fbpx

December 22, 2020

comments 0

Tahniah kerana anda terpilih menduduki peperiksaan online PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 pada 14-22 April 2021 untuk Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Anda selangkah ke hadapan kerana info yang anda baca ini bakal membantu anda membuat persediaan exam yang betul!

Setelah selesai membaca, anda akan pelajari 2 perkara iaitu:

  • PECAHAN SOALAN SEKSYEN A. Tahukah anda terdapat 4 Pecahan Soalan dalam Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah? Faham pecahan ini, senang nak studi;
  • TATABAHASA & KEFAHAMAN ENGLISH. Ketahui pengunaan grammar yang betul serta kefahaman teks Bahasa Inggeris.

Sebelum pergi lebih lanjut, download dulu ‘40 Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29'. Masukkan Nama dan Emel, kemudian tekan download.

DOWNLOAD 40 CONTOH SOALAN EXAM PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Masukkan Nama & Email untuk download 40 contoh soalan beserta jawapan secara PERCUMA melalui email anda.

Privasi anda diperlihara. Maklumat anda tidak akan dikongsikan dengan pihak ketiga.

TIPS: Setiap seksyen mempunyai penilaian tersendiri. Fahami apakah tujuan penilaian dan buat persediaan yang mantap!

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Format peperiksaan akan melibatkan 2 seksyen berasingan iaitu:-

  • Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B akan melibatkan pengiraan dan penyelesaian masalah matematik. Anda dinilai berdasarkan 3 kemahiran iaitu logik, interpretasi data dan konsep matematik.

Dalam seksyen ini, setiap soalan memiliki tahap kesukaran berbeza-beza. Ada soalan mudah dan boleh dijawab dengan pantas. Ada yang perlukan masa berfikir. Soalannya merangkumi silibus SPM sahaja!

Kebanyakan calon mengeluh tidak cukup masa bila berhadapan seksyen ini. Namun, itulah penilaiannya. Anda perlu menjawab soalan dengan cepat dan tepat.

Kita lihat pecahan soalan berdasarkan 3 kemahiran matematik yang mesti dikuasai sebelum menduduki peperiksaan.

(i) Kemahiran Logik

Anda perlu menggunakan kepintaran dalam memerhati dan berfikir untuk menjawab soalan bahagian ini.

Soalan biasanya mengandungi gambarajah atau penyelesaian masalah. Aplikasikan maklumat yang diberi dalam soalan dan pilih jawapan yang tepat.

Contoh Soalan Kemahiran Logik

Contoh 1:

Apakah nilai R yang paling sesuai?

6886

6552

R

6110

8866

6255

3632

6101

A. 6323
B. 6233
C. 6322
D. 6332

Jawapan : D

Teknik Menjawab:

Lihat kumpulan nombor row pertama yang bermula digit 6. Digit ke-2 dan ke-3 adalah nombor yang sama. Kesimpulannya, digit ke-2 dan ke-3 memiliki corak sama antara kumpulan nombor. Jawapannya 6332.

Contoh 2:

Purata umur P, Q dan R ialah 16 tahun. Umur P dan Q adalah sama. Berapakah umur P jika umur R ialah 12 tahun?

A. 12
B. 14
C. 16
D. 18

Jawapan : D

Teknik menjawab:

(P + Q + 12) / 3 = 16;
P + Q + 12 = 16 x 3;
P + Q + 12 = 48;
P + Q = 48 - 12;
P + Q = 36;
Jika P dan Q adalah sama, maka umur kedua-duanya ialah 18 tahun.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Anda akan diberikan data seperti graf atau jadual, kemudian soalan akan memerlukan analisis untuk mendapat jawapan. Anda perlu mengira, mencongak dan membuat unjuran data yang diberi.

Contoh Soalan Menginterpretasi Data

Contoh:

Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.

Bil. Pengunjung

Lelaki

Perempuan

Dewasa

52

68

Kanak-kanak

104

136

A. 1/3
B. 2/3
C. 1/4
D. 2/4

Jawapan : B

Teknik menjawab:

Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang;
Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang;
Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3.

(iii) Konsep Matematik

Soalan-soalan di bahagian ini lebih kepada asas matematik dan logik yang mencakupi silibus PMR/PT3 sehingga SPM. Anda perlu fahami beberapa konsep dan juga istilah matematik seperti pecahan, peratus, jarak dan masa, pertukaran unit dan banyak lagi.

Contoh Soalan Konsep Matematik

Contoh:

8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62

Jawapan : D

Teknik menjawab:

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah (8 x 7) / 2 = 28.

TIPS: Berdasarkan pemerhatian, soalan Daya Menyelesaikan Masalah dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu Penyelesaian Masalah, Menginterpretasi Data, Soalan Matematik dan Pemerhatian Logik (lebih kurang IQ test). Belajar secara mendalam pecahan-pecahan ini dalam Rujukan Khas Penolong Pegawai Tadbir N29.

Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris

Kefahaman dalam Bahasa Inggeris akan diuji dalam seksyen ini. Anda akan diuji dalam pecahan berikut:

  • Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
  • Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Anda akan diberikan sebuah petikan esei Bahasa Inggeris, soalan kefahaman beserta pilihan jawapan. Petikan mungkin pendek atau panjang dan bilangan soalan antara 5-10 soalan untuk menguji kefahaman anda tentang petikan tersebut.

Anda juga akan diuji penggunaan tatabahasa seperti Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain. Ingat lagi tak grammar anda?

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Contoh 1:

All of the sentences with collective nouns below are correct except for..

A. Mark and Matt saw a hive of bees.
B. The dealer dealt a pack of cards.
C. A group of lions was captured in the jungle.
D. The police managed to catch a bunch of crooks during the night raid.

Jawapan : D

Read and Answer (Contoh 2 & 3)

There are two distinct species of elephant in the world, the Asiatic and the African. The Asiatic elephant is the one most frequently seen in zoos and circuses as it is easily tamed. African elephants are rarely seen in captivity. It is well known by sight from photographs and films of African Safaris.

Four races of the Asiatic elephant are recognized: The Indian or Burman, the Ceylonese, the Malayan, and the Sumatran. All these are very familiar and differ from the African elephant is taller and more lanky animal than the Asiatic. It is easily recognized by the large ears and segmented trunk.

Contoh 2:

The four races of the Asiatic elephants are: -

A. African, Ceylonese, Malayan and Sumatran
B. Malayan, Burman, Ceylonese and Sumatran
C. Indian, Burman, Malayan and Ceylonese
D. Asiatic, Indian, Ceylonese and Malayan

Jawapan : B

Contoh 3:

Which statement is false?

A. African elephant has larger ears and longer trunks.
B. Asiatic elephants are smaller in size compared to the African elephants.
C. The African elephants are easily tamed.
D. There are two distinct species of elephant in the world.

Jawapan : C

Tips #1 : Buat latihan soalan berulang kali!

Seperti yang diterangkan di atas, seksyen Daya Menyelesaikan Masalah direka untuk menilai kemampuan anda berfikir secara logik dan menyelesaikan masalah.

Kebanyakan calon mengeluh tidak cukup masa bila berhadapan seksyen ini. Namun, itulah penilaiannya. Anda perlu menjawab soalan dengan pantas dan betul.

Secara purata anda memiliki masa seminit untuk menjawab 1 soalan. Jadi, kecekapan mengira adalah penting.

Seperti yang diterangkan di atas, seksyen Daya Menyelesaikan Masalah direka untuk menilai kemampuan anda berfikir secara logik dan menyelesaikan masalah.

Kebanyakan calon mengeluh tidak cukup masa bila berhadapan seksyen ini. Namun, itulah penilaiannya. Anda perlu menjawab soalan dengan pantas dan betul.

Secara purata anda memiliki masa seminit untuk menjawab 1 soalan. Jadi, kecekapan mengira adalah penting.

  1. 1
    Buat banyak latih tubi dengan soalan-soalan exam yang lepas;
  2. 2
    Cari set-set soalan yang khusus dalam penyelesaian masalah;
  3. 3
    Jawab soalan yang ringkas dan senang dulu. Selesaikan dengat cepat;
  4. 4
    Jika masa nak tamat, jangan biar jawapan anda kosong. Tembak jawapan!

Ini senarai topik lazim daya menyelesaikan masalah yang perlu difahamkan formula dan cara penyelesaian:

  • Pecahan dan Peratus
  • Persamaan Linear
  • Kecerunan, m
  • Persamaan Kuadratik
  • Pemfaktoran
  • Luas dan Perimeter
  • Isipadu Bongkah
  • Min, Median, Mod
  • Kebarangkalian
Nota: Soalan-soalan Daya Menyelesaikan Masalah berdasarkan silibus peringkat SPM tetapi bukannya semua bab. Jangan buang masa ulangkaji semua bab! Bab-bab yang lazim keluar ada ditunjukkan dalam Rujukan Khas Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA).

Tips #2 : Fahamkan Penggunaan Grammar!

Seksyen C ibarat seperti seksyen bonus. Ia paling mudah kalau dibandingkan seksyen A & B. Anda perlu tahu cara menggunakan grammar yang betul.

Soalan-soalan sekadar ingin menilai tahap kefahaman English dan cara menggunakan grammar yang betul. Fahamkan pecahan-pecahan grammar berikut:

  • Pronoun (Kata Ganti)
  • Noun (Kata Benda)
  • Verb (Kata Kerja)
  • Adjective (Kata Sifat)
  • Adverb (Kata Keterangan)
  • Determiner
  • Preposistion (Kata Depan)
  • Preposistion (Kata Depan)
  • Conjunction (Kata Hubung)

Pemahamam keseluruhan petikan teks penting untuk soalan esei. Baca dan lihat idea keseluruhan esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang sekadar ingin menilai kefahaman anda.

Markah Lulus Peperiksaan Berapa?

Ini pertanyaan lazim kebanyakkan calon yang menduduki peperiksaan. Tidak ada penerangan jelas mengenai cara permarkahan dibuat dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Bagaimanapun, pihak SPA ada memberikan garis panduan tentang bagaimana prestasi calon diukur dalam peperiksaan online:

Peperiksaan ini melibatkan tiga (3) seksyen berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) seksyen sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

Rujukan Komprehensif Penolong Pegawai Tadbir N29!

Untuk mudahkan anda membuat ulangkaji peperiksaan dengan pantas menggunakan sumber rujukan lengkap, pihak Infokerjaya akan mengeluarkan sebuah rujukan khas untuk peperiksaan ini!

Seperti yang anda tahu, kesibukan menjadi punca untuk dalam membuat persediaan. Nak mengikuti perbincangan dalam group WhatsApp atau Telegram pun adakalanya sampai tak sempat.

Tambahan lagi, maklumat yang dikongsi dalam group ini juga kemungkinan kurang tepat kerana perkongsian dilakukan oleh mereka yang kurang pengetahuan dan pengalaman. Ia boleh menyebabkan kefahaman anda tersasar!

Untuk makluman, pihak Infokerjaya telah menyediakan rujukan khas exam SPA sejak tahun 2009. Setiap kali peperiksaan dibuat, nota penerangan dan contoh soalan dibuat berdasarkan format terkini.

Pengalaman 1 dekad menjadi sandaran pihak Infokerjaya menyediakan rujukan khas yang bersesuaian!

Rujukan Khas Penolong Pegawai Tadbir N29 (bakal dilancarkan!)

Let the pictures tell the story...

Ini sebahagian calon yang melalui pengalaman gembira bersama Tim Infokerjaya sebelum ini:


Rujukan Khas Tim Infokerjaya Bukan Untuk Semua!

Jika anda tak tahu nak prepare apa atau ini pertama kali menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA), rujukan khas Tim Infokerjaya ini boleh dijadikan sumber rujukan utama anda.

Fikirkan, kekosongan jawatan yang dibuka hanya untuk 43 tetap dan 700 simpanan. Calon pula boleh melebihi 30 ribu orang yang akan menduduki peperiksaan ini. Bagaimana anda nak menempatkan diri anda di kalangan 734 orang calon ini?

Sebab itu, anda perlu sebuah rujukan yang lengkap, mempunyai rekod baik dalam membantu ribuan calon-calon SPA sejak 2009. Jadikannya sebagai rujukan utama. Dalam rujukan khas Tim Infokerjaya, anda akan dapat bahan rujukan seperti:

  • Huraian Format Tekini (2021) - Huraian terperinci pecahan format soalan setiap seksyen supaya anda jelas dan faham;
  • Nota Ringkas & Formula - Nota ringkas, formula dan topik hot Matematik untuk gambaran bentuk soalan exam. Jadikan ia shortcut ulangkaji anda. Tak perlu guna buku SPM sebab tak semua bab keluar;
  • 60 Contoh Soalan & Jawapan - 30 soalan seksyen A dan 30 seksyen B khusus untuk mahirkan diri menjawab soalan exam;
  • Free update 3 Tahun - Ini offer khas iaitu anda tak perlu beli versi terbaru lagi jika anda terlibat menduduki exam yang sama pada masa akan datang!

Dalam kata lain, Rujukan Khas Penolong Pegawai Tadbir N29 dapat menjimatkan masa ulangkaji, berorientasi latihan dan pengukuhan serta membantu anda untuk menguasai soalan dalam exam online.

Untuk info lanjut rujukan, sila join channel Telegram. Kami akan beri pelbagai lagi info exam, tips dan contoh-contoh soalan dalam channel berkenaan atau whatsapp untuk pertanyaan.

Sebarang pertanyaan sila hantarkan whatsapp (tekan link) ke:

https://wa.me/601163784062?text=InfoRujukanPPTN29

Rumusan

Kami yakin anda akan tersenyum bila melihat soalan sebenar peperiksaan nanti kerana anda dah biasa dengan soalan-soalan ini.

Perasaan gelisah dan gelabah dapat dikurangkan kerana anda sudah tahu konsep soalan. Sediakan diri untuk belajar dan buat banyak latih tubi.

Anda dinasihatkan untuk cuba sedaya upaya mendapatkan markah terbaik! Jika anda lulus, ini peluang yang cerah untuk ke peringkat temuduga.

“Selamat Maju Jaya”

Contoh Soalan Psikometrik Pustakawan S41 | Tips Peperiksaan Online SPA

Tahniah kerana terpilih untuk menduduki Ujian Psikometrik Pustakawan Gred S41

Read More

Contoh Soalan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 | Tips Peperiksaan Online SPA Terengganu

Tahniah kerana anda berjaya menduduki peperiksaan online Pembantu Tadbir (Perkeranian

Read More
{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>