Tahniah kerana terpilih untuk menduduki Peperiksaan Online PENOLONG PEGAWAI PERTAHANAN AWAM KP41 pada 19 Mac. Kami tunjukkan anda bagaimana membuat persediaan yang betul untuk exam ini.
Anda boleh tarik sedikit nafaz lega kerana seksyen yang terlibat hanya 2 sahaja iaitu Pengetahuan Am dan Kefahaman Bahasa Inggeris. Jadi, anda tak perlu jawab soalan Daya Menyelesaikan Masalah lagi.
Namun, anda dinasihatkan jangan berasa selesa kerana seksyen Pengetahuan Am juga bakal menjerat anda dengan soalan-soalan yang susah!
Pengetahuan am skopnya sangat luas. Jika tak tahu memang susah nak jawab soalan. Jadi, berusahalah menguasai seksyen ini.
Sebelum pergi lebih lanjut, download dulu “60 Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP41”. Masuk Nama & Emel kemudian klik download.

DOWNLOAD 60 CONTOH SOALAN EXAM PENOLONG PEGAWAI PERTAHANAN AWAM KP29
Masukkan Nama dan Email untuk download 60 contoh soalan dan jawapan secara PERCUMA menerusi email.
Privasi anda diperlihara. Maklumat anda tidak akan dikongsikan dengan pihak ketiga.
Format Peperiksaan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29
Format peperiksaan kali melibatkan 2 buah seksyen berasingan iaitu:-
Seksyen A Pengetahuan Am
Seksyen A mempunyai 30 soalan berkaitan skop jawatan, pentadbiran negara, dasar-dasar kerajaan, ekonomi, sejarah, sains & teknologi maklumat, keselamatan dan perkembangan semasa.
Tujuannya untuk menguji pengetahuan am anda terhadap jawatan yang dipilih dan pengetahuan di luar skop jawatan serta perkara yang berlaku di sekeliling.
Anda hanya perlu tahu "secara umum" sahaja tentang bidang-bidang ini.
Contoh Soalan Pengetahuan Am
Contoh 1:
Ketua dalam Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah
A) Setiausaha Bahagian Gred Khas B
B) Setiausaha Bahagian Gred Khas A
C) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52
D) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48
Jawapan : D
Contoh 2:
Seseorang yang ditahan dibawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, akan ditahan di
A) Institusi Penjara, Jabatan Penjara Malaysia.
B) Pusat Pemulihan Akhlak, Jabatan Penjara Malaysia.
C) Tempat Tahanan Perlindungan, Jabatan Penjara Malaysia.
D) Institusi Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Malaysia.
Jawapan : B
Contoh 3:
Komponen asas komputer terdiri daripada empat bahagian iaitu Peranti Input, Peranti Output, Unit Storan atau Unit Ingatan dan Unit Pemprosesan.
Tetikus merupakan contoh bagi
A) Unit Storan
B) Peranti Input
C) Peranti Output
D) Unit Pemprosesan
Jawapan : B
Contoh 4:
Kuasa tertinggi pentadbiran negera adalah
A. Perdana Menteri
B. Majlis Raja-Raja
C. Yang di-Pertuan Agong
D. Perlembagaan Malaysia
Jawapan : D
Contoh 5:
Negara yang tidak membuat tuntutan terhadap Kepulauan Spratly ialah
A) China
B) Vietnam
C) Cambodia
D) Brunei Darussalam
Jawapan : C
Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris
Dalam seksyen ini, anda akan diuji tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan merangkumi pecahan berikut:
Anda diberikan sebuah petikan Bahasa Inggeris dan pilihan jawapan. Petikan itu mungkin pendek atau panjang. Bilangan soalan antara 5-10 untuk menguji tahap kefahaman anda tentang petikan itu.
Baca petikan dan fahamkan apa yang cuba disampaikan. Baca sepintas lalu kemudian baca semula secara menyeluruh dan jawab soalan-soalannya.
Anda juga diuji penggunaan tatabahasa seperti Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain. Ingat lagi tak pelajaran grammar Bahasa Inggeris?
Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris
Contoh 1:
All of the sentences with collective nouns below are correct except for..
A. Mark and Matt saw a hive of bees.
B. The dealer dealt a pack of cards.
C. A group of lions was captured in the jungle.
D. The police managed to catch a bunch of crooks during the night raid.
Jawapan : D
Read and Answer (Contoh 2 & 3)
There are two distinct species of elephant in the world, the Asiatic and the African. The Asiatic elephant is the one most frequently seen in zoos and circuses as it is easily tamed. African elephants are rarely seen in captivity. It is well known by sight from photographs and films of African Safaris.
Four races of the Asiatic elephant are recognized: The Indian or Burman, the Ceylonese, the Malayan, and the Sumatran. All these are very familiar and differ from the African elephant is taller and more lanky animal than the Asiatic. It is easily recognized by the large ears and segmented trunk.
Contoh 2:
The four races of the Asiatic elephants are: -
A) African, Ceylonese, Malayan and Sumatran
B) Malayan, Burman, Ceylonese and Sumatran
C) Indian, Burman, Malayan and Ceylonese
D) Asiatic, Indian, Ceylonese and Malayan
Jawapan : B
Contoh 3:
Which statement is false?
A) African elephant has larger ears and longer trunks.
B) Asiatic elephants are smaller in size compared to the African elephants.
C) The African elephants are easily tamed.
D) There are two distinct species of elephant in the world.
Jawapan : C
Tips #1 : Kuasai Topik Pengetahuan Am
Untuk menjawab soalan Pengetahuan Am dengan baik, anda perlu banyak membaca dan peka dengan perkembangan semasa.
Skop soalan luas (tak spesifik) tapi tak lah secara mendalam. Anda hanya perlu tahu yang umum sahaja. Untuk perkembangan semasa, cuba alert isu-isu tahun 2021.
Melalui analisis kami, terdapat beberapa pecahan soalan dalam skop pengetahuan am. Pecahan-pecahan berikut ialah:
Untuk dapatkan gambaran bentuk soalan, sila download 60 Contoh Soalan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP41 di atas.
Tips #2 : Fahamkan Grammar Bahasa Inggeris!
Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris ibarat seksyen bonus buat anda. Ini seksyen paling mudah jika dibandingkan dengan seksyen A. Anda hanya perlu tahu penggunaan english grammar.
Soalan-soalan dalam seksyen ini hanya untuk menilai tahap kefahaman anda dalam Bahasa Inggeris serta penggunaan grammar yang betul. Fahamkan pecahan-pecahan grammar berikut:
- Pronoun (Kata Ganti)
- Noun (Kata Benda)
- Verb (Kata Kerja)
- Adjective (Kata Sifat)
- Adverb (Kata Keterangan)
- Determiner
- Preposistion (Kata Depan)
- Conjunction (Kata Hubung)
Untuk soalan esei, pemahamam teks keseluruhan petikan adalah penting. Baca dan lihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang ingin menguji kefahaman anda.
Markah Lulus Peperiksaan Berapa?
Ini pertanyaan lazim kebanyakkan calon yang akan menduduki peperiksaan. Tiada penerangan jelas cara permarkahan dibuat dalam exam online. Bagaimanapun, pihak SPA memberikan garis panduan berikut:
Peperiksaan ini melibatkan tiga (3) seksyen berasingan. Calon perlu tunjukkan prestasi yang baik untuk semua kertas. Jika prestasi yang baik hanya dipamerkan pada satu (1) seksyen sahaja, maka keseluruhan prestasi calon kurang memuaskan. Bagaimanapun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap seksyen, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon dinasihatkan tidak fokus kepada seksyen tertentu.
Rujukan Khas Peperiksaan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP41
Untuk mudahkan anda membuat ulangkaji pantas menggunakan sumber yang rujukan lengkap, Tim Infokerjaya ada rujukan khas untuk peperiksaan ini!
Seperti yang kita ketahui, ramai calon yang tak sempat buat persediaan kerana sibuk dan susah nak cari rujukan. Walaupun ada group WhatsApp/Telegram, bukan senang fokus dan catch up perbincangan.
Ditambah pula info-info yang dibincangkan kemungkinan tak tepat atau tak sahih yang boleh menyebabkan salah faham!
Untuk makluman, pihak Infokerjaya telah menyediakan rujukan khas exam SPA sejak 2009. Nota dan contoh soalan yang dibuat dikemaskini setiap kali exam diadakan. Ini kerana setiap tahun format dan soalannya sentiasa berubah.
Pengalaman sedekad menjadi sandaran pihak Infokerjaya menyediakan rujukan khas yang bersesuaian!

Ini contoh rujukan Pegawai Pendaftaran KP41 yang dikeluarkan sebelum ini.
Let the pictures tell the story...
Ini sebahagian calon yang melalui pengalaman gembira bersama Tim Infokerjaya sebelum ini:




Rujukan Khas Tim Infokerjaya BUKAN Untuk Semua!
Jika anda pertama kali menduduki exam dan tak tahu nak prepare apa, rujukan Tim Infokerjaya boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama untuk ulangkaji.
Jangan anda hadir peperiksaan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29 tanpa apa-apa persediaan. Fikirkan ribuan calon yang akan bersaing dengan anda.
Dalam rujukan ini, anda akan mendapat bahan ulangkaji seperti berikut:

Dalam kata lain, ianya menjimatkan masa anda membuat ulangkaji, berorientasikan latih tubi dan membantu anda menguasai soalan dalam peperiksaan online.
Anda boleh join channel Telegram berikut untuk dapatkan info lanjut rujukan. Kami akan berikan pelbagai info, tips dan juga contoh soalan di channel berkenaan.
Rumusan
Kami yakin anda akan tersenyum apabila melihat soalan exam nanti. Perasaan takut dan gelabah akan hilang kerana anda dah tahu konsep soalannya. Siap sediakan diri untuk belajar dan perbanyakkan latihan.
Anda sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah terbaik! Jika lulus, peluang ke peringkat temuduga semakin cerah. Peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29 adalah lebih cerah.
“Selamat Maju Jaya”