungkin pendek atau panjang. Bilangan soalan antara 5-10 soalan bagi menguji kefahaman anda tentang petikan tersebut.
Baca petikan dan fahamkan apa yang ingin disampaikan. Baca sepintas lalu, kemudian baca secara keseluruhan teks dan jawab soalan-soalannya.
Anda juga diuji penggunaan tatabahasa seperti Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain. Ingat kembali pelajaran grammar Bahasa Inggeris.
Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris
(1) All of the sentences with collective nouns below are correct except for ...
A. Mark and Matt saw a hive of bees.
B. The dealer dealt a pack of cards.
C. A group of lions was captured in the jungle.
D. The police managed to catch a bunch of crooks during the night raid.
Jawapan : C
Read the passage below and answer the questions that follow.
Being blind has not stopped Hesham Kamel from participating in the cyberworld. He has also made it possible for other blind people to draw images. A PhD student at UC Berkeley’s Department of Electrical Engineering and Computer Sciences, Hesham found his research efforts were often hindered by his reliance on a sighted person who could assist with the production of graphical elements. About four years ago, after being forced to miss a deadline when his sighted assistant was on vacation, he decided to take matters into his own hands. Hesham designed a unique computer-drawing program called Integrated Communication 2 Draw, or IC2D, that allows visually-impaired users to create and `see’ images on the computer screen.
Although the computing industry has made some big strides in developing software to assist the sight-impaired, there is still a lack of products on the market, particularly when it comes to computer-assisted drawing. There is also a common misconception that blind people simply cannot handle visual tasks. Such erroneous beliefs provided another major motivation for Hesham’s efforts. He found that people would ask him why blind people would even need to draw something that they could not see. “There are many people out there who can’t understand that blind people have imagination, just as sighted people do,” he asserts.
In addition, Hesham was frustrated by the short-sightedness of the computer industry. Although the trend in technology is generally towards smaller, faster and cheaper products, Hesham found quite the reverse to be true when it came to products for the sightless. “The devices we need to use with computers - such as a 50-pound Braille printer – are large, expensive or both,” he notes. Thus, one of his primary goals in devising the IC2D software was that it be both portable and compatible with any computer screen reader for the blind. “More than anything, I want to change the way people think when they develop technology for the visually-impaired,” he explains. Recently, Hesham has been busy taking his invention round the conference circuit in both America and Europe. With IC2D, users would be able to create elaborate drawings for work and pleasure.
(1) What hindrance did he face in his research?
A. He needed help to produce graphical elements.
B. His reliance on another blind people.
C. The possibility for other blind people to draw images.
D. The assistance with the production of graphical elements.
Jawapan : A
(2) The phrase “he decided to take matters into his own hands”, means that…
A. He missed a deadline for his assignment.
B. He decided to deal with the problem himself.
C. He resolved the matter with his assistant.
D. He used his hands on the computer.
Jawapan : B
Download Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Pendaftaran Gred KP19
Masukkan Nama dan Email untuk download percuma sekarang!
Tips #1 : Buat Latih Tubi Berulang Kali!

Kepantasan menjawab soalan adalah sangat penting dalam seksyen A. Purata masa hanya sekitar 1 minit untuk setiap soalan. Latih tubi yang banyak dapat membantu anda membiasakan diri dengan soalan susah.
Lebih banyak latih tubi dibuat, lebih senang anda nak faham tentang soalan dan menjawabnya. Soalan peperiksaan adakalanya berulang dan ini menjadi bonus kepada mereka yang selalu membuat latih tubi.
Berikut adalah senarai topik-topik popular seksyen daya menyelesaikan masalah yang anda perlu faham formula dan cara penyelesaian:
Nota : Soalan Daya Menyelesaikan Masalah berdasarkan silibus di peringkat SPM tetapi tidak melibatkan semua bab. Oleh itu, calon tidak seharusnya membazirkan masa ulangkaji semua bab! Study smart is the key. Bab-bab yang lazim keluar dalam peperiksaan ada ditunjukkan dalam Rujukan Khas Pembantu Pendaftaran KP19.
Tips #2 : Fahamkan Grammar!
Seksyen B (Kefahaman Bahasa Inggeris) ibarat seksyen bonus buat anda. Ini seksyen paling mudah jika dibandingkan dengan seksyen A dan B. Anda hanya perlu tahu mengenai tatabahasa (grammar).
Soalan-soalan dalam seksyen ini hanya untuk menguji tahap kefahaman anda dalam Bahasa Inggeris serta penggunaan tatabahasa yang betul. Fahamkan pecahan-pecahan grammar berikut:
Untuk soalan esei, pemahamam teks keseluruhan petikan adalah penting. Baca dan lihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang ingin menguji kefahaman anda.
Tips #3 : Rujukan Khas Pembantu Pendaftaran KP19
Bagi memudahkan anda membuat ulangkaji pantas dengan menggunakan rujukan yang lengkap dan ringkas, Tim Infokerjaya mengeluarkan sebuah rujukan khas untuk peperiksaan penguasa bomba KP41.
Seperti yang kita tahu, kesibukan dan kesuntukkan masa adalah batu penghalang untuk kita membuat sesuatu persediaan. Nak berbincang dalam grup WhatsApp atau Telegram pun sampai tak sempat.
Maklumat yang dikongsi dalam grup-grup ini juga boleh jadi kurang tepat. Ia menyebabkan kefahaman calon mengenai skop soalan boleh terpesong dari skop sebenar. Ini dah tentu merugikan calon itu sendiri.
Untuk makluman, Tim Infokerjaya telah menyediakan rujukan peperiksaan kerajaan sejak tahun 2009. Setiap kali peperiksaan dijalankan, nota dan contoh soalan akan dibuat berdasarkan format terkini.
Ini kali kedua Tim Infokerjaya mengeluarkan rujukan khas peperiksaan bomba selepas peperiksaan Pegawai Bomba Gred KP19 awal tahun ini.
Pengalaman luas menjadi sandaran pihak Infokerjaya dalam menyediakan rujukan bersesuaian selain mengikuti format semasa dan membuat unjuran kandungan nota dan contoh soalan yang bersesuaian.
Let the pictures tell the story...
Ini sebahagian calon yang melalui pengalaman gembira bersama Tim Infokerjaya sebelum ini:
Let the pictures tell the story...
Ini sebahagian calon yang melalui pengalaman gembira bersama Tim Infokerjaya sebelum ini:




Rujukan Khas KP19 Bukan Untuk Semua!
Rujukan ini sesuai untuk calon yang tak tahu nak prepare apa atau yang baru pertama kali menduduki peperiksaan ini. Jika ada kesungguhan nak lulus amat digalakkan menggunakan rujukan ini.
Kekosongan jawatan yang dibuka hanya untuk 18 tetap dan 100 simpanan. Calon yang dipanggil peperiksaan berpuluh ribu orang. Bagaimana nak menempatkan diri anda di kalangan 118 calon ini?
Apapun yang penting LULUS dahulu peperiksaan online pembantu pendaftaran ini. Kemudian baru ke temuduga. Dalam rujukan Tim Infokerjaya, anda akan mendapat bahan ulangkaji seperti berikut:

Dalam erti kata lain, Rujukan Khas Peperiksaan Online Pembantu Pendaftaran KP19 boleh menjimatkan masa ulangkaji, lebih berfokus kepada latih tubi yang intensif.
Jika anda perlukan rujukan ini beserta contoh soalan dan juga jawapan, join Telegram kami sekarang!
Sertai Telegram Kami
Setiap hari kami akan update berkaitan tips, contoh soalan latih tubi dan info rujukan khas dalam channel Telegram.
Markah Lulus Peperiksaan Berapa?
Tidak ada penerangan jelas cara permarkahan dalam peperiksaan pembantu pendaftaran KP19. Bagaimanapun, SPA ada mengeluarkan garis panduan bagaimana prestasi calon diukur dalam peperiksaan online:
Peperiksaan ini melibatkan tiga (3) seksyen berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) seksyen sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.Kesimpulan
Kami yakin anda tersenyum melihat soalan-soalan peperiksaan nanti. Nervous akan hilang kerana anda tahu format. Buat persediaan rapi dan terperinci, dengan kata lain, anda tahu apa yang calon lain tak tahu!
Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah terbaik. Jika lulus ada peluang untuk dipanggil temuduga. Peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19 lebih cerah.
“Selamat Maju Jaya”