fbpx

[Tips Exam] Format, Contoh Soalan dan Rujukan Khas Exam Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41

Senarai Kandungan

Tahniah jika anda akan menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41 pada 25 September 2020 ini. Kali terakhir peperiksaan ini diadakan ialah pada tahun 2018.

Untuk makluman, jawatan bertaraf gred N41 negeri Johor jarang dibuka kepada orang awam. Sebab itu, tiada peperiksaan diadakan pada tahun 2019. Sudah tentu jumlah calon yang memohon juga semakin bertambah.

Pihak SPANJ semestinya menetapkan syarat yang ketat menduduki exam disebabkan jumlah calon yang ramai. Anda yang mengambil peperiksaan ini harus melakukan yang terbaik.

Jadi, apa yang anda faham tentang peperiksaan ini? Persediaan apakah yang perlu anda buat untuk lulus?

TIPS #1 : FAHAM FORMAT SOALAN

“Bukan sekadar tahu tentang format peperiksaan tetapi faham apakah penilaian di sebalik format berkenaan.”

Penerangan Format

Terdapat sedikit perubahan format peperiksaan pada tahun 2020. Jika dalam tahun 2015 dan 2018, format peperiksaan melibatkan 3 seksyen berasingan iaitu Ujian Psikometrik, Pengetahuan Am dan juga Daya Menyelesaikan Masalah.

Tapi tahun ini Ujian Psikometrik telah dikeluarkan dan hanya melibatkan 2 seksyen sahaja iaitu Seksyen A (Pengetahuan Am) serta Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah).

2015

2018

2020

Ujian Psikometrik

Ujian Psikometrik

Tiada

Pengetahuan Am

Pengetahuan Am

Pengetahuan Am

Daya Menyelesaikan Masalah

Daya Menyelesaikan Masalah

Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen A (Pengetahuan Am)

Dalam seksyen ini, calon hendaklah tahu topik dalam bidang berkaitan negeri Johor seperti :

  • Ekonomi
  • Budaya
  • Perancangan & pentadbiran sosial
  • Infrastruktur
  • Pentadbiran & pembangunan wilayah / tanah / daerah / tempatan
  • Sejarah
  • Politik
  • Teknologi maklumat
  • Lain-lain perkembangan semasa negara

Jumlah soalan adalah sebanyak 40 (objektif) dengan peruntukkan masa selama 35 minit. Skop soalan adalah berkaitan pengetahuan umum dalam bidang-bidang dinyatakan.

Contoh Soalan Pengetahuan Am

Siapakah di antara tokoh-tokoh utama negeri Johor berikut yang bergelar Datuk Seri Amar DiRaja?

A. Abdullah bin TahirB. Mohd Salleh bin PerangC. Abdul Rahman bin AndakD. Abdul Samad bin IbrahimE. Ibrahim Munsyi

Jawapan : C

Setiap tahun pembentangan berkaitan anggaran hasil dan anggaran perbelanjaan tahun hadapan akan dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri Johor. Penyataan ini adalah berkaitan pembentangan 

A. BajetB. Kira-kira kewanganC. Akaun awamD. Laporan audit

Jawapan : A

Untuk persediaan seksyen ini, carilah seberapa banyak maklumat yang boleh. Tidak perlu pembacaan secara mendalam kerana seksyen ini adalah pengetahuan am.

Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah)

Seksyen ini melibatkan pengiraan matematik. Peruntukkan masa adalah selama 25 minit untuk 20 soalan objektif. Anda perlu menyelesaikan masalah matematik berdasarkan 3 kemahiran iaitu Kemahiran Logik, Kemahiran Menginterpretasi Data dan Konsep Matematik.

(i) Kemahiran Logik

Anda perlu menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir dan kemahiran mengaplikasi maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat untuk menyelesaikan masalah.

Contoh Soalan Kemahiran Logik

Apakah nilai R yang paling sesuai?

6886

6552

R

6110

8866

6255

3632

6101

A. 6323B. 6233C. 6322D. 6332

Jawapan : D

Teknik menjawab:

Nombor pertama = 6;Nombor ke-2 + ke-3 = nombor sama;Nombor terakhir = baki nombor;Perhatikan pilihan jawapan manakah nombor ke-2 + ke-3 adalah sama.

Sebanyak 12 keping kad berlabel seperti berikut dimasukkan ke dalam sebuah beg. Jika sekeping kad dicabut keluar secara rawak, apakah kebarangkalian untuk mendapat kad bertanda A?

S

A

T

U

M

A

L

A

Y

S

I

A

A. 5/12B. 2/6C. 1/4D. 1/3

Jawapan : D

Teknik menjawab:

Jumlah semua kad =  12 keping;Jumlah kad bertanda A = 4 keping;Kebarangkalian kad bertanda A dicabut = 4/12 = 1/3.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi soalan penyelesaian masalah menggunakan perangkaan. Perangkaan tersebut perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Soalan kebiasaannya menggunakan graf atau jadual agar mudah calon memberikan jawapan.

Contoh Soalan Kemahiran Menginterpretasi Data

Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.

Bilangan Pengunjung

Lelaki

Perempuan

Dewasa

52

68

Kanak-kanak

104

136

A. 1/3B. 2/3C. 1/4D. 2/4

Jawapan : B

Teknik Menjawab:

Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang;Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang;Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3.

(iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Soalan-soalan akan ditarafkan dan perlu diketahui oleh calon-calon dalam bidang perakaunan.

Contoh Soalan Konsep Matematik

8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan akan berlangsung dalam pertandingan tersebut?

A. 28B. 49C. 56D. 62

Jawapan : A

Teknik menjawab:

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan akan bermain sebanyak 7 kali.

Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan. Tetapi, setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Untuk mengelakkan pengiraan 2 kali maka jumlah permainan ialah

NOTA : Melalui pemerhatian yang dilakukan, soalan-soalan dalam seksyen B boleh dicerakinkan kepada 4 bahagian utama:

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Bahagian-bahagian ini dihuraikan sebanyak 26 muka surat di dalam Rujukan Khas Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

TIPS #2 : HADAM TENTANG NEGERI JOHOR

Semak semula semua pengetahuan anda tentang negeri Johor. Soalan peperiksaan akan berkisar tentang pengetahuan umum seperti berikut:

  • Pengetahuan tentang negeri Johor
  • Struktur pentadbiran kerajaan Johor
  • Isu-isu semasa pentadbiran kerajaan Johor
  • Tentang Sejarah dan kesultanan Johor

Ambil tahu juga hal-hal yang berlaku dalam sektor ekonomi, perdagangan, teknologi maklumat, pentadbiran kerajaan, politik dan sosial.

Tips : Baca isu semasa yang berlaku untuk tempoh 2 tahun kebelakang (2020 & 2019).

TIPS #3 : BUAT LATIH TUBI MATEMATIK

Kepantasan adalah kunci untuk anda selesai jawab semua soalan dalam Daya Menyelesaikan Masalah. Purata masa hanya seminit untuk setiap soalan. Latih tubi yang banyak dapat membantu anda membiasakan diri dengan soalan susah. 

Lebih banyak latih tubi dibuat, lebih mudah untuk anda menjawab soalan. Ini senarai topik-topik popular daya menyelesaikan masalah yang anda perlu faham formulanya dan cara penyelesaian:

  • Pecahan & Peratus
  • Persamaan Linear
  • Kecerunan, m
  • Persamaan Kuadratik
  • Pemfaktoran
  • Luas dan Perimeter
  • Isipadu Bongkah
  • Min, Median, Mod
  • Kebarangkalian

NOTA : Soalan adalah tahap SPM tetapi BUKAN SEMUA BAB. Bab yang biasa akan keluar dihuraikan secara terperinci dalam Rujukan Khas Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

Cara Pemarkahan Lulus Peperiksaan?

Tidak ada penerangan jelas tentang cara permarkahan dibuat dalam Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N41. Bagaimanapun, pihak SPA telah memberikan garis panduan pengukuran prestasi calon dalam peperiksaan online:

Peperiksaan ini melibatkan tiga (3) seksyen berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) seksyen sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan.

Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

Rujukan Khas Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred N41

rujukan khas peperiksaan online Pegawai Tadbir N41 Negeri Johor

Untuk memudahkan calon membuat ulangkaji dengan pantas dan lengkap, pihak Infokerjaya telah mengeluarkan rujukan khas untuk peperiksaan ini.

Seperti anda tahu, kesibukan boleh membantutkan persediaan. Nak ikut perbincangan dalam grup Whatsapp atau Telegram pun tak sempat.

Ada juga maklumat dibincangkan dalam group tidak tepat. Ulangkaji boleh tersasar dari penilaian SPA.

Untuk info, Tim Infokerjaya telah mengeluarkan sebuah rujukan khas peperiksaan kerajaan sejak 2008. Satu dekat lebih membantu calon lulus dalam peperiksaan kerajaan.

Ini sebahagian calon yang melalui pengalaman gembira bersama Tim Infokerjaya sebelum ini:

testimoni ebook infokerjayatestimoni ebook infokerjayatestimoni ebook infokerjayatestimoni ebook infokerjaya

Untuk mendapatkan rujukan ini, anda perlu lakukan pendaftaran sebelum atau pada 24 September 2020 ini.

Rujukan Khas Pegawai Tadbir N41 Bukan Untuk Semua!

Tak semua calon sesuai untuk rujukan ini. Hanya mereka yang nak lulus dan berazam untuk sampai ke peringkat temuduga, wajib dapatkannya.

Fikirkan, kekosongan jawatan adalah 41 (21 tetap dan 20 kontrak). Jumlah calon pula berpuluh ribu orang.

Bagaimana nak atasi saingan ini?

Apapun yang difikirkan, anda perlu lulus dulu exam Pegawai Tadbir N41 ini. Kemudian barulah fikir temuduga. Dalam rujukan khas ini anda akan mendapat maklumat seperti:

  • Huraian Format Tekini (2020) – Huraian terperinci pecahan format soalan setiap seksyen agar lebih jelas dan faham bentuk soalan;
  • Nota Ringkas & Formula Matematik – Menjimatkan masa ulangkaji dengan nota-nota yang telah dihimpunkan mengikut skop peperiksaan. Tak perlu cari buku atau nota lain;
  • 60 Contoh Soalan & Jawapan – 50 seksyen A dan 20 seksyen B beserta huraian jawapan untuk mahirkan diri menjawab soalan.
  • Kemaskini Percuma 3 Tahun – Ini tawaran untuk rujukan utama. Tak perlu beli lagi selama tiga tahun.

Ini bermaksud menggunakan Rujukan Khas Pegawai Tadbir Negeri Johor N41 ini, anda dapat mengurus masa dengan baik dan lebih fokus kepada studi bahan ulangkaji yang proven.

Jika anda dah sedia untuk dapatkan satu-satunya rujukan yang lengkap dan komprehensif, sila tekan button kuning di bawah.

Kesimpulan

Kami yakin anda akan tersenyum apabila melihat soalan-soalan exam nanti. Rasa cuak dan nervous anda akan hilang kerana anda dah faham tentang formatnya. Sediakan diri secukupnya dengan pengetahuan yang rapi atau dengan kata lain, anda tahu apa yang calon lain tak tahu!

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk temuduga. Ini bermakna untuk dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41, peluangnya adalah lebih cerah.

Jika inginkan info semasa berkenaan exam Pegawai Tadbir Johor N41 anda dialu-alukan join channel Telegram ini: https://t.me/rujukanPTN41johor

© 2022 Soflyy. All rights reserved.