fbpx
penguasa-bomba-kb41-kb29

Penerangan Format, Contoh Soalan dan Tips Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Bomba KB41 / KB29

Senarai Kandungan

Tahniah kerana anda dipanggil menduduki Peperiksaan Online Penguasa Bomba Gred KB41 / KB29 bagi sesi pengambilan tahun 2020 yang diadakan pada 19 November 2020 jam 10:00 pagi.

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran dan kebolehan dalam mengaplikasi maklumat berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda. Matlamatnya mengukur kematangan pemikiran agar sesuai dengan kualiti dan potensi seorang penguasa bomba.

Bagaimanapun, ada pendapat yang menganggap peperiksaan online ini satu mekanisme mengurangkan calon yang ramai! Tahukah anda jumlah calon yang menduduki peperiksaan online boleh mencecah puluhan ribu orang?

Peluang untuk lulus peperiksaan juga menjadi tipis disebabkan kekosongan yang terhad. Sebagai calon, anda perlu membuat persediaan secukupnya supaya dapat menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan.

Artikel ini akan menerangkan tentang format terkini peperiksaan, contoh-contoh soalan dan cara menjawab.

“Bukan sekadar tahu format peperiksaan tetapi faham penilaian di sebalik format berkenaan.”

Format Peperiksaan Online Penguasa Bomba KB41/KB29

Format peperiksaan (dijangkakan) melibatkan 3 seksyen berasingan:

  • Seksyen A : Pengetahuan Am
  • Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen A : Pengetahuan Am

Anda perlu tahu secara umum urusan dan hal ehwal kebombaan, kewangan, ekonomi, sains, teknologi maklumat & komunikasi, undang-undang, sukan, sosial dan perkembangan semasa.

Rangkuman soalan peperiksaan adalah luas dan pengetahuan am sepatutnya diketahui rakyat Malaysia. Tujuannya menguji daya kesedaran terhadap perkara yang berlaku di sekeliling.

Contoh Soalan Pengetahuan Am

Contoh 1:

Terdapat 3 unsur yang membolehkan api terjadi

A. Api, Diesel & Bahan ApiB. Oksigen, Bahan Api & HabaC. Mancis, Cahaya Matahari & lampuD. Kayu, Kertas dan Petrol

Jawapan : B

Contoh 2:

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kebakaran berlaku di antara ialah…

A. Faktor kemanusiaanB. Faktor ekonomiC. Faktor bentuk muka bumiD. Faktor sosial

Jawapan : A

Contoh 3:

Belanjawan Negara Malaysia mempunyai dua komponen utama hasil dan perbelanjaan negara. Kesemua di bawah adalah merupakan kategori bagi perbelanjaan negara kecuali

A. Perbelanjaan perbekalanB. Perbelanjaan tanggunganC. Perbelanjaan pembangunanD. Perbelanjaan jangka pendek

Jawapan : D

Contoh 4:

Komponen asas komputer terdiri daripada empat bahagian iaitu Peranti Input, Peranti Output, Unit Storan atau Unit Ingatan dan Unit Pemprosesan.

Tetikus merupakan contoh bagi

A. Unit StoranB. Peranti InputC. Peranti OutputD. Unit Pemprosesan

Jawapan : B

Contoh 5:

Kuasa tertinggi pentadbiran negera adalah

A. Perdana MenteriB. Majlis Raja-RajaC. Yang di-Pertuan AgongD. Perlembagaan Malaysia

Jawapan : D

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen B, anda akan diuji daya menyelesaikan masalah menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

(i) Kemahiran Logik

Anda dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

Contoh Soalan Kemahiran Logik

Contoh 1:

Purata umur P, Q dan R ialah 16 tahun. Umur P dan Q adalah sama. Berapakah umur P jika umur R ialah 12 tahun?

A. 12B. 14C. 16D. 18

Jawapan : D

Teknik menjawab:

Purata = (P + Q + R) / 316 = (P + Q + 12) / 348 = P + Q + 1248 – 12 = P + Q 36 = P + Q= 36 / 2= 18

Contoh 2:

Apakah huruf berikutnya?

X

V

R

L

?

A. BB. DC. KD. M

Jawapan : B

Teknik menjawab:

X – V = tolak 2V – R = tolak 4R – L = tolak 6L – ? = tolak 8

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Beberapa masalah dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan. Anda perlu menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Penggunaan graf atau jadual digalakkan untuk memudahkan jawapan.

Contoh Soalan Menginterpretasi Data

Contoh:

Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.

Bilangan Pengunjung

Lelaki

Perempuan

Dewasa

52

68

Kanak-kanak

104

136

A. 1/3B. 2/3C. 1/4D. 2/4

Jawapan : B

Teknik Menjawab:

Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang;Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang;Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3.

(iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numerik dan kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan anda berfikir secara kuantitatif. Asas-asas Matematik yang diguna pakai tidak melebihi sukatan pelajaran SPM tingkatan 5.

Contoh Soalan Konsep Matematik

Contoh 1:

8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28B. 49C. 56D. 62

Jawapan : A

Teknik menjawab:

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8×7) permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah (8 X 7) / 2 = 28.

NOTA : Berdasarkan pemerhatian, soalan-soalan Daya Menyelesaikan Masalah boleh dicerakinkan kepada 4 bahagian utama iaitu Penyelesaian Masalah, Menginterpretasi Data, Soalan Matematik dan Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test). Belajar secara terperinci bahagian-bahagian ini melalui Rujukan Khas Penguasa Bomba KB41/KB29.

Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen ini menguji tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan-soalan merangkumi petikan esei, kefahaman dan tatabahasa:

  • Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris;
  • Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Anda diberikan sebuah petikan Bahasa Inggeris serta pilihan jawapan. Petikan mungkin pendek atau panjang dan bilangan soalan antara 5-10 soalan.Anda juga diuji penggunaan tatabahasa seperti Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan Conjunction.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Contoh 1:

All of the sentences with collective nouns below are correct except for …

A. Mark and Matt saw a hive of bees.B. The dealer dealt a pack of cards.C. A group of lions was captured in the jungle.D. The police managed to catch a bunch of crooks during the night raid.

Jawapan : C

Read the passage below and answer the questions that follow.

Being blind has not stopped Hesham Kamel from participating in the cyberworld. He has also made it possible for other blind people to draw images. A PhD student at UC Berkeley’s Department of Electrical Engineering and Computer Sciences, Hesham found his research efforts were often hindered by his reliance on a sighted person who could assist with the production of graphical elements. About four years ago, after being forced to miss a deadline when his sighted assistant was on vacation, he decided to take matters into his own hands. Hesham designed a unique computer-drawing program called Integrated Communication 2 Draw, or IC2D, that allows visually-impaired users to create and `see’ images on the computer screen.

Although the computing industry has made some big strides in developing software to assist the sight-impaired, there is still a lack of products on the market, particularly when it comes to computer-assisted drawing. There is also a common misconception that blind people simply cannot handle visual tasks. Such erroneous beliefs provided another major motivation for Hesham’s efforts. He found that people would ask him why blind people would even need to draw something that they could not see. “There are many people out there who can’t understand that blind people have imagination, just as sighted people do,” he asserts.

In addition, Hesham was frustrated by the short-sightedness of the computer industry. Although the trend in technology is generally towards smaller, faster and cheaper products, Hesham found quite the reverse to be true when it came to products for the sightless. “The devices we need to use with computers – such as a 50-pound Braille printer – are large, expensive or both,” he notes. Thus, one of his primary goals in devising the IC2D software was that it be both portable and compatible with any computer screen reader for the blind. “More than anything, I want to change the way people think when they develop technology for the visually-impaired,” he explains. Recently, Hesham has been busy taking his invention round the conference circuit in both America and Europe. With IC2D, users would be able to create elaborate drawings for work and pleasure.

Contoh 2:

What hindrance did he face in his research?

A. He needed help to produce graphical elements.B. His reliance on another blind people.C. The possibility for other blind people to draw images.D. The assistance with the production of graphical elements.

Jawapan : A

Contoh 3:

The phrase “he decided to take matters into his own hands”, means that …

A. He missed a deadline for his assignment.B. He decided to deal with the problem himself.C. He resolved the matter with his assistant.D. He used his hands on the computer.

Jawapan : B

Tips #1 : Kuasai Pengetahuan Am!

Hadamkan info mengenai kebombaan. Soalan berkisar pengetahuan umum seperti istilah, fungsi atau tugas jabatan bomba. Lain-lain info seperti sistem tadbir urus kerajaan, peraturan dan perundangan.

Ambil tahu isu-isu yang berlaku dalam ekonomi, perdagangan, kewangan, teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran kerajaan dan juga sosial. Dapatkan maklumat sepanjang tempoh 2 tahun ke belakang (2020 & 2019).

Tips #2 : Buat Latih Tubi Berulang Kali!

Kepantasan adalah segala-galanya. Purata masa untuk menjawab 1 soalan hanya sekitar 1 minit. Justeru, latih tubi yang berterusan boleh meningkatkan kemahiran anda dan membiasakan diri dengan soalan susah.

Lebih banyak latih tubi dibuat, lebih senang nak faham dan jawab soalan. Kadang-kadang soalan berulang dan ini bonus kepada mereka yang selalu buat latih tubi. Senarai topik-topik popular seksyen daya menyelesaikan masalah yang anda perlu faham formula dan cara penyelesaian seperti berikut:

  • Pecahan & Peratus
  • Persamaan Linear
  • Kecerunan, m
  • Persamaan Kuadratik
  • Pemfaktoran
  • Luas dan Perimeter
  • Isipadu Bongkah
  • Min, Median, Mod
  • Kebarangkalian

NOTA : Soalan Daya Menyelesaikan Masalah berdasarkan silibus SPM tetapi tidak melibatkan semua bab (tidak perlu ulangkaji semua bab). Study smart is the key. Dalam Rujukan Khas Penguasa Bomba KB41/KB29, bab-bab yang lazim keluar dengan peperiksaan ditunjukkan dalam beberapa bentuk contoh soalan dan cara penyelesaian.

Tips #3 : Fahamkan Penggunaan Grammar!

Seksyen C Kefahaman Bahasa Inggeris ibarat bonus untuk anda. Ia seksyen paling mudah jika dibandingkan seksyen lain. Anda hanya perlu tahu mengenai tatabahasa (grammar).

Soalan-soalan hanya untuk menguji tahap kefahaman Bahasa Inggeris dan penggunaan tatabahasa yang betul. Fahamkan pecahan grammar berikut:

  • Pronoun (Kata Ganti)
  • Noun (Kata Benda)
  • Verb (Kata Kerja)
  • Adjective (Kata Sifat)
  • Adverb (Kata Keterangan)
  • Determiner
  • Preposistion (Kata Depan)
  • Conjunction (Kata Hubung)

Pemahamam teks keseluruhan petikan adalah penting untuk soalan esei. Baca dan lihat keseluruhan idea esei tersebut. Mula jawab soalan objektif yang ingin menguji kefahaman anda.

Markah Lulus Peperiksaan Berapa?

Tidak ada penerangan yang jelas cara permarkahan dalam peperiksaan online penguasa bomba KB41. Bagaimanapun, SPA ada mengeluarkan garis panduan ukuran prestasi calon dalam peperiksaan online:Peperiksaan ini melibatkan tiga (3) seksyen berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) seksyen sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

Kesimpulan

Kami yakin anda tersenyum melihat soalan peperiksaan nanti. Rasa gugup hilang kerana anda tahu format soalan peperiksaan. Dengan kata lain, anda tahu apa yang calon lain tak tahu!

Anda sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah terbaik. Jika lulus anda berpeluang untuk dipanggil temuduga dan dipertimbangkan ke jawatan Penguasa Bomba KB41.

Seperi yang dijanjikan, anda boleh dapatkan contoh soalan peperiksaan penguasa bomba di bawah ini.

© 2022 Soflyy. All rights reserved.