Tahniah kerana berjaya menduduki ujian psikometrik kali ini.
Untuk memudahkan persediaan anda, kami kongsikan beberapa tips tentang teknik menjawab ujian psikometrik dengan betul.
Ada 3 perkara yang anda kena faham mengenai ujian ini;
Ujian PSEE terbahagi 2 jenis iaitu;
Ujian aptitud ialah ujian untuk menguji pemikiran logik individu.
Ujian psikometrik pula adalah untuk menilai sikap/tingkah laku, personaliti dan kompetensi individu sama ada sesuai atau tidak dengan jawatan dipohon.
Ujian psikometrik melibatkan proses menjawab 199 soalan atas talian dalam masa 1 jam 30 minit (bergantung pada jenis jawatan).
Soalan disusun berdasarkan jenis pilihan jawapan seperti berikut;
Anda akan dapati ada soalan yang mempunyai lebih 3 pilihan jawapan.
Fokus hanya jawapan ‘Sangat Setuju’ atau ‘Sangat Tidak Setuju’ sahaja. Elakkan memilih jawapan ‘Tidak Pasti’ kerana ianya jawapan atas pagar.
Sebelum kita melihat contoh soalan, kami tunjukkan anda bagaimana penilaian dibuat melalui ujian psikometrik.
Secara umum, ujian psikometrik bertujuan mencungkil ciri-ciri individu seseorang melalui tingkah laku dan cara berifikir berdasarkan keadaan, persekitaran dan situasi untuk melihat kecenderungan dan tindakan individu tersebut.
Contoh Soalan 1:
Saya selalu meragui keikhlasan dan kebenaran peminta sedekah.
A) Sangat tidak setujuB) Tidak setujuC) Tidak pastiD) SetujuE) Sangat setuju
Tujuan: Menilai sikap bersangka baik dengan orang sekeliling dan sifat empati terhadap orang yang kurang bernasib baik.
Contoh Soalan 2:
Saya tidak suka parkir kenderaan saya di tepi jalan raya kerana ia boleh menyebabkan punca kesesakan jalan.
A) Sangat tidak setujuB) Tidak setujuC) Tidak pastiD) SetujuE) Sangat setuju
Tujuan: Menilai sikap tidak mementingkan diri sendiri dan memikirkan kesan daripada setiap tindakannya.
Itu antara contoh-contoh soalan untuk penilaian sikap/personaliti. Kadang-kadang terdapat juga soalan yang menguji kepekaan calon dalam ungkapan peribahasa;
Contoh Soalan 3:
“Ulat dalam batu pun boleh dihidup”
A) Sangat setujuB) SetujuC) Tidak pastiD) Tidak setujuE) Sangat tidak setuju
Dalam ungkapan peribahasa di atas, ayat yang betul ialah “ulat dalam batu pun bolehhidup“.
Ini kerana ada makna tersirat dalam peribahasa ini (orang rajin dan tekun berusaha tidak akan mati kerana kelaparan).
Nampak tak bagaimana susunan soalan ini. Soalan lebih kurang sama tapi penilaiannya berbeza.
Kes #1 – Menilai kepekaan anda terhadap peribahasa yang betul atau salah.
Kes #2 – Menilai kepekaan anda dengan peribahasa yang dah memang dipegang dalam masyarakat yang membawa maksud memotivasikan.
Jadi, berhati-hati jika terjumpa soalan seperti ini.
Selain itu, calon juga akan dinilai kompetensi terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) dan sifat kerja berpasukan (team-fit).
Antara contoh soalan berasaskan kompetensi seperti berikut;
1) Pekerjaan (Job-Fit)
Contoh Soalan 4:
Kritikan boleh menghalang peningkatan prestasi kerja.
A) Sangat setujuB) SetujuC) Tidak pastiD) Tidak setujuE) Sangat tidak setuju
Tujuan: Menilai sikap keterbukaan untuk menerima kritikan dalam memperbaiki prestasi kerja.
2) Organisasi (Organization-Fit)
Contoh Soalan 5:
Saya peka dengan isu semasa terutamanya yang melibatkan organisasi.
A) Sangat setujuB) SetujuC) Tidak setujuD) Sangat tidak setuju
Tujuan: Menilai sikap kepekaan dan sikap mengambil berat calon tentang perjalanan organisasi.
3) Kerja Berpasukan (Team-Fit)
Contoh Soalan 6:
Saya percaya dengan berusaha secara sendirian, saya mampu meraih kejayaan dengan mudah.
A) Sangat tidak setujuB) Tidak setujuC) Tidak pastiD) SetujuE) Sangat setuju
Tujuan: Menilai kecenderungan calon dalam kerja berpasukan untuk mencapai kejayaan.
Jika anda perhatikan, soalan-soalan psikometrik cuba dapatkan maklum balas tentang siapa diri anda.
Anda tak perlu jadi orang lain dan jawab secara jujur tanpa sebarang helah yang akan memakan diri.
Ini kerana soalan psikometrik direka bentuk oleh pakar psikologi untuk menilai sikap dan juga mengesan sebarang penipuan melalui domian kejujuran.
Ujian psikometrik merupakan tapisan wajib sebelum anda dipanggil ke temuduga.
Walaupun kejujuran amat penting tapi anda juga harus faham ada soalan yang agak tricky untuk menguji anda dalam ujian ini.
Apa soalan tricky itu?
Soalan tricky yang cuba untuk mendapatkan pendapat anda tentang sesuatu tapi dalam masa sama juga mengesan siapakah diri anda yang sebenar!
Untuk jawab soalan seperti ini petuanya ialah….
Saya tunjukkan satu atau 2 contoh soalan;
Ada kajian menunjukkan merokok memberikan ketenangan kepada pekerja yang ‘stress’. Apa pandangan anda?
A) Sangat setujuB) SetujuC) Tidak setujuD) Sangat tidak setuju
Anda rasa apa respon jawapan paling sesuai untuk soalan di atas?
Jika soalan ini ditanya kepada perokok, pastinya dia akan bersetuju dengan kenyataan ini. Tambahan pula ianya hasil daripada kajian.
Soalan ini bukannya berkaitan benar atau salah. Tapi ianya cuba nak kesan sama ada anda perokok atau tidak!
Akhirnya, perokok dan penyokong perokok dah dikesan.
Perlu diingat, aktiviti merokok di tempat awam adalah dilarang dan menjadi satu kesalahan. Ianya dah jadi satu amalan negatif.
Nampak bagaimana soalan ini cuba memerangkap anda.
Untuk persediaan lebih mantap, kami syorkan anda rujukan psikometrik di bawah ini.
Klik button di bawah untuk info lanjut.
Dalam rujukan ujian di atas, Tim Infokerjaya akan terangkan lebih lanjut konsep dan strategi menjawab soalan psikometrik yang betul.
Jika anda terlepas tips dalam rujukan ini, kebarangkalian gagal ujian psikometrik sangat tinggi.
Selain itu, ada 200 contoh soalan dan jawapan disediakan. Setiap jawapan diberikan penerangan ‘kenapa’ memilih jawapan tersebut.
Rujukan ini juga dikemaskini setiap tahun untuk pastikan info yang anda terima adalah yang terkini!
Jika anda masih blur atau perlukan latihan persediaan untuk ujian psikometrik, rujukan ini memang untuk anda.
Risau tak sempat nak study sebab ujian dah hampir?
Jangan bimbang. Sejurus anda buat pembelian, rujukan ini akan dihantar terus ke inbox emel (selepas transaksi pembayaran online).
Tak perlu tunggu lama OK!
Klik button di bawah untuk info lanjut.