Artikel ini akan menunjukkan anda bentuk soalan yang akan mengukur personaliti yang diperlukan untuk jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP5.
Anda juga akan didedahkan dengan tips dan teknik jawab yang khusus berdasarkan konteks soalan untuk memastikan konsistensi jawapan.
Anda tidak perlu berteka-teki apabila menjawab soalan. Sebaliknya, anda dapat memilih jawapan berdasarkan kriteria soalan dan aspek personaliti yang diukur, menjadikan pilihan jawapan yang lebih tepat.
Sifat-sifat yang bersesuaian dengan jawatan
Setiap soalan mempunyai penilaian yang unik untuk menilai personaliti, integriti dan kompetensi.
Pemilihan calon yang ideal penting untuk memastikan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Dalam ujian kali ini, 10 sifat yang akan dinilai adalah:
- Integriti
- Disiplin diri
- Kerahsiaan
- Bertanggungjawab
- Adil & Saksama
- Kualiti
- Efisien
Contoh Soalan Psikometrik Penolong Penguasa Imigresen Gred KP5
1. Integriti
Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.
- Sangat kerap
- Kerap
- Tidak pasti
- Kadang-kadang
- Tidak pernah
Saya akan menyimpan baki wang yang terlebih bayar kepada saya.
- Sangat kerap
- Kerap
- Tidak pasti
- Kadang-kadang
- Tidak pernah
2. Disiplin diri
Disiplin dalam berpakaian, ketepatan masa serta kepatuhan kepada arahan dan SOP adalah asas kepada kecekapan kerja dan imej pasukan di lapangan.
Saya akan memastikan diri saya sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
Kadangkala saya menangguhkan kerja yang sepatutnya disiapkan hari ini kepada hari esok.
- Ya
- Tidak
3. Kerahsiaan
Kecuaian dalam menjaga maklumat boleh mengancam keselamatan operasi dan membuka ruang kepada manipulasi pihak tidak bertanggungjawab.
Mendapat maklumat awal secara salah tentang kandungan peperiksaan adalah perkara biasa.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
Saya berkeupayaan mengurus maklumat dengan baik.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
4. Bertanggungjawab
Saya biasanya mengotakan janji untuk melaksanakan sesuatu, walaupun ia menyusahkan atau tidak menyenangkan.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
Terus berusaha sehingga semuanya sempurna.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
5. Adil & saksama
Tindakan mesti berlandaskan undang-undang untuk pastikan semua individu diberi layanan sama rata dan mengelakkan sebarang dakwaan diskriminasi atau salah guna kuasa.
Saya tidak akan bertindak melulu kepada berita atau situasi yang tidak disangka.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
Saya sentiasa memastikan keputusan yang dibuat berdasarkan fakta dan bukan perasaan peribadi.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
6. Kualiti
Pegawai berkualiti akan berusaha memastikan tugasan dilakukan dengan tepat, lengkap dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Saya berusaha untuk melampaui jangkaan dan memberikan hasil kerja yang terbaik dalam setiap tugasan.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
Saya sering mencari cara untuk meningkatkan prestasi kerja saya.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
7. Efisien
Kecekapan menyelesaikan tugasan tanpa lengah membolehkan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, tanpa menjejaskan keselamatan awam.
Saya berkebolehan untuk merancang dan melaksanakan sesuatu secara strategik.
- Sangat tidak setuju
- Tidak setuju
- Setuju
- Sangat setuju
Saya hanya boleh bekerja secara efisien dalam persekitaran yang selesa.
- Sangat tidak setuju
- Agak tidak setuju
- Tidak pasti
- Setuju
- Sangat setuju
Tips & teknik menjawab soalan psikometrik SPA
1. Jawab dengan jujur
Misalnya, jika soalan berbunyi, "Saya suka mengambil risiko" tetapi anda tidak suka kepada tekanan, maka jawablah "Tidak setuju".
Sebab agak sukar memanipulasikan jawapan sehingga soalan ke 199. Anda mungkin tidak sengaja menekankan satu aspek personaliti sahaja dan mengorbankan aspek yang lain. Lihat contoh soalan seterusnya:
1. Saya selalu berusaha menyelesaikan tugas tepat pada masanya.
2. Saya sering merasa cemas atau tertekan.
2. Jawapan konsisten
1. Saya seorang yang suka bergaul.
2. Saya lebih suka menghabiskan masa bersendirian.
3. Saya seorang yang cermat dan teratur.
4. Saya sering menangguhkan kerja hingga saat akhir.
Konsistensi jawapan membolehkan personaliti diri anda dapat dinilai dengan tepat berdasarkan sikap dan kecenderungan anda. Jadi, amat penting untuk jawab setiap soalan dengan cermat dan teliti sepanjang ujian dijalankan.
3. Elakkan jawapan ekstrem
Dalam erti kata lain, pandangan yang terlalu kuat atau pun lemah mungkin tidak realistik kerana ianya tidak menggambarkan fleksibiliti dalam pemikiran anda.
Contoh soalan:
Saya selalu bersedia bekerja lebih masa tanpa mengharapkan ganjaran tambahan.
"Setuju" adalah jawapan seimbang kerana menunjukkan anda bersedia bekerja lebih masa tetapi masih memahami kepentingan keseimbangan kerja-hidup.
Terdapat juga situasi jawapan ekstrem diperlukan, terutamanya soalan berkaitan dengan prinsip etika atau moral yang tidak boleh dikompromi.
Saya tidak akan pernah berbohong kepada pelanggan.
4. Pertimbangkan konteks soalan
Misalnya, soalan yang menyentuh soal integriti seperti amanah, tanggungjawab atau disiplin biasanya berbentuk situasi yang menguji prinsip moral, etika dan tindakan.
Perhatikan contoh soalan berikut:
1. Saya akan melaporkan rakan sekerja yang melakukan penipuan kepada pihak atasan.
2. Kadangkala saya perlu menyembunyikan maklumat tertentu demi memastikan projek berjalan lancar.
3. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai sasaran walaupun terpaksa mengabaikan beberapa prosedur.
Ketiga-tiga soalan ini jika anda jawab "Sangat setuju / Setuju", skor ujian anda akan menjadi rendah kerana ia tidak menggambarkan sikap sebenar diri anda.
Baca soalan dan pertimbangkan dengan teliti bagaimana jawapan yang anda pilih mencerminkan nilai yang diuji. Kegagalan memahami konteks soalan boleh menyebabkan masalah kebolehpercayaan.
Jangan tergesa-gesa memilih jawapan berdasarkan tanggapan pertama. Fikirkan bagaimana pilihan anda membentuk gambaran penuh personaliti diri anda.
5. Buat banyak soalan latihan
Salah satu cara untuk mengenal pasti jenis dan ciri-ciri soalan yang diuji ialah dengan membuat banyak latihan soalan-soalan psikometrik. Latihan yang berterusan dapat membantu anda meningkatkan ketepatan dan konsistensi jawapan.
Antara kelebihan membuat banyak latihan soalan ialah:
- Meningkatkan kefahaman diri: Membantu anda memahami kekuatan dan kelemahan, membolehkan jawapan yang lebih jujur dan tepat.
- Mengadaptasi pelbagai situasi: Mempersiapkan anda untuk pelbagai jenis soalan dan situasi yang mungkin muncul.
- Memperbaiki kecekapan masa: Mengajar anda mengurus masa dengan lebih efisyen untuk setiap soalan.
- Mengurangkan tekanan: Membiasakan anda dengan format dan jenis soalan, mengurangkan kebimbangan semasa ujian.
- Memahami pola dan corak soalan: Membantu anda mengenal pasti pola soalan yang sering muncul, memudahkan persediaan.
- Meningkatkan keyakinan diri: Latihan konsisten meningkatkan keyakinan dalam menjawab soalan dengan tepat dan konsisten.
Rujukan khas ujian psikometrik
Dalam rujukan ini mengandungi 200 contoh soalan psikometrik beserta penerangan jawapan berdasarkan konstruk-konstruk personaliti yang diukur oleh pihak SPA.
Dapat rujukan ini segera jika anda menambah koleksi rujukan soalan psikomterik anda kerana dalam ujian sebenar calon akan diberikan maksimum 199 soalan.
Ini maklum balas calon yang pernah menjadikan ebook psikometrik Tim Inforkerjaya sebelum rujukan utama mereka...


Penutup
Melalui penerapan teknik-teknik yang telah dibincangkan, anda boleh meningkatkan peluang untuk lulus dalam ujian kali ini. Dengan latihan yang berterusan, anda akan lebih bersedia dan yakin menjawab soalan-soalan ini.
Akhirnya, persediaan yang baik bukan sahaja membantu anda berjaya dalam ujian ini, tetapi juga membentuk asas kukuh untuk kerjaya sebagai Penolong Penguasa Imigresen Gred KP9. Teruslah berusaha dan semoga berjaya dalam mencapai cita-cita anda.

