fbpx

Contoh Soalan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 | Tips Peperiksaan Online SPA Terengganu

Senarai Kandungan

Tahniah kerana anda berjaya menduduki peperiksaan online Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19 & Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) yang akan diadakan pada 11 Mei 2023.

Untuk makluman, kedua-dua jawatan ini jarang dibuka kepada orang awam. Tiada peperiksaan yang dijalankan pada tahun-tahun sebelumnya untuk pengambilan jawatan. Sudah tentu jumlah calonnya ramai.

Pihak suruhanjaya akan menetapkan skor markah minimum yang tinggi untuk melepasi tapisan disebabkan jumlah calon yang ramai. Anda buatlah yang terbaik.

Apa yang anda faham tentang ujian ini? Persediaan apakah yang perlu anda buat untuk lulus?

Tips #1 : Faham Format Soalan

“Bukan sekadar tahu tentang format peperiksaan tetapi faham apakah penilaian di sebalik format berkenaan.”

Penerangan Format

Terdapat sedikit perubahan format ujian pada tahun 2023 ini. Jika dalam tahun 2015 & 2018, formatnya melibatkan 3 seksyen berasingan iaitu Ujian Psikometrik, Pengetahuan Am dan juga Daya Menyelesaikan Masalah.

Namun, tahun ini Ujian Psikometrik telah dikeluarkan dan hanya melibatkan 2 seksyen iaitu;

  • Seksyen A : Pengetahuan Am
  • Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen A (Pengetahuan Am)

Dalam seksyen ini, calon hendaklah tahu topik dalam bidang berkaitan negeri Terengganu seperti;

  • Ekonomi
  • Budaya
  • Perancangan & pentadbiran sosial
  • Infrastruktur
  • Pentadbiran & pembangunan wilayah / tanah / daerah / tempatan
  • Sejarah
  • Politik
  • Teknologi maklumat
  • Lain-lain perkembangan semasa negara

Jumlah soalan ialah sebanyak 40 soalan objektif dengan peruntukkan masa selama 35 minit. Skop soalan adalah berkaitan pengetahuan umum dalam bidang-bidang dinyatakan.

Contoh Soalan Pengetahuan Am

Negeri

Apakah maksud hitam putih bendera negeri Terengganu?

A. Tanah dan Agama IslamB. Megah dan KesucianC. Sultan dan RakyatD. Gagah dan Agama Islam

Jawapan: C

Sejarah

Apakah asal usul nama Terengganu menurut Almarhum Sultan Umar?

A. TerengganuB. Taring anu C. Tong Ya NongD. Terenkanu

Jawapan: B

Pentadbiran

Siapakah Menteri Besar Terengganu yang ke 8?

A. Dato’ Seri Ahmad Said B. Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Haji AwangC. Dato’ Seri idris JusohD. YAB. Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman

Jawapan: B

Budaya

Apakah makanan yang berasal daripada istana dan dibawa dalam masyarakat Terengganu hari ini?

A. Nasi DagangB. Pulut KuningC. Pulut Gaul NyiorD. Bubur Chaca

Jawapan: A

Pelancongan

Di manakah tempat yang sering dikunjungi pelancong dan masyakat tempatan untuk membeli kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar?

A. Pasar WarisanB. Pasar Kedai PayangC. Pasar Cabang TigaD. Pasar Tanjung, Shahbandar

Jawapan : B

Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah)

Seksyen B melibatkan pemerhatian dan pengiraan. Ia mengukur daya pemikiran calon dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep Kemahiran Logik, Kemahiran Menginterpretasi Data dan Konsep Matematik.

(i) Kemahiran Logik

Anda perlu menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir dan mengaplikasi maklumat dalam memilih jawapan yang tepat untuk menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan.

Contoh Soalan Kemahiran Logik

Contoh 1:

Apakah nilai R yang paling sesuai?

6886

6552

R

6110

8866

6255

3632

6101

A. 6323B. 6233C. 6322D. 6332

Jawapan: D

Teknik menjawab:

Lihat kumpulan nombor first row bermula digit 6. Digit ke-2 dan ke-3 adalah nombor yang sama. Kesimpulannya, digit ke-2 dan ke-3 memiliki corak sama antara kumpulan nombor. Jawapan tepat ialah 6332.

Contoh 2:

Purata umur P, Q dan R ialah 16 tahun. Umur P dan Q adalah sama. Berapakah umur P jika umur R ialah 12 tahun?

A. 12B. 14C. 16D. 18

Jawapan: D

Teknik menjawab:

(P + Q + 12) / 3 = 16;P + Q + 12 = 16 x 3;P + Q + 12 = 48;P + Q = 48 – 12;P + Q = 36;Jika P dan Q adalah sama, maka umur kedua-duanya ialah 18 tahun.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Anda akan diberi beberapa soalan yang melibatkan penggunaan data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Menginterpretasi Data

Contoh 3:

Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.

Bil. Pengunjung

Lelaki

Perempuan

Dewasa

52

68

Kanak-kanak

104

136

A. 1/3B. 2/3C. 1/4D. 2/4

Jawapan: B

Teknik menjawab:

Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang;Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang;Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3.

(iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (SPM).

Contoh Soalan Konsep Matematik

Contoh 4:

8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28B. 49C. 56D. 62

Jawapan: A

Teknik menjawab:

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan. Tetapi, setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah (8 x 7) / 2 = 28.

Berdasarkan pemerhatian kami, soalan Daya Menyelesaikan Masalah boleh dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu Penyelesaian Masalah, Menginterpretasi Data, Soalan Matematik dan Pemerhatian Logik (lebih kurang IQ test). Anda boleh belajar lebih mendalam pecahan ini dalam Rujukan Khas Pembantu Tadbir N19 Terengganu.

Tips #2 : Hadamkan Maklumat Negeri

Semak semula semua pengetahuan anda tentang negeri Terengganu. Soalan peperiksaan akan berkisar tentang pengetahuan umum seperti berikut:

  • Pengetahuan tentang negeri Johor;
  • Struktur pentadbiran kerajaan Johor;
  • Isu-isu semasa pentadbiran kerajaan Johor;
  • Tentang Sejarah dan kesultanan Johor.

Ambil tahu juga hal-hal yang berlaku dalam sektor ekonomi, perdagangan, teknologi maklumat, pentadbiran kerajaan, politik dan sosial.

Baca isu semasa yang berlaku untuk tempoh 2 tahun kebelakang (2022 & 2021).

Tips #3 : Buat Latih Tubi Berkali-kali!

kata-kata-einstein-latih-tubi

Kepantasan sangat penting dalam seksyen daya menyelesaikan masalah. Purata masa hanya sekitar 1 minit untuk setiap soalan. Latih tubi yang banyak dapat membantu anda biasakan diri dengan soalan susah.

Lagi banyak latih tubi, lagi senang nak faham dan menjawab soalan. Adakalanya soalan exam berulang dan menjadi bonus kepada mereka yang selalu membuat latih tubi.

Berikut senarai topik popular daya menyelesaikan masalah yang anda perlu tahu formula dan cara penyelesaian;

  • Pecahan & Peratus
  • Persamaan Linear
  • Kecerunan, m
  • Persamaan Kuadratik
  • Pemfaktoran
  • Luas dan Perimeter
  • Isipadu Bongkah
  • Min, Median & Mod
  • Kebarangkalian

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah hanya melibatkan beberapa bab di peringkat SPM. Jangan buang masa ulang kaji semua bab. Contoh soalan yang lazim keluar ditunjukkan dalam Rujukan Khas Pembantu Tadbir N19.

Tips #4 : Rujukan Khas Pembantu Tadbir N19 2023

Untuk memudahkan anda membuat ulang kaji secepat mungkin menggunakan bahan rujukan yang lengkap, pihak Infokerjaya telah mengeluarkan sebuah rujukan khas untuk peperiksaan ini!

Ia ibarat seperti shortcut untuk anda membuat persediaan exam tanpa risau dengan kesuntukkan masa atau pun mengikuti perbincangan dalam group whatsapp.

Anda juga mungkin terdedah false information disebabkan mereka yang membuat perkongsian kurang pengetahuan dan pengalaman menyebabkan kefahaman anda tersasar dari skop ujian sebenar.

Untuk makluman, pihak Infokerjaya telah menyediakan rujukan khas exam SPA sejak tahun 2009. Setiap kali exam diadakan, nota penerangan dan contoh soalan dibuat berdasarkan format terkini.

Pengalaman menjadi sandaran pihak Infokerjaya dalam menyediakan rujukan yang bersesuaian!

testimoni ebook infokerjayatestimoni ebook infokerjayatestimoni ebook infokerjayatestimoni ebook infokerjaya

Rujukan PTPO Bukan Untuk Semua!

Suka diingatkan bukan semua calon sesuai dengan rujukan ini melainkan anda memang tak tahu nak prepare apa tetapi ada kesungguhan nak lulus peperiksaan online PTPO.

Dalam rujukan Tim Infokerjaya, anda akan mendapat bahan ulangkaji seperti berikut:

  • Huraian Format Tekini (2023) – Huraian terperinci mengenai pecahan format soalan setiap seksyen supaya anda lebih jelas dan faham bentuk soalan;
  • Nota Ringkas & Formula Matematik – Nota-nota dan formula untuk anda buat ulangkaji pantas. Tak perlu cari rujukan lain sebab tidak semua bab SPM keluar dalam peperiksaan;
  • 60 Contoh Soalan & Jawapan – 40 seksyen A dan 20 seksyen B untuk mahirkan diri menjawab soalan peperiksaan online;
  • Update Percuma Selama 3 Tahun – Ini tawaran istimewa untuk anda. Tak perlu beli apa-apa rujukan selama 3 tahun jika anda menduduki peperiksaan sama pada masa akan datang.

Dalam kata lain, Rujukan Khas Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N19 dapat menjimatkan masa ulangkaji, lebih berfokus kepada latih tubi yang intensif.

Jika anda perlukan rujukan ini besertacontoh soalan dan jawapan, join Telegram kami sekarang!

Sertai Telegram Kami

Setiap hari kami akan update berkaitan tips, contoh soalan latih tubi dan info rujukan khas dalam channel Telegram.

Markah Lulus Peperiksaan Berapa?

Tidak ada penerangan jelas cara permarkahan dalam peperiksaan pembantu pendaftaran KP19. Bagaimanapun, SPA ada mengeluarkan garis panduan bagaimana prestasi calon diukur dalam peperiksaan online:

Peperiksaan ini melibatkan tiga (3) seksyen berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) seksyen sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

Kesimpulan

Kami yakin anda tersenyum melihat soalan-soalan peperiksaan nanti. Nervous akan hilang kerana anda tahu format. Buat persediaan rapi dan terperinci, dengan kata lain, anda tahu apa yang calon lain tak tahu!

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah terbaik. Jika lulus ada peluang untuk dipanggil temuduga. Peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Pembantu Tadbir (PO) Gred N19 lebih cerah.

“Selamat Maju Jaya”

© 2022 Soflyy. All rights reserved.