Anda rasa stress setiap kali nak menduduki ujian psikometrik?
Selalu keliru nak jawab soalan-soalan psikometrik yang agak subjektif?
Dah banyak kali pun gagal dalam ujian psikometrik?
Kami ada petua untuk anda! Cuba kuasai tips ini.
Tipsnya terletak pada keupayaan mentafsir maksud di sebalik setiap soalan psikometrik. Sebelum mula menjawab, tanya diri anda:
Dengan membangkitkan persoalan-persoalan ini, anda akan mendapat gambaran untuk memilih jawapan paling sesuai yang boleh meningkat skor merit ujian anda!
Untuk memudahkan kefahaman, kami berikan 7 contoh soalan psikometrik yang kerap ditanya. Bersedialah untuk membuka minda!
Ini soalan yang agak straightforward dan mudah.
Pertama sekali, tanya diri anda. Kenapa pihak SPA tanya soalan ini:
Jawapan anda akan mencerminkan personaliti anda. Anda tidak mahu dilihat sebagai introvert jika jawatan yang dipohon bertaraf pegawai.
Untuk menunjukkan sikap peramah dan mudah mesra, jawapan "Setuju" atau "Sangat setuju" adalah pilihan sesuai.
Pihak SPA juga mencari individu yang boleh bekerjasama atau seorang team player.
Jika anda rasa ada ciri-ciri tersebut maka, pilih jawapan "Sangat setuju".
Jika tidak, memadai jawapan "Setuju" untuk menggambarkan sikap suka bersosial.
Sangat tidak setuju = Saya terlalu pemalu.
Setuju = Saya suka berkenalan.
Sangat setuju = Hai, kawan baru!
Soalan ini boleh dikatakan sukar kerana agak tersirat. Ia mahu menguji perspektif anda tentang kehidupan - positif atau negatif.
Fikirkan, mengapa pihak SPA tanya soalan sebegini:
Jika anda kata "Ya", jawapan yang sesuai ialah "Tidak setuju".
Mungkin ada yang terfikir nak jawab "Setuju" kerana realiti hidup setiap orang tak sama.
Namun, dari sudut personaliti, perspektif hidup amat penting!
Ia mencerminkan sikap seseorang - sama ada positif atau negatif.
Majikan juga mengutamakan pekerja yang bersikap positif dan terbuka untuk memperbaiki diri.
Dengan menjawab "Tidak setuju", anda menunjukkan sikap yang optimis dan kematangan emosi untuk menerima kritikan.
Sangat tidak setuju = Segalanya adil untuk saya.
Tidak setuju = Saya berpandangan positif!
Sangat setuju = Dunia memang tidak adil!
Soalan ini menguji tahap kawalan emosi anda. Mulakan dengan persoalan berikut:
"Tidak setuju" adalah jawapan paling sesuai, tetapi bukan bermaksud anda tiada sikap empati terhadap orang lain.
Cuma anda jenis tidak mudah tergugat emosi hanya melihat air mata orang lain.
Seorang pegawai bomba tidak akan membiarkan kesedihan mengganggu tugas setelah melihat mangsa kebakaran menangis kerana kehilangan harta atau insan tersayang.
Individu yang mudah mengalami gangguan emosi berkait rapat dengan masalah depression atau anxiety.
Namun, jangan pilih "Sangat tidak setuju" pula kerana ia menggambarkan seolah-olah anda tidak berperikemanusiaan.
Dengan menjawab "Tidak setuju", anda menunjukkan kawalan emosi yang baik tanpa menghilangkan rasa empati.
Ia ciri penting yang diperlukan dalam kebanyakan kerjaya.
Sangat tidak setuju - Saya tidak ada perasaan.
Tidak setuju = Saya dapat kawal emosi.
Sangat setuju = Hati saya turut tersentuh.
Seperti biasa, sebelum jawab soalan ini tanya diri anda:
Jika jawapannya YA, pilihan terbaik untuk soalan ini adalah "Sangat Setuju"!
Mungkin anda bertanya, "Bolehkah saya jawab 'Setuju'?"
Sebenarnya, jawapan 'Setuju' kurang tepat kerana ia menggambarkan terdapat ketika emosi anda terganggu apabila berhadapan dengan tekanan.
Anda tidak dapat mengawal situasi tertekan jika anda panik dan tidak berfikiran logik.
Dengan memilih 'Sangat setuju', ia menunjukkan emosi yang teguh menghadapi cabaran!
Oleh itu, keupayaan untuk kekal ketenangan amat penting!
Sangat setuju = Emosi saya stabil dalam tekanan / cabaran!
Soalan ini agak mencabar, namun penting untuk dijawab dengan teliti.
Tanya diri anda, adakah pihak SPA mahukan...
Kebanyakan majikan mencari pekerja yang multitasker (melakukan pelbagai tugas).
Namun, jika anda fokus kepada satu projek sahaja sebelum beralih ke projek seterusnya, anda tidak dilihat sebagai seorang multitasker.
Menyelesaikan projek satu persatu mungkin menghasilkan kualiti kerja yang baik.
Oleh itu, jawapan "Agak setuju" adalah yang paling sesuai. Kenapa?
Ia menunjukkan anda bersedia untuk multi-tasking, tetapi cenderung menyelesaikan satu projek dahulu sebelum beralih ke projek yang lain.
Menjawab "Sangat setuju" atau "Sangat tidak setuju" tidak digalakkan kerana ia memberikan gambaran yang 'ekstrem.
Dengan memilih respons yang sederhana, anda telah menunjukkan fleksibiliti dalam menyesuaikan diri dengan keperluan pekerjaan.
Sangat tidak setuju = Saya seorang multitasker sejati!
Agak setuju = Bergantung kepada situasi.
Sangat setuju = Fokus pada satu projek dulu.
Kenapa anda rasa pihak SPA mengajukan soalan ini? Apakah relevannya?
Sudah pasti! Ini kerana kerja yang tersusun boleh meningkatkan produktiviti.
Ya, dengan senarai kerja seperti "to-do-list" atau "checklist", kesilapan dan kelewatan dapat dikurangkan.
Maka, jawapan "Sangat setuju" adalah pilihan terbaik untuk soalan ini. Mengapa?
Ia menunjukkan anda amat mengutamakan pengurusan dan perancangan dalam menjalankan tugas.
Ini memberikan gambaran positif tentang keberkesanan dan kecekapan anda!
Sangat setuju = Organisasi adalah kuncinya!
Sangat tidak setuju = Saya bekerja tanpa perancangan.
Soalan ini agak mencabar, tetapi penting untuk dijawab dengan bijak. Fikirkan:
Sudah tentu, tetapi...
Ya, kerana pasukan yang solid adalah kunci kejayaan!
Pasti, kerana ia menggalakkan kerjasama dan suasana kerja yang positif.
Untuk soalan ini, jawapan "Sangat tidak setuju" atau "Sangat setuju" mungkin terlalu ekstrem.
Sebaliknya, jawapan seperti "Agak Tidak Setuju" lebih sesuai. Mengapa?
Ia menunjukkan anda berusaha menyelesaikan konflik sendiri terlebih dahulu, tetapi tidak teragak-agak untuk meminta bantuan ketua apabila perlu - demi kepentingan pasukan.
Dengan cara ini, anda menampilkan sikap berdikari dan berpasukan yang seimbang - ciri-ciri positif yang dipandang tinggi oleh majikan.
Sangat tidak setuju = Saya selesaikan sendiri!
Agak tidak setuju = Saya cuba selesaikan dahulu...
Sangat setuju = Saya minta ketua bantu.
Pernah tak anda rasa dilema nak pilih jawapan "Sangat setuju" atau "Setuju"?
Apakah sebab anda memilih "Sangat setuju" berbanding "Setuju"?
Adakah anda rasa "Sangat setuju" lebih positif daripada "Setuju"?
Inilah yang menganggu fikiran ramai calon ketika menjawab soalan psikometrik.
Apa jua yang anda fikirkan, cuba fahami penjelasan ini...
Untuk pengetahuan anda, "ekstrem positif" merujuk kepada jawapan "Sangat setuju" atau "Sangat tidak setuju".
Manakala, "Setuju" atau "Agak Setuju" merupakan jawapan "sederhana positif".
Pilihan jawapan di antara ekstrem atau sederhana tidak semestinya menggambarkan sama ada anda positif atau lebih positif.
Ini disebabkan setiap soalan akan mengukur satu atau lebih ciri personaliti yang terdapat dalam diri seseorang calon.
Terdapat soalan yang mana jawapan "Sangat tidak setuju" adakalanya menggambarkan seolah-olah anda kurang empati.
Manakala, jawapan "Setuju" pula menunjukkan sikap yang lebih seimbang untuk soalan-soalan tertentu.
Oleh itu, memilih 'Sangat setuju' atau 'Sangat tidak setuju' bukan amalan terbaik (good practice) kerana boleh menyebabkan skor ujian anda menjadi rendah.
Anda perlulah mempertimbangkan konteks soalan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pilihan jawapan.
Sila rujuk soalan 3 dan 7 di atas untuk memahaminya secara lebih mendalam.
Rujukan Ujian Psikometrik 2024 daripada Tim Infokerjaya sangat disyorkan kepada calon yang ingin membuat ulang kaji secara lebih mendalam.
Jika nak tahu lebih banyak soalan-soalan psikometrik dan apa yang diukur dalam setiap soalan, dapat segera rujukan ini.
Ini maklum balas calon yang pernah menjadikan ebook psikometrik Tim Inforkerjaya sebelum rujukan utama mereka...