fbpx

Huraian Soalan

Soalan 37: Saya dapat membuat sesuatu dengan lebih baik secara berseorangan daripada bekerja dalam satu kumpulan.
  • Sangat setuju
  • Setuju
  • Tidak pasti
  • Tidak setuju
  • Sangat tidak setuju
Dalam ujian psikometrik, pilihan jawapan mencerminkan sejauh mana kecenderungan anda terhadap sikap yang diukur.

Kecenderungan yang kuat memberi skor yang tinggi, manakala skor yang rendah menunjukkan kecenderungan yang lemah.

Kejayaan dinilai berdasarkan skor yang diperoleh, yang dipengaruhi oleh cara anda menjawab soalan.

Bagaimanapun, tiada jawapan yang dianggap betul atau salah. Sebaliknya, hanya mencerminkan corak personaliti unik diri anda.

Apakah sikap yang dinilai?

Berbalik kepada persoalan sebelumnya, ia sebenarnya ingin menilai kecenderungan sikap ekstrovert dan introvert.

Berdasarkan teori personaliti, individu ekstrovert cenderung memilih jawapan 'sangat tidak setuju' kerana mereka lebih selesa dan berkesan apabila berkumpulan.

Sebaliknya, individu introvert cenderung memilih 'sangat setuju' kerana mereka lebih produktif bekerja bersendirian tanpa gangguan luaran.

Okay, anda dah tahu sikap apa yang dinilai. Bagaimana pula pemilihan jawapan boleh mempengaruhi skor anda? 

Adakah hanya memilih 'sangat tidak setuju' memberikan skor yang tinggi?

Untuk merungkai konsep ini, kita perlu faham apa itu tret personaliti.

Tret Personaliti

Definisi tret personaliti:

Tret personaliti adalah corak pemikiran, perasaan atau tingkah laku yang cenderung konsisten dari semasa ke semasa dan merentas situasi yang berkaitan.

Baik, kita ambil kata kunci 'konsisten'.

Pernah dengar istilah 'konsistensi' dalam ujian psikometrik tak?

Konsistensi adalah sejauh mana anda dapat mengekalkan pendirian tetap dan tidak berubah-ubah pada setiap soalan yang dijawab.

Konsistensi dapat mengurangkan bias dalam hasil ujian dan memberikan gambaran corak personaliti anda yang sebenar seterusnya memmbantu pihak SPA membuat penilaian yang lebih akurat.

Okay, kita lihat soalan seterusnya...
Soalan 76 : Dalam menyertai sesuatu kumpulan baru, saya dapat menyesuaikan diri dengan serta-merta.
  • Sangat setuju
  • Setuju
  • Tidak pasti
  • Tidak setuju
  • Sangat tidak setuju
Saya jangka ramai calon akan memilih 'sangat setuju' kerana masing-masing ingin menonjolkan sikap positif iaitu mudah bergaul.

Sudah tentu jawapan tersebut memberi skor yang tinggi. Tetapi, jika tidak konsisten jawapan sebelum dan selepas maka sia-sia.

Apa akan jadi kalau tak konsisten?

Ada 2 senario berlaku...

Pertama, skor ujian menjadi rendah (terdapat bias dalam sikap seseorang);

Kedua, aspek kesahan dan kebolehpercayaan ujian diragui. Maksudnya, maklumat anda tidak tepat atau berpura-pura.

Okay, macamana pula kalau jawapan anda macam ini...
  • Soalan 37 : Sangat setuju
  • Soalan 76 : Sangat setuju
Anda telah menunjukkan kecenderungan sikap lebih ke arah introvert (soalan no. 37) tetapi, sebaliknya ke arah ekstrovert (soalan no. 76).

Ini yang dikatakan sikap yang tidak konsisten!

Kita pergi lagi satu soalan...
Soalan 102 : Saya dapat membuat sesuatu dengan lebih baik secara berseorangan daripada bekerja dalam satu kumpulan.
  • Sangat kerap
  • Kerap
  • Tidak pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak pernah
Sekali lagi, ramai akan pilih jawapan 'tidak pernah'.

Sebenarnya, tiada masalah pun dengan jawapan tersebut cuma skor akan menjadi rendah dalam tret personaliti yang diukur.

Kenapa boleh macam itu?

Ketiga-tiga soalan di atas menyentuh tret personaliti ekstroversi seperti sikap mesra, mudah bergaul dan menyukai kumpulan atau orang lain.

Ia sebenarnya bergantung pada jawatan apa ujian psikometrik tersebut.

Untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, calon yang tinggi skor dalam sikap ekstrovert dimahukan pihak SPA.

Cukup 3 soalan berkaitan ekstroversi untuk tips kali ini. Sekurang-kurangnya ada 10 soalan setiap ciri personaliti yang diuji dalam ujian psikometrik.

Pastikan anda jawab soalan secara konsisten untuk semua sikap yang diuji dengan pilihan jawapan yang paling sesuai.

Semoga sukses!

Rujukan Psikometrik 2024

Dapatkan bahan ulang kaji tambahan seperti tips ujian, contoh soalan dan penerangan jawapan melalui pautan di bawah:
info lanjut klik sini
© 2022 Soflyy. All rights reserved.