fbpx
Banner Jurutera JA29

Contoh Soalan Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam) | Tips Ulangkaji & Rujukan Peperiksaan

Senarai Kandungan

Peperiksaan Online Penolong Jurutera Gred JA29 boleh dikatakan peperiksaan memasuki perkhidmatan awam yang kerap dianjurkan pihak SPA setiap tahun.

Jika anda calon yang akan menduduki peperiksaan pada 30 Ogos 2021 ini, buat persediaan secukupnya supaya ada peluang untuk ke peringkat temuduga.

Apakah yang akan diuji dalam peperiksaan ini? Bagaimana persediaan yang harus anda buat untuk melepasi peringkat penilaian ini?

TIPS: Bukan sekadar tahu format peperiksaan tetapi memahami apakah penilaian yang sedang dilakukan pihak SPA terhadap anda (calon)!

Format Peperiksaan Penolong Jurutera JA29

Format peperiksaan akan melibatkan 3 seksyen berasingan iaitu:-

  • Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeri

Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen A mengandungi 20 soalan penyelesaian masalah matematik. Calon akan dinilai daripada 3 sudut iaitu Kemahiran LogikMenginterpretasi Data dan Konsep Matematik.

Tahap kesukaran setiap soalan juga berbeza-beza. Ada soalan yang mudah dan ada yang perlukan masa yang lama untuk menjawab. Soalan hanya merangkumi silibus SPM sahaja.

Ramai calon mengeluh tak cukup masa bila berhadapan dengan seksyen ini. Ini disebabkan ada beberapa soalan yang cuba memerangkap calon jika tidak berhati-hati.

Jadi, jika mahukan skor yang tinggi dalam seksyen A ini, calon perlulah menjawab soalan dengan cepat dan tepat. Kita lihat huraian pecahan-pecahan soalannya:

(i) Kemahiran Logik

Anda perlu menggunakan segala pengetahuan anda, kemahiran berfikir dan kemahiran mengaplikasi maklumat untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Kemahiran Logik

Contoh 1:

Apakah nilai R yang paling sesuai?

6886

6552

R

6110

8866

6255

3632

6101

A. 6323B. 6233C. 6322D. 6332

Jawapan : D

Teknik Menjawab:

Nombor pertama = 6;Nombor kedua dan ketiga = nombor yang sama;Nombor terakhir = baki nombor;Kesimpulannya, nombor kedua dan ketiga mempunyai corak yang sama antara kumpulan nombor.

(ii) Kemahiran Interpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan data perangkaan. Data perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar calon mudah untuk memberikan jawapan.

Contoh Soalan Menginterpretasi Data

Contoh:

Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.

Bil. Pengunjung

Lelaki

Perempuan

Dewasa

52

68

Kanak-kanak

104

136

A. 1/3B. 2/3C. 1/4D. 2/4

Jawapan : B

Teknik menjawab:

Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang;Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang;Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3.

(iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Soalan-soalan akan ditarafkan dan perlu diketahui oleh calon-calon dalam bidang perakaunan.

Contoh Soalan Konsep Matematik

Contoh:

8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28B. 49C. 56D. 62

Jawapan : D

Teknik menjawab:

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah (8 x 7) / 2 = 28.

NOTA : Berdasarkan pemerhatian, soalan Daya Menyelesaikan Masalah boleh dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu Penyelesaian Masalah, Menginterpretasi DataSoalan Matematik serta Pemerhatian Logik (lebih kurang IQ test). Belajar dengan terperinci semua bahagian ini dalam Rujukan Khas Penolong Jurutera JA29.

Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, anda akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan merangkumi petikan esei beserta soalan-soalan kefahaman dan tatabahasa. Anda diuji dalam pecahan berikut:-

  • Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
  • Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Anda diberikan sebuah petikan Bahasa Inggeris dan pilihan jawapan. Petikan itu mungkin pendek atau panjang. Bilangan soalan antara 5-10 soalan bagi menguji kefahaman anda tentang petikan tersebut.

Oleh itu, anda perlu membaca petikan dan fahamkan apa yang cuba disampaikan. Baca petikan yang diberi sepintas lalu. Kemudian, baca semula secara keseluruhan dan jawab soalan-soalannya.

Anda juga diuji dengan penggunaan tatabahasa seperti Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain. Anda perlu ingat kembali pelajaran grammar Bahasa Inggeris.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Contoh 1:

All of the sentences with collective nouns below are correct except for..

A. Mark and Matt saw a hive of bees.B. The dealer dealt a pack of cards.C. A group of lions was captured in the jungle.D. The police managed to catch a bunch of crooks during the night raid.

Jawapan : D

Read the passage below and answer the questions that follow (contoh soalan 2 dan 3).

Being blind has not stopped Hesham Kamel from participating in the cyberworld. He has also made it possible for other blind people to draw images. A PhD student at UC Berkeley’s Department of Electrical Engineering and Computer Sciences, Hesham found his research efforts were often hindered by his reliance on a sighted person who could assist with the production of graphical elements. About four years ago, after being forced to miss a deadline when his sighted assistant was on vacation, he decided to take matters into his own hands. Hesham designed a unique computer-drawing program called Integrated Communication 2 Draw, or IC2D, that allows visually-impaired users to create and `see’ images on the computer screen.

Although the computing industry has made some big strides in developing software to assist the sight-impaired, there is still a lack of products on the market, particularly when it comes to computer-assisted drawing. There is also a common misconception that blind people simply cannot handle visual tasks. Such erroneous beliefs provided another major motivation for Hesham’s efforts. He found that people would ask him why blind people would even need to draw something that they could not see. “There are many people out there who can’t understand that blind people have imagination, just as sighted people do,” he asserts.

In addition, Hesham was frustrated by the short-sightedness of the computer industry. Although the trend in technology is generally towards smaller, faster and cheaper products, Hesham found quite the reverse to be true when it came to products for the sightless. “The devices we need to use with computers – such as a 50-pound Braille printer – are large, expensive or both,” he notes. Thus, one of his primary goals in devising the IC2D software was that it be both portable and compatible with any computer screen reader for the blind. “More than anything, I want to change the way people think when they develop technology for the visually-impaired,” he explains. Recently, Hesham has been busy taking his invention round the conference circuit in both America and Europe. With IC2D, users would be able to create elaborate drawings for work and pleasure.

Contoh 2:

What hindrance did he face in his research?

A. He needed help to produce graphical elements.B. His reliance on another blind people.C. The possibility for other blind people to draw images.D. The assistance with the production of graphical elements.

Jawapan : A

Contoh 3:

The phrase “he decided to take matters into his own hands”, means that…

A. He missed a deadline for his assignment.B. He decided to deal with the problem himself.C. He resolved the matter with his assistant.D. He used his hands on the computer.

Jawapan : B

Tips #1 : Buat Latih Tubi Berulang Kali!

Kepantasan adalah kunci untuk anda skor semua soalan  Daya Menyelesaikan Masalah. Ini kerana purata masa untuk menjawab hanya sekitar 1 minit sahaja. Buat banyak latih tubi untuk membiasakan diri dengan soalan dan memahirkan diri untuk menjawab soalan yang susah.

Ini senarai topik popular daya menyelesaikan masalah yang perlu difahamkan formula dan cara penyelesaian:

  • Pecahan dan Peratus
  • Persamaan Linear
  • Kecerunan, m
  • Persamaan Kuadratik
  • Pemfaktoran
  • Luas dan Perimeter
  • Isipadu Bongkah
  • Min, Median, Mod
  • Kebarangkalian

NOTA : Soalan Daya Menyelesaikan Masalah berdasarkan silibu peringkat SPM tetapi bukannya semua bab. Jangan buang masa ulangkaji semua bab! Bab-bab yang lazim keluar ada ditunjukkan dalam Rujukan Khas Exam Online Penolong Jurutera JA29.

Tips #2 : Fahamkan Penggunaan Grammar!

Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris ibarat seksyen bonus buat anda. Ini seksyen paling mudah jika dibandingkan dengan seksyen A dan B. Anda hanya perlu tahu mengenai tatabahasa (grammar).

Soalan-soalan dalam seksyen ini hanya untuk menguji tahap kefahaman anda dalam Bahasa Inggeris serta penggunaan tatabahasa yang betul. Fahamkan pecahan-pecahan grammar berikut:

  • Pronoun (Kata Ganti)
  • Noun (Kata Benda
  • Verb (Kata Kerja)
  • Adjective (Kata Sifat)
  • Adverb (Kata Keterangan)
  • Determiner
  • Preposistion (Kata Depan)
  • Conjunction (Kata Hubung)

Untuk soalan esei, pemahamam teks keseluruhan petikan adalah penting. Baca dan lihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang ingin menguji kefahaman anda.

Markah Lulus Exam Berapa?

Ini pertanyaan lazim kebanyakkan calon yang menduduki peperiskaan. Tidak ada penerangan jelas mengenai cara permarkahan dibuat dalam peperiksaan online Penolong Jurutera (Mekanikal) JA29. Bagaimanapun, pihak SPA ada memberikan garis panduan tentang bagaimana prestasi calon diukur dalam peperiksaan online:-

Peperiksaan ini melibatkan tiga (3) seksyen berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) seksyen sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

Rujukan Khas Peperiksaan Penolong Jurutera JA29

Untuk memudahkan anda membuat ulangkaji pantas menggunakan rujukan yang lengkap dan tersusun, Tim Infokerjaya telah mengeluarkan sebuah rujukan khas untuk peperiksaan ini!

Seperti yang diketahui, kesuntukkan masa menjadi penghalang dalam membuat persediaan. Ramai calon yang sibuk dengan pelbagai urusan harian terutama mereka yang bekerja.

Cara paling mudah ialah menyertai grup perbincangan di Whatsapp atau Telegram. Tapi, adakah anda rasa sempat untuk ikuti perbincangan dalam grup yang disertai ribuan calon dan mesej yang masuk dalam satu-satu masa mencecah ratusan?

Maklumat yang dikongsi dalam grup juga kemungkinan kurang tepat kerana rata-rata yang berkongsi tidak cukup pengetahuan dan pengalaman. Ia boleh menyebabkan kefahaman anda tersasar.

Untuk makluman, Tim Infokerjaya telah mengeluarkan rujukan sejak tahun 2009. Setiap kali peperiksaan dijalankan, nota dan contoh soalan dibuat berdasarkan format terkini.

Penolong Jurutera JA29

Rujukan Exam Penolong Jurutera JA29 (Awam)

Let the pictures tell the story…

Ini sebahagian calon yang melalui pengalaman gembira bersama Tim Infokerjaya sebelum ini:

Rujukan Khas Tim Infokerjaya BUKAN Untuk Semua!

Jika anda tak tahu nak prepare apa atau pun pertama kali menduduki peperiksaan online Penolong Jurutera (Mekanikal) Gred JA29, rujukan khas Tim Infokerjaya ini boleh dijadikan bahan rujukan utama.

Fikirkan, kekosongan jawatan dibuka hanya untuk 11 tetap dan 79 simpanan. Calon pula mencecah ribuan orang. Bagaimana nak menempatkan diri anda di kalangan 90 orang calon ini?

Sebab itu, anda perlu sebuah rujukan yang lengkap, mempunyai rekod baik dalam membantu ribuan calon-calon SPA sejak 2009. Jadikannya sebagai rujukan utama. Dalam rujukan khas Tim Infokerjaya, anda akan dapat bahan rujukan seperti:

  • Huraian Format Tekini (2020) – Huraian terperinci mengenai format penilaian dan pecahan soalan setiap seksyen supaya lebih jelas dan faham;
  • Nota Ringkas & Formula – Nota ringkas yang djangkakan masuk dalam soalan dibekalkan. Anda boleh jadikan shortcut dalam ulangkaji anda. Jangan gunakan buku  SPM sebab tak semua bab akan keluar;
  • 60 Contoh Soalan & Jawapan – 30 seksyen A dan 30 seksyen B khas untuk memahirkan diri menjawab soalan peperiksaan;
  • Kemaskini Percuma 3 Tahun  Ini tawaran terbaik Tim Infokerjaya. Anda tak perlu beli jika terima panggilan peperiksaan sama pada masa akan datang!

Dalam kata lain, Rujukan Khas Exam Online Penolong Jurutera JA29 menjimatkan masa ulangkaji, berorientasikan latih tubi dan membantu anda menguasai soalan dalam peperiksaan online.

Anda boleh join channel Telegram berikut untuk dapatkan info lanjut rujukan. Kami akan kongsikan pelbagai jenis info peperiksaan, tips dan juga contoh soalan dalam channel berkenaan.

Rumusan

Kami yakin anda akan tersenyum bila melihat soalan peperiksaan nanti. Perasaan takut dan gelabah akan hilang kerana anda dah tahu konsep soalannya. Sediakan diri untuk belajar dan perbanyakkan latih tubi.

Anda sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah terbaik! Jika lulus, peluang ke peringkat temuduga semakin cerah. Peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penolong Jurutera JA29 adalah lebih cerah.

“Selamat Maju Jaya”

© 2022 Soflyy. All rights reserved.