fbpx

Tak tahu nak prepare ujian psikometrik 14 & 15 Julai ini?

Download Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Ebook Infokerjaya

Masukkan Nama dan E-mel  untuk muat turun 100 contoh soalan ujian psikometrik percuma!

Privasi anda diperlihara. Sebarang maklumat tidak akan dikongsikan kepada pihak ketiga.

Tips & Strategi Menjawab Ujian Psikometrik


Ujian PSEE terbahagi 2 jenis iaitu;

  • Ujian Aptitud
  • Ujian Psikometrik

Ujian aptitud bertujuan menguji pemikiran logik. Ia melibatkan 3 komponen Pengetahuan Am, Penyelesaian Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris.

Ujian psikometrik bertujuan mengukur sikap/tingkahlaku, personaliti dan kompetensi calon sama ada sesuai atau tak dengan jawatan yang dipilih.

Format Ujian Psikometrik

Ujian melibatkan proses menjawab 93 soalan dalam tempoh masa 1 jam 30 minit. Format soalan dan pilihan jawapan tidak tetap seperti;

  • Ya atau Tidak
  • Betul atau Salah
  • Ya atau Betul atau Tidak Pasti

Atau pun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda;

  • Sangat setuju / Setuju / Tak pasti / Tidak setuju / Sangat tidak setuju

Kriteria Penilaian

Ujian psikometrik direka khas untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian terhadap 3 perkara (disertaka contoh soalan) berikut;

Pekerjaan (Job-Fit):
“Kritikan boleh menghalang peningkatan prestasi kerja.”

Organisasi (Organization-Fit):
“Saya peka kepada perubahan persekitaran.”

Kerja Berpasukan (Team-Fit):
“Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah.”

Setelah respon diterima melalui self-report, komputer akan memproses dan menganalisis data-data untuk dipadankan dengan keserasian dan kompetensi pada sesuatu jenis jawatan.

Tips Menjawab Soalan Psikometrik

Soalan psikometrik direka bukan hanya untuk mengukur tetapi juga untuk menguji kejujuran seseorang calon.

Anda boleh terperangkap tidak jujur (menipu) jika respon yang anda beri tidak konsisten antara satu soalan dengan soalan yang lain.

Saya berikan 2 contoh soalan berbeza tetapi mempunyai maksud refleksi diri yang sama;

Saya tidak pernah lewat apabila menghadiri temu janji.

Saya tidak pernah buat apa yang dikatakan bohong sunat.

Katakan anda nak tonjolkan kompetensi diri ‘menepati masa’ dan memilih respon tidak pernah lewat hadir temu janji tetapi dalam masa sama mengaku anda pernah bohong sunat.

Ini contoh diri anda tidak konsisten kerana orang yang lewat hadir temu janji cenderung memberi pelbagai alasan (tidak benar) untuk menutup kelemahan dirinya. Dalam masyarakat kita memberi alasan seumpama bohong sunat.

Contoh soalan perangkap yang lain pula macam ni;

Ada kajian menunjukkan merokok memberikan ketenangan kepada pekerja yang 'stress'. Apa pandangan anda?

Jika soalan ini ditanya kepada perokok, pasti dia akan bersetuju dengan kenyataan ini. Lagi pula ianya hasil dari kajian.

Ini soalan bukan berkaitan benar atau salah tapi ianya nak kesan 'anda perokok atau tidak'.

Nah... perokok dan penyokong perokok dah dikesan.😖

Perlu ingat, aktiviti merokok dilarang di tempat awam. Ianya dah jadi amalan negatif.

Nampak tak macam mana ianya bakal 'memerangkap' anda.

Anda boleh belajar lebih lanjut teknik jawab soalan psikometrik melalui rujukan di bawah ini. Rujukan ini disertakan 200 contoh soalan beserta penerangan jawapan.

>