Tahniah kerana terpilih menduduki peperiksaan online Penolong Juruaudit Gred W29 pada 19 Ogos ini. Sebentar lagi, anda akan diterangkan cara membuat persediaan exam yang betul.
Selesai anda membaca artikel ini, anda akan faham mengenai:
Penerangan akan disertakan contoh soalan unutk mudahkan kefahaman. Tidak kira anda calon baru mahu pun berpengalaman, informasi ini akan membantu anda membuat persediaan yang sistematik.
Sila download “40 Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruaudit W29” melalui borang di bawah. Hanya masukkan nama dan emel, kemudian tekan butang download.
Download Contoh Soalan Penolong Juruaudit Gred W29


Masukkan nama dan email anda untuk download 40 contoh soalan dan jawapan melalui inbox email.
Maklumat anda tidak akan dikongsikan kepada pihak ketiga.
TIPS: Setiap seksyen soalan ada penilaian tersendiri. Fahamkan apakah tujuan penilaian tersebut dilakukan supaya anda dapat membuat persediaan yang baik.
Format Peperiksaan Penolong Juruaudit W29
Format peperiksaan hanya melibatkan 2 seksyen berasingan iaitu:-
Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B akan melibatkan pengiraan dan penyelesaian masalah matematik. Anda dinilai berdasarkan 3 kemahiran iaitu logik, interpretasi data dan konsep matematik.
Dalam seksyen ini, setiap soalan memiliki tahap kesukaran berbeza-beza. Ada soalan mudah dan boleh dijawab dengan pantas. Ada yang perlukan masa berfikir. Soalannya merangkumi silibus SPM sahaja!
Kebanyakan calon mengeluh tidak cukup masa bila berhadapan seksyen ini. Namun, itulah penilaiannya. Anda perlu menjawab soalan dengan cepat dan tepat.
Kita lihat pecahan soalan berdasarkan 3 kemahiran matematik yang mesti dikuasai sebelum menduduki peperiksaan.
(i) Kemahiran Logik
Anda perlu menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir dan kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Contoh Soalan Kemahiran Logik
Contoh 1:
Apakah nilai R yang paling sesuai?
6886 | 6552 | R | 6110 |
8866 | 6255 | 3632 | 6101 |
A. 6323
B. 6233
C. 6322
D. 6332
Jawapan : D
Teknik Menjawab:
Nombor pertama = 6;
Nombor ke-2 dan ke-3 = nombor yang sama;
Nombor terakhir = baki nombor;
Kesimpulannya, nombor kedua dan ketiga mempunyai corak yang sama antara kumpulan nombor.
Contoh 2:
Purata umur P, Q dan R ialah 16 tahun. Umur P dan Q adalah sama. Berapakah umur P jika umur R ialah 12 tahun?
A. 12
B. 14
C. 16
D. 18
Jawapan : D
Teknik menjawab:
Jumlah semua kad = 12 keping;
Jumlah kad bertanda A = 4 keping;
Kebarangkalian kad bertanda A dicabut = 4/12 = 1/3.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Anda diberikan data seperti graf atau jadual, kemudian soalan yang memerlukan analisis jawapan. Anda perlu mengira, mencongak dan membuat unjuran melalui data yang diberikan.
Contoh Soalan Menginterpretasi Data
Contoh:
Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.
Bil. Pengunjung | Lelaki | Perempuan |
---|---|---|
Dewasa | 52 | 68 |
Kanak-kanak | 104 | 136 |
A. 1/3
B. 2/3
C. 1/4
D. 2/4
Jawapan : B
Teknik menjawab:
Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang;
Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang;
Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3.
(iii) Konsep Matematik
Soalan-soalan di bahagian ini lebih kepada asas matematik dan logik yang mencakupi silibus PMR/PT3 hingga SPM. Anda perlu memahami beberapa konsep dan istilah matematik seperti pecahan, peratus, jarak dan masa, pertukaran unit dan banyak lagi.
Contoh Soalan Konsep Matematik
Contoh:
8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
Jawapan : D
Teknik menjawab:
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah (8 x 7) / 2 = 28.
TIPS: Berdasarkan pemerhatian soalan Daya Menyelesaikan Masalah ini boleh dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu Penyelesaian Masalah, Menginterpretasi Data, Soalan Matematik dan Pemerhatian Logik (lebih kurang IQ test). Anda boleh belajar lebih mendalam pecahan ini dalam Rujukan Khas Peperiksaan Penolong Juruaudit W29.
Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris
Dalam seksyen ini, anda akan diuji tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan merangkumi 2 pecahan berikut:-
Anda akan diberikan sebuah petikan teks Bahasa Inggeris. Petikan itu mungkin pendek atau panjang. Bilangan soalan antara 5-10 soalan bagi menguji pemahaman berkenaan teks tersebut.
Anda juga diuji dengan penggunaan tatabahasa seperti Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain. Anda perlu ingat kembali pelajaran grammar Bahasa Inggeris.
Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris
Contoh 1:
All of the sentences with collective nouns below are correct except for..
A. Mark and Matt saw a hive of bees.
B. The dealer dealt a pack of cards.
C. A group of lions was captured in the jungle.
D. The police managed to catch a bunch of crooks during the night raid.
Jawapan : D
Read and Answer (Contoh 2 & 3)
There are two distinct species of elephant in the world, the Asiatic and the African. The Asiatic elephant is the one most frequently seen in zoos and circuses as it is easily tamed. African elephants are rarely seen in captivity. It is well known by sight from photographs and films of African Safaris.
Four races of the Asiatic elephant are recognized: The Indian or Burman, the Ceylonese, the Malayan, and the Sumatran. All these are very familiar and differ from the African elephant is taller and more lanky animal than the Asiatic. It is easily recognized by the large ears and segmented trunk.
Contoh 2:
The four races of the Asiatic elephants are: -
A. African, Ceylonese, Malayan and Sumatran
B. Malayan, Burman, Ceylonese and Sumatran
C. Indian, Burman, Malayan and Ceylonese
D. Asiatic, Indian, Ceylonese and Malayan
Jawapan : B
Contoh 3:
Which statement is false?
A. African elephant has larger ears and longer trunks.
B. Asiatic elephants are smaller in size compared to the African elephants.
C. The African elephants are easily tamed.
D. There are two distinct species of elephant in the world.
Jawapan : D
Tips #1 : Buat Latih Tubi Berulang Kali!
Seperti yang diterangkan di atas, seksyen Daya Menyelesaikan Masalah direka untuk menilai kemampuan anda berfikir secara logik dan menyelesaikan masalah.
Kebanyakan calon mengeluh tidak cukup masa bila berhadapan seksyen ini. Namun, itulah penilaiannya. Anda perlu menjawab soalan dengan pantas dan betul.
Secara purata anda memiliki masa seminit untuk menjawab 1 soalan. Jadi, kecekapan mengira adalah penting.
- 1Buat banyak latih tubi dengan soalan-soalan exam yang lepas;
- 2Cari set-set soalan yang khusus dalam penyelesaian masalah;
- 3Jawab soalan yang ringkas dan senang dulu (semasa exam);
- 4Jika masa nak tamat, Tembak jawapan. Jangan biar kosong.
Ini senarai topik lazim daya menyelesaikan masalah yang perlu difahamkan formula dan cara penyelesaian:
NOTA : Soalan Daya Menyelesaikan Masalah adalah berdasarkan silibus peringkat SPM tetapi bukannya semua bab. Jangan buang masa ulangkaji semua bab! Bab-bab yang lazim keluar ada ditunjukkan dalam Rujukan Khas Exam Online Penolong Juruaudit W29.
Tips #2 : Fahamkan Tatabahasa English!
Seksyen C Kefahaman Bahasa Inggeris ibarat seksyen bonus buat anda. Ini seksyen paling mudah jika dibandingkan dengan seksyen A dan B. Anda hanya perlu tahu mengenai tatabahasa (grammar).
Soalan-soalan dalam seksyen ini hanya untuk menguji tahap kefahaman anda dalam Bahasa Inggeris serta penggunaan tatabahasa yang betul. Fahamkan pecahan-pecahan grammar berikut:
Pemahamam keseluruhan petikan teks penting untuk soalan esei. Baca dan lihat idea keseluruhan esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang sekadar ingin menilai kefahaman anda.
Markah Lulus Peperiksaan Berapa?
Ini pertanyaan lazim kebanyakkan calon yang akan menduduki peperiksaan. Tidak ada penerangan jelas cara permarkahan dibuat dalam peperiksaan online Penolong Juruaudit W29. Bagaimanapun, pihak SPA memberi garis panduan bagaimana prestasi calon diukur:
Peperiksaan ini melibatkan tiga (3) seksyen berasingan. Calon perlu tunjukkan prestasi yang baik untuk semua kertas. Jika prestasi yang baik hanya dipamerkan pada satu (1) seksyen sahaja, maka keseluruhan prestasi calon kurang memuaskan. Bagaimanapun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap seksyen, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Calon dinasihatkan tak fokus kepada seksyen tertentu.
Rujukan Khas Peperiksaan Penolong Juruaudit W29
Untuk mudahkan anda membuat ulangkaji peperiksaan dengan pantas menggunakan sumber rujukan lengkap, pihak Infokerjaya akan mengeluarkan sebuah rujukan khas untuk peperiksaan ini!
Seperti yang anda tahu, kesibukan menjadi punca untuk dalam membuat persediaan. Nak mengikuti perbincangan dalam group WhatsApp atau Telegram pun adakalanya sampai tak sempat.
Tambahan lagi, maklumat yang dikongsi dalam group ini juga kemungkinan kurang tepat kerana perkongsian dilakukan oleh mereka yang kurang pengetahuan serta pengalaman. Ia boleh menyebabkan kefahaman anda tersasar!
Untuk makluman, pihak Infokerjaya telah menyediakan rujukan khas exam SPA sejak tahun 2009. Setiap kali peperiksaan dibuat, nota penerangan dan contoh soalan dibuat berdasarkan format terkini.
Pengalaman 1 dekad menjadi sandaran pihak Infokerjaya menyediakan rujukan khas yang bersesuaian!

Rujukan Khas Peperiksaan Online Penolong Juruaudit W29 2019
Let the pictures tell the story...
Ini sebahagian calon yang melalui pengalaman gembira bersama Tim Infokerjaya sebelum ini:




Rujukan Khas Tim Infokerjaya BUKAN Untuk Semua!
Jika anda tak tahu nak prepare apa atau pun pertama kali menduduki peperiksaan online Penolong Juruaudit W29, rujukan khas Tim Infokerjaya ini boleh dijadikan bahan ulangkaji utama.
Fikirkan, kekosongan jawatan dibuka hanya untuk 42 tetap dan 150 simpanan. Calon pula berpuluh ribu orang. Bagaimana nak menempatkan diri anda di kalangan 115 orang calon ini?
Lulus dahulu peperiksaan online penolong juruaudit ini. Kemudian baru dapat ke peringkat temuduga. Dalam rujukan khas Tim Infokerjaya, anda akan mendapat bahan ulangkaji seperti berikut:-
Dalam kata lain, Rujukan Khas Peperiksaan Online Penolong Juruaudit W29 dapat menjimatkan masa ulangkaji, berorientasi latihan pengukuhan dan membantu anda menguasai soalan dalam exam online.
Untuk info lanjut rujukan, sila join channel Telegram di bawah. Kami akan kongsikan pelbagai info peperiksaan, tips dan contoh soalan dalam channel berkenaan.
Rumusan
Kami yakin anda akan tersenyum bila melihat soalan peperiksaan nanti. Perasaan takut dan gelabah akan hilang kerana anda dah tahu konsep soalannya. Sediakan diri untuk belajar dan perbanyakkan latih tubi.
Anda sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah terbaik! Jika lulus, peluang ke peringkat temuduga semakin cerah. Peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penolong Juruaudit Gred W29 adalah lebih cerah.
“Selamat Maju Jaya”