fbpx

Nak Tahu Teknik Yang Betul Menjawab Soalan Psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)?

Baca info di bawah sampai akhir!

Sifat Personaliti Psikometrik

Kami akan kongsikan beberapa tips untuk panduan anda. Sebelum itu, ada 3 perkara anda perlu faham tentang ujian ini;

  1. 1Kejujuran. Ya anda perlu jujur ketika jawab soalan psikometrik tapi tanpa teknik betul, anda akan lost direction dengan beratus-ratus soalan;
  2. 2Tiada betul / salah. Respon jawapan yang anda berikan adalah tentang diri anda dan bukan orang lain. Semua jawapan diterima;
  3. 3Kosistensi. Untuk mengurangkan bias maka soalan ujian psikometrik akan mengandungi perangkap untuk kesan percanggahan jawapan.

Apa itu Ujian Psikometrik?

Ujian psikometrik adalah satu penilaian mengenai sikap /tingkah laku, personaliti dan kompetensi individu sama ada sesuai atau tidak dengan jawatan dipohon.

Format Ujian

Ujian mengandungi 564 soalan psikometrik dan tempoh menjawab selama 3 jam. Soalan menggunakan skala Likert sebagai pilihan jawapan seperti;

  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Setuju
  • Sangat Setuju
  • Sangat Tidak Setuju
  • Tidak Setuju
  • Tidak Pasti
  • Setuju
  • Sangat Setuju

Tips memilih jawapan soalan skala Likert ialah fokus hanya jawapan ‘Sangat Setuju’ atau ‘Setuju’ untuk ITEM POSITIF sahaja.

Manakala ITEM NEGATIF anda hendaklah pilih jawapan ‘Sangat Tidak Setuju‘ atau ‘Tidak Setuju‘ sahaja. 

Elakkan jawapan ‘Kurang Setuju‘ atau ‘Tidak Pasti’ kerana ia memberikan skor yang rendah kepada markah ujian anda.

Apa itu Item Positif & Negatif?

Secara umumnya, item positif merupakan soalan yang digunakan untuk mengukur aspek positif diri anda manakala item negatif pula mengukur aspek negatif.

Untuk pemahaman lihat soalan di bawah;

Contoh Soalan Item Positif

Saya tidak suka parkir kenderaan saya di tepi jalan raya kerana ia boleh menyebabkan punca kesesakan jalan.

A) Sangat tidak setujuB) Tidak setujuC) Tidak pastiD) SetujuE) Sangat setuju

Tips: Jawapan ‘Sangat setuju’ memberikan skor paling tinggi = 5.

Contoh Soalan Item Negatif

Saya selalu meragui keikhlasan dan kebenaran peminta sedekah..

A) Sangat tidak setujuB) Tidak setujuC) Tidak pastiD) SetujuE) Sangat setuju

Tips: Jawapan ‘Sangat tidak setuju’ memberikan skor paling tinggi = 5.

Terdapat juga soalan yang menilai persepsi anda terhadap sesuatu situasi dan anda perlu memilih jawapan yang bersesuaian…

Contoh Soalan Item Negatif

Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan menyuruh penjual menggorengkan pisang untuknya.

A) Sangat tidak setujuB) Tidak setujuC) Tidak pastiD) SetujuE) Sangat setuju

Tips: Jawapan ‘Sangat tidak setuju’ memberikan skor paling tinggi = 5.

Soalan penjual pisang di atas mungkin ingin menilai penerimaan atau penolakan anda terhadap tindakan pelanggan yang meminta penjual menggorengkan ayam walaupun penjual tidak menjual ayam goreng!

Kita simpulkan ianya sebagai item negatif kerana anda tidak setuju dengan tindakan pelanggan meminta penjual menggoreng ayam walaupun penjual sebenarnya tidak menjual ayam goreng.

Job-fit, Organization-fit & Team-fit?

Ujian psikometrik juga akan menilai ciri-ciri kompetensi terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) dan sifat kerja berpasukan (team-fit).

Antara contoh soalan berasaskan kompetensi seperti;

1) Pekerjaan (Job-Fit)

Contoh Soalan:

Kritikan boleh menghalang peningkatan prestasi kerja.

A) Sangat tidak setujuB) Tidak setujuC) Tidak pastiD) SetujuE) Sangat setuju

Tips: Soalan item negatif maka jawapan sesuai ialah ‘Sangat tidak setuju’.

Jika anda memandang kritikan sebagai satu bentuk maklum balas konstruktif yang boleh membantu meningkatkan prestasi, maka kritikan sebenarnya dapat menjadi pemacu kepada peningkatan prestasi kerja.

2) Organisasi (Organization-Fit)

Contoh Soalan:

Saya peka dengan isu semasa terutamanya yang melibatkan organisasi..

A) Sangat tidak setujuB) Tidak setujuC) SetujuD) Sangat setuju

Tips: Soalan item positif maka jawapan sesuai ialah ‘Sangat setuju’.

3) Kerja Berpasukan (Team-Fit)

Contoh Soalan:

Saya bersedia bekerjasama dengan kakitangan lain untuk mencapai matlamat organisasi..

A) Sangat tidak setujuB) Tidak setujuC) Tidak pastiD) SetujuE) Sangat setuju

Tips: Soalan item positif maka jawapan sesuai ialah ‘Sangat setuju’.

Cara nak lulus ujian psikometrik?

Ujian psikometrik merupakan tapisan wajib untuk anda melangkah ke PAC & UKJK.

Walaupun kejujuran amat penting tapi anda juga harus faham ada soalan yang agak tricky untuk menguji anda dalam ujian ini.

Apa soalan tricky itu?

Soalan tricky yang cuba untuk mendapatkan pendapat anda tentang sesuatu tapi dalam masa sama juga mengesan siapakah diri anda yang sebenar!

Untuk jawab soalan ini petuanya ialah….

Sembunyikan nilai negatif, tonjolkan nilai positif”

Saya tunjukkan satu lagi contoh soalan;

Ada kajian menunjukkan merokok memberikan ketenangan kepada pekerja yang ‘stress’. Apa pandangan anda?

A) Sangat setujuB) SetujuC) Tidak setujuD) Sangat tidak setuju

Anda rasa apa respon jawapan paling sesuai untuk soalan di atas?

Jika soalan ini ditanya kepada perokok, pasti mereka akan setuju dengan kenyataan ini. Tambahan pula ianya hasil daripada kajian.

Soalan ini bukannya berkaitan benar atau salah. Tapi, ianya cuba nak kesan sama ada anda seorang perokok atau tidak!

Perlu diingat, aktiviti merokok di tempat awam dilarang dan menjadi satu kesalahan. Ianya dah jadi satu amalan negatif.

Nampak bagaimana soalan ini cuba memerangkap anda.

Nak lagi penerangan & soalan macam ini?

Untuk persediaan lebih mantap, kami syor anda dengan rujukan di bawah ini.

Klik button di bawah untuk info lanjut.

Tim Infokerjaya akan terangkan lebih lanjut konsep dan strategi menjawab soalan ujian psikometrik yang betul.

Jika anda terlepas tips ini, kebarangkalian gagal ujian psikometrik sangat tinggi.

Selain itu, 200 contoh soalan dan jawapan disediakan. Setiap jawapan ada penerangan ‘kenapa’ memilih jawapan tersebut.

Rujukan ini dikemaskini setiap tahun untuk pastikan info anda terima adalah terkini!

Jika anda masih blur atau perlukan latihan persediaan untuk ujian psikometrik, rujukan ini memang untuk anda.

Risau tak sempat nak ulang kaji?

Jangan bimbang. Sejurus anda buat belian, rujukan ini akan dihantar terus ke inbox emel (selepas transaksi pembayaran online).

Tak perlu tunggu lama OK!

Feedback Calon

feedback-ujian-psikometrik

Klik button di bawah untuk info lanjut.

© 2022 Soflyy. All rights reserved.