Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian Gred G5

By: Rayyan Shah
No comments

Kandungan Blog

Menjawab ujian psikologi tanpa pengetahuan tentang perkara yang dinilai boleh mendorong kepada pemilihan jawapan kurang tepat.

Artikel ini akan menunjukkan bentuk soalan yang akan mengukur kesesuaian anda dengan jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G5.

Anda juga akan didedahkan dengan kaedah menjawab soalan mengikut konteks penilaian bagi memastikan konsistensi jawapan yang diberikan.

Anda tidak perlu berteka-teki apabila menjawab ujian psikologi selepas ini. Pilih jawapan mengikut kriteria dan aspek personaliti yang diukur.

Sifat-sifat bersesuaian dengan jawatan

Ujian psikometrik Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 akan mengukur pelbagai aspek personaliti untuk memastikan kesesuaian calon.

Sifat-sifat diukur melalui 199 pernyataan yang mengandungi satu (1) ciri personaliti khusus bagi setiap respon soalan.

Pemilihan calon yang ideal adalah penting untuk memastikan tugas dan peranan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Berikut adalah sifat-sifat utama yang sesuai dengan jawatan iaitu:
  • Kreatif;
  • Mempunyai minat untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang pertanian.
  • Menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang berbeza seperti bertugas di luar kawasan pejabat.

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian Gred G5

Soalan psikometrik SPA direka untuk mengukur pelbagai sifat yang unik dan ciri-ciri kompeten yang dimiliki oleh calon.

Contoh-contoh soalan yang sesuai dengan sifat-sifat yang diperlukan sebagai Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 adalah seperti:

1. Kreatif

Sifat ini merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menghasilkan idea baru, menyelesaikan masalah secara inovatif serta melihat sesuatu situasi dari sudut yang berbeza.

Dalam konteks Penolong Pegawai Pertanian Gred G5, kreativiti penting dalam mengadaptasi kaedah pertanian moden, menyelesaikan isu pengurusan ladang, dan menambah baik produktiviti hasil melalui pendekatan luar kotak serta amalan terbaik yang bersesuaian dengan persekitaran setempat.
1. Saya seorang yang berfikir di luar kotak.
  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan anda cenderung mencari penyelesaian inovatif dan tidak bergantung sepenuhnya pada pendekatan konvensional dalam menyelesaikan tugas atau cabaran.
2. Saya berpendapat bertukar-tukar idea sesama ahli pasukan boleh membawa kepada penyelesaian kreatif.
  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan anda menghargai kolaborasi sebagai sumber idea baharu dan percaya kepada kekuatan kepelbagaian perspektif dalam menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih segar dan berkesan.
Saya cuba untuk membuat sesuatu dengan cara yang berbeza untuk meningkatkan prestasi saya.
  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan anda bersedia mencuba pendekatan baru atau mengubah rutin sedia ada untuk mencapai hasil kerja yang lebih baik, tanda pemikiran proaktif dan kreatif.
4. Saya cuba untuk membentuk kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atipikal.
  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan anda tidak bergantung semata-mata pada prosedur biasa apabila berdepan isu luar jangka, sebaliknya berusaha mencipta penyelesaian inovatif yang sesuai dengan situasi semasa.

2. Minat untuk meningkatkan pengetahuan

Sifat ini menggambarkan keinginan yang tinggi untuk terus belajar, memahami dan menguasai ilmu yang berkaitan dengan bidang pertanian secara berterusan.

Bagi seorang Penolong Pegawai Pertanian Gred G5, sifat ini penting kerana bidang pertanian kini melibatkan sains moden, teknologi pertanian terkini, serta amalan lestari yang sentiasa berubah.

Calon yang mempunyai minat ini lebih cenderung untuk mengikuti perkembangan baru dan mampu membawa penambahbaikan di lapangan.

1. Saya amat menggalakkan dan menyokong pembelajaran dalam organisasi.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan anda bersikap terbuka terhadap proses pembelajaran berterusan serta menyokong budaya ilmu dalam organisasi — satu ciri penting untuk kemajuan diri dan sektor pertanian.

2. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan anda seorang yang ingin tahu dan tidak mudah berpuas hati dengan pengetahuan asas. Sikap ini penting bagi memahami isu teknikal pertanian secara menyeluruh dan mendalam.

3. Saya suka membaca buku berkaitan sains.

  • Ya
  • Tidak
Penerangan: Jawapan "Ya" mencerminkan minat terhadap ilmu berbentuk saintifik, termasuk dalam bidang bioteknologi, agronomi atau pengurusan hasil tanaman. Ini menggambarkan kesediaan anda untuk memperluas pengetahuan yang relevan dengan tugas sebagai pegawai teknikal pertanian.

3. Menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja

Sifat ini merujuk kepada keupayaan individu untuk menyesuaikan diri secara fleksibel dengan perubahan tempat kerja, rutin harian, persekitaran baru, serta kumpulan kerja yang berbeza.

Sebagai Penolong Pegawai Pertanian Gred G5, calon perlu bersedia bekerja di lapangan, berpindah lokasi, berhadapan dengan komuniti luar bandar dan melibatkan diri dalam tugas teknikal di luar pejabat.

Keupayaan menyesuaikan diri amat penting bagi memastikan keberkesanan tugas dan kelancaran operasi jabatan.

1. Dalam menyertai sesuatu kumpulan baru, saya dapat menyesuaikan diri dengan serta-merta.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan anda seorang yang cepat serasi dengan kumpulan baru, bersikap terbuka, serta mudah membina hubungan kerja — penting untuk penempatan luar kawasan dan tugas berpasukan.

2. Saya menyesuaikan diri kepada perubahan dengan baik.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan anda bersikap fleksibel dan tenang dalam menghadapi perubahan rutin kerja, persekitaran baru atau arahan mendadak — ciri penting dalam tugasan luar yang sering berubah-ubah.

3. Saya mudah menukar rancangan untuk berhadapan dengan keadaan baru.

  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Setuju
  • Sangat setuju
Penerangan: Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan anda boleh membuat pelarasan terhadap perancangan dengan cepat apabila terdapat perubahan mendadak atau situasi luar jangka — satu kebolehan penting bagi memastikan kelangsungan tugas walaupun dalam keadaan yang mencabar di luar pejabat.

Tips & teknik menjawab soalan psikometrik SPA

Berikut adalah beberapa panduan dan strategi untuk membantu anda menjawab soalan psikometrik SPA dengan lebih efektif:

1. Jawab dengan jujur

Jawapan yang terbaik ialah jawapan yang menggambarkan sikap dan tingkah laku sebenar anda. Jangan pilih jawapan semata-mata mahu nampak baik atau positif jika anda tidak tahu bagaimana ujian psikometrik berfungsi sepenuhnya.

Misalnya, jika soalan berbunyi, "Saya suka mengambil risiko" tetapi anda tidak suka kepada tekanan, maka jawablah "Tidak setuju".

Sebab agak sukar memanipulasikan jawapan sehingga soalan ke 199. Anda mungkin tidak sengaja menekankan satu aspek personaliti sahaja dan mengorbankan aspek yang lain. Lihat contoh soalan seterusnya:

1. Saya selalu berusaha menyelesaikan tugas tepat pada masanya.

2. Saya bekerja lebih produktif apabila tertekan dengan tarikh akhir.

Jika kedua-dua soalan ini dijawab 'Sangat Setuju' semata-mata untuk dilihat positif, ia akan menunjukkan percanggahan dalam personaliti anda.

Seseorang yang berusaha menyelesaikan tugas tepat pada masanya, mereka biasanya Tidak Setuju bahawa tekanan tarikh akhir, membuat mereka lebih produktif.

Jika mereka menjawab Setuju pada soalan kedua, ia bercanggah dengan prinsip pengurusan masa yang baik, kerana orang yang berdisiplin, cenderung tidak bergantung pada tekanan tarikh akhir untuk lebih produktif.

2. Jawapan konsisten

Konsistensi jawapan adalah kunci kepada penghasilan profil personaliti yang tepat. Ia mencerminkan kejujuran anda menjawab soalan-soalan psikometrik dan memastikan jawapan anda menggambarkan diri anda yang sebenar.

1. Saya seorang yang suka bergaul.

2. Saya lebih suka menghabiskan masa bersendirian.

Memilih jawapan "Sangat setuju / Setuju" untuk soalan 1 dan 2 adalah tidak konsisten kerana ia memberi gambaran songsang antara sifat ekstrovert dan introvert.

3. Saya seorang yang cermat dan teratur.

4. Saya sering menangguhkan kerja hingga saat akhir.

Memilih jawapan "Sangat setuju / Setuju" untuk soalan 3 dan 4 juga menunjukkan tidak konsisten dalam aspek keteraturan dan disiplin diri.

Konsistensi jawapan membolehkan personaliti diri anda dapat dinilai dengan tepat berdasarkan sikap dan kecenderungan anda. Jadi, amat penting untuk jawab setiap soalan dengan cermat dan teliti sepanjang ujian dijalankan.

3. Elakkan jawapan ekstrem

Jawapan ekstrem merujuk kepada jawapan "Sangat setuju / Sangat tidak setuju" tanpa menilai konteks soalan terlebih dahulu.

Dalam erti kata lain, pandangan yang terlalu kuat atau pun lemah mungkin tidak realistik kerana ianya tidak menggambarkan fleksibiliti dalam pemikiran anda.

Contoh soalan:

Saya selalu bersedia bekerja lebih masa tanpa mengharapkan ganjaran tambahan.

"Sangat setuju" adalah jawapan ekstrem kerana menunjukkan sikap tidak realistik atau menggambarkan kurang kepentingan kepada kesejahteraan diri.

"Setuju" adalah jawapan seimbang kerana menunjukkan anda bersedia bekerja lebih masa tetapi masih memahami kepentingan keseimbangan kerja-hidup.

Terdapat juga situasi jawapan ekstrem diperlukan, terutamanya soalan berkaitan dengan prinsip etika atau moral yang tidak boleh dikompromi.

Saya tidak akan pernah berbohong kepada pelanggan.

Memilih jawapan "Sangat Setuju" mungkin sesuai kerana ia menunjukkan komitmen anda yang kuat terhadap integriti.

4. Pertimbangkan konteks soalan

Menilai konteks soalan terlebih dahulu boleh membantu anda menjawab soalan psikometrik dengan konsisten berdasarkan nilai-nilai yang diukur.

Misalnya, soalan yang menyentuh soal integriti seperti amanah, tanggungjawab atau disiplin biasanya berbentuk situasi yang menguji prinsip moral, etika dan tindakan.

Perhatikan contoh soalan berikut:

1. Saya akan melaporkan rakan sekerja yang melakukan penipuan kepada pihak atasan.

Soalan ini dengan jelas mengukur sikap jujur dan amanah. Tindakan melaporkan kesalahan rakan sekerja dalam situasi tersebut dilihat satu tindakan berintegriti.

2. Kadangkala saya perlu menyembunyikan maklumat tertentu demi memastikan projek berjalan lancar.

Soalan ini boleh dilihat sebagai usaha menyelesaikan masalah, tetapi ia bertentangan dengan sifat ketelusan kerana menyembunyikan maklumat.

3. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai sasaran walaupun terpaksa mengabaikan beberapa prosedur.

Soalan ini seolah-olah menunjukkan dedikasi yang tinggi kepada syarikat, tetapi ia sebenarnya melanggar etika dan kepatuhan kepada peraturan.

Ketiga-tiga soalan ini jika anda jawab "Sangat setuju / Setuju", skor ujian anda akan menjadi rendah kerana ia tidak menggambarkan sikap sebenar diri anda.

Baca soalan dan pertimbangkan dengan teliti bagaimana jawapan yang anda pilih mencerminkan nilai yang diuji. Kegagalan memahami konteks soalan boleh menyebabkan masalah kebolehpercayaan.

Jangan tergesa-gesa memilih jawapan berdasarkan tanggapan pertama. Fikirkan bagaimana pilihan anda membentuk gambaran penuh personaliti diri anda.

5. Buat banyak soalan latihan

Setiap soalan psikometrik direka khusus untuk menguji aspek unik personaliti anda.

Salah satu cara untuk mengenal pasti jenis dan ciri-ciri soalan yang diuji ialah dengan membuat banyak latihan soalan-soalan psikometrik. Latihan yang berterusan dapat membantu anda meningkatkan ketepatan dan konsistensi jawapan.

Antara kelebihan membuat banyak latihan soalan ialah:
  • Meningkatkan kefahaman diri: Membantu anda memahami kekuatan dan kelemahan, membolehkan jawapan yang lebih jujur dan tepat.
  • Mengadaptasi pelbagai situasi: Mempersiapkan anda untuk pelbagai jenis soalan dan situasi yang mungkin muncul.
  • Memperbaiki kecekapan masa: Mengajar anda mengurus masa dengan lebih efisyen untuk setiap soalan.
  • Mengurangkan tekanan: Membiasakan anda dengan format dan jenis soalan, mengurangkan kebimbangan semasa ujian.
  • Memahami pola dan corak soalan: Membantu anda mengenal pasti pola soalan yang sering muncul, memudahkan persediaan.
  • Meningkatkan keyakinan diri: Latihan konsisten meningkatkan keyakinan dalam menjawab soalan dengan tepat dan konsisten.

Rujukan khas ujian psikometrik

Rujukan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 daripada Tim Infokerjaya sangat disyorkan kepada calon yang ingin membuat ulang kaji soalan secara lebih lanjut.

Antara kandungan rujukan ialah....
  • Pengenalan Perjawatan;
  • Maklumat Skim Perjawatan;
  • Deskripsi Tugas & Skop Kerja;
  • Bidang Pengkhususan & Kepakaran Teknikal;
  • Etika, Cabaran & Psikologi Kerja Dalam Sektor Pertanian;
  • Teknik Jawab Ujian Psikometrik Jawatan G5 & G9;
  • 200 Contoh Soalan Ujian Psikometrik;
  • Jawapan & Huraian Soalan Psikometrik;
  • 140 Muka Surat.
Dalam rujukan ini mengandungi 200 contoh soalan dan penerangan jawapan berdasarkan konstruk-konstruk personaliti yang diukur oleh pihak SPA.

Dapat rujukan ini segera jika mahu menambah rujukan soalan anda kerana dalam ujian sebenar, anda akan diberikan maksimum 199 soalan.

Ini maklum balas calon yang pernah menjadikan ebook psikometrik Tim Inforkerjaya sebelum rujukan utama mereka...
👉Klik sini untuk dapatkan rujukan.

Penutup

Menghadapi ujian psikometrik memerlukan persediaan rapi dan pemahaman tentang nilai-nilai yang diukur dalam setiap soalan.

Melalui penerapan teknik-teknik yang telah dibincangkan, anda boleh tingkatkan peluang lulus dalam ujian kali ini. Dengan latihan yang berterusan, anda akan lebih bersedia dan yakin menjawab soalan-soalan ini.

Akhirnya, persediaan yang baik bukan sahaja membantu anda berjaya malah membentuk asas kukuh untuk kerjaya sebagai Penolong Pegawai Pertanian Gred G5. Terus berusaha dan anda semoga berjaya dalam ujian nanti.
Categories: ,

Recent Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

    © 2022 Soflyy. All rights reserved.