fbpx

Huraian Psikometrik

Jawapan : Tidak Setuju

Penerangan

Pilihan jawapan “Tidak Setuju menunjukkan bahawa anda tidak bersetuju dengan tindakan pelanggan yang memaksa penjual menggoreng pisang kerana penjual sememangnya tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan.

Ini menggambarkan sikap kepatuhan yang akan mengukur sejauh mana anda boleh mengikut norma dan peraturan ditetapkan. Pendirian untuk tidak bersetuju merupakan keberanian dalam menegakkan prinsip walaupun keadaannya sukar kerana ianya melibatkan interaksi antara penjual dan pembeli dalam kes ini.

Nilai kepatuhan dan keberanian merupakan ciri-ciri kompetensi yang dinilai dalam soalan ini. Individu yang memiliki kedua-dua sikap di atas dipercayai mempunyai pegangan nilai dan tingkah laku yang selari dengan organisasi, komited menjalankan tugas dan tegas dalam pematuhan prosedur dan peraturan.

Sebaliknya, jika jawapan “Setuju” dipilih maka anda dilihat berpotensi mendatangkan konflik kerana bersikap remeh dalam menjalankan tugas.

Untuk meningkatkan pemahaman dan keyakinan dalam ujian psikometrik, anda disarankan menjawab lebih banyak contoh-contoh soalan. Rujukan Ujian Psikometrik Tim Infokerjaya (versi 2023) mengandungi 200 contoh soalan psikometrik beserta jawapan dan penerangan.

Ia juga disertakan nota ringkas tentang format ujian, trait-trait personaliti, teknik dan strategi menjawab soalan psikometrik dengan betul. Tekan button di bawah untuk dapatkan rujukan.

© 2022 Soflyy. All rights reserved.