fbpx

April 12, 2021

contoh soalan peperiksaan online penolong pegawai belia sukan s29

Peperiksaan Online Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan S29 adalah peperiksaan memasuki perkhidmatan awam (PSEE) yang saban tahun diadakan oleh pihak SPA.

Jika anda menduduki peperiksaan ini pada 22 April 2021, ini permulaan yang baik bagi kerjaya anda pada tahun 2021. Buat persediaan secukupnya kerana persaingan untuk jawatan ini dikatakan agak sengit kerana terbuka kepada semua graduan daripada pelbagai pengkhususan.

Apakah yang akan diuji terhadap calon dan bagaimana persediaan yang harus dibuat untuk melepasi peringkat penilaian ini?

Tips: Peperiksaan bukan hanya sekadar tahu format soalan tetapi juga faham apakah penilaian di sebalik soalan yang sedang dibuat oleh pihak SPA terhadap diri anda!

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan S29

Format peperiksaan kali ini melibatkan 2 seksyen berasingan iaitu:-

  • Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B melibatkan penyelesaian masalah matematik. Anda diminta menyelesaikan masalah yang dikemukakan dalam soalan berdasarkan Kemahiran Logik, Kemahiran Menginterpretasi Data dan Konsep Matematik.

(i) Kemahiran Logik

Anda akan menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir dan kemahiran mengaplikasi maklumat untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Kemahiran Logik

Contoh 1:

Apakah nilai R yang paling sesuai?

6886

6552

R

6110

8866

6255

3632

6101

A. 6323
B. 6233
C. 6322
D. 6332

Jawapan : D

Teknik Menjawab:

Nombor pertama = 6;
Nombor ke-2 dan ke-3 = nombor yang sama;
Nombor terakhir = baki nombor;
Kesimpulannya, nombor kedua dan ketiga mempunyai corak yang sama antara kumpulan nombor.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberi beberapa soalan yang menggunakan data perangkaan. Data yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Menginterpretasi Data

Contoh:

Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.

Bil. Pengunjung

Lelaki

Perempuan

Dewasa

52

68

Kanak-kanak

104

136

A. 1/3
B. 2/3
C. 1/4
D. 2/4

Jawapan : B

Teknik menjawab:

Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang;
Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang;
Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3.

(iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Soalan-soalan akan ditarafkan sesuai di peringkat SPM dan perlu diketahui oleh setiap calon.

Contoh Soalan Konsep Matematik

Contoh:

8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62

Jawapan : D

Teknik menjawab:

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah (8 x 7) / 2 = 28.

Nota: Berdasarkan pemerhatian kami soalan Daya Menyelesaikan Masalah boleh dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu Penyelesaian Masalah, Menginterpretasi Data, Soalan Matematik dan Pemerhatian Logik (seperti IQ test).

Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris

Anda akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan merangkumi petikan esei beserta soalan-soalan kefahaman dan tatabahasa. Anda diuji dalam pecahan berikut:-

  • Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
  • Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Anda diberikan sebuah petikan Bahasa Inggeris dan pilihan jawapan. Petikan itu mungkin pendek atau panjang. Bilangan soalan antara 5-10 soalan bagi menguji kefahaman anda tentang petikan tersebut.

Oleh itu, anda perlu membaca petikan dan fahamkan apa yang cuba disampaikan. Baca petikan yang diberi sepintas lalu. Kemudian, baca semula secara keseluruhan dan jawab soalan-soalannya.

Anda juga diuji dengan penggunaan tatabahasa seperti Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain. Anda perlu ingat kembali pelajaran grammar Bahasa Inggeris.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Contoh 1:

All of the sentences with collective nouns below are correct except for..

A. Mark and Matt saw a hive of bees.
B. The dealer dealt a pack of cards.
C. A group of lions was captured in the jungle.
D. The police managed to catch a bunch of crooks during the night raid.

Jawapan : D

Read the passage below and answer the questions that follow (contoh soalan 2 dan 3).

Being blind has not stopped Hesham Kamel from participating in the cyberworld. He has also made it possible for other blind people to draw images. A PhD student at UC Berkeley’s Department of Electrical Engineering and Computer Sciences, Hesham found his research efforts were often hindered by his reliance on a sighted person who could assist with the production of graphical elements. About four years ago, after being forced to miss a deadline when his sighted assistant was on vacation, he decided to take matters into his own hands. Hesham designed a unique computer-drawing program called Integrated Communication 2 Draw, or IC2D, that allows visually-impaired users to create and `see’ images on the computer screen.

Although the computing industry has made some big strides in developing software to assist the sight-impaired, there is still a lack of products on the market, particularly when it comes to computer-assisted drawing. There is also a common misconception that blind people simply cannot handle visual tasks. Such erroneous beliefs provided another major motivation for Hesham’s efforts. He found that people would ask him why blind people would even need to draw something that they could not see. “There are many people out there who can’t understand that blind people have imagination, just as sighted people do,” he asserts.

In addition, Hesham was frustrated by the short-sightedness of the computer industry. Although the trend in technology is generally towards smaller, faster and cheaper products, Hesham found quite the reverse to be true when it came to products for the sightless. “The devices we need to use with computers - such as a 50-pound Braille printer – are large, expensive or both,” he notes. Thus, one of his primary goals in devising the IC2D software was that it be both portable and compatible with any computer screen reader for the blind. “More than anything, I want to change the way people think when they develop technology for the visually-impaired,” he explains. Recently, Hesham has been busy taking his invention round the conference circuit in both America and Europe. With IC2D, users would be able to create elaborate drawings for work and pleasure.

Contoh 2:

What hindrance did he face in his research?

A. He needed help to produce graphical elements.
B. His reliance on another blind people.
C. The possibility for other blind people to draw images.
D. The assistance with the production of graphical elements.

Jawapan : A

Contoh 3:

The phrase “he decided to take matters into his own hands”, means that...

A. He missed a deadline for his assignment.
B. He decided to deal with the problem himself.
C. He resolved the matter with his assistant.
D. He used his hands on the computer.

Jawapan : B

Tips #1 : Buat banyak Latih Tubi!

Kepantasan adalah kunci untuk anda skor semua soalan Daya Menyelesaikan Masalah. Ini kerana purata masa untuk menjawab hanya sekitar 1 minit sahaja. Latih tubi yang banyak dapat membiasakan diri dengan soalan dan mahir menjawab soalan susah.

Ini senarai topik popular daya menyelesaikan masalah yang perlu difahamkan formula dan cara penyelesaian:=

  • Pecahan dan Peratus
  • Persamaan Linear
  • Kecerunan, m
  • Persamaan Kuadratik
  • Pemfaktoran
  • Luas dan Perimeter
  • Isipadu Bongkah
  • Min, Median, Mod
  • Kebarangkalian
Nota: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah adalah berdasarkan silibus peringkat SPM tetapi bukan untuk semua bab. Jangan buang masa ulangkaji bab tidak berkaitan! Bab-bab yang lazim keluar ada ditunjukkan dalam Rujukan Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan S29.

Tips #2 : Mahirkan penggunaan Grammar!

Seksyen C Kefahaman Bahasa Inggeris ibarat seksyen bonus buat anda. Ini seksyen paling mudah jika dibandingkan dengan seksyen A dan B. Anda hanya perlu tahu mengenai tatabahasa (grammar).

Soalan-soalan dalam seksyen ini hanya untuk menguji tahap kefahaman anda dalam Bahasa Inggeris serta penggunaan tatabahasa yang betul. Fahamkan pecahan-pecahan grammar berikut:

  • Pronoun (Kata Ganti)
  • Noun (Kata Benda)
  • Verb (Kata Kerja)
  • Adjective (Kata Sifat)
  • Adverb (Kata Keterangan)
  • Determiner
  • Preposistion (Kata Depan)
  • Conjunction (Kata Hubung)

Untuk soalan esei, pemahamam teks keseluruhan petikan adalah penting. Baca dan lihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang ingin menguji kefahaman anda.

Markah Lulus Peperiksaan Berapa?

Ini pertanyaan lazim kebanyakkan calon yang menduduki peperiksaan. Tidak ada penerangan jelas mengenai cara permarkahan dibuat dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Belia dan Sukan S29. Bagaimanapun, pihak SPA ada memberikan garis panduan tentang bagaimana prestasi calon diukur dalam peperiksaan online:-

Peperiksaan ini melibatkan tiga (3) seksyen berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) seksyen sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

Rujukan Lengkap Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan S29

Untuk memudahkan anda membuat ulangkaji pantas dengan rujukan yang lengkap dan tersusun, pihak Tim Infokerjaya akan mengeluarkan rujukan khas untuk peperiksaan ini!

Seperti yang diketahui, kesuntukkan masa menjadi penghalang dalam membuat persediaan. Ramai calon yang sibuk dengan pelbagai urusan harian terutamanya mereka yang bekerja.

Cara paling mudah ialah menyertai grup perbincangan di Whatsapp atau Telegram. Tapi, adakah anda rasa sempat untuk ikuti perbincangan dalam grup yang disertai ribuan calon dan mesej yang masuk dalam satu-satu masa mencecah ratusan?

Info yang dikongsi dalam grup juga berkemungkinan tidak tepat kerana ia hanya forward message dan yang membuat juga tidak berpengalaman dan cukup pengetahuan.

Ia boleh menyebabkan kefahaman anda boleh tersasar daripada objektif sebenar penilaian yang ingin dibuat pihak SPA melalui peperiksaan online.

Untuk makluman, Tim Infokerjaya telah mengeluarkan rujukan khas peperiksaan SPA sejak tahun 2009. Setiap kali peperiksaan dijalankan, nota dan contoh soalan akan dibuat berdasarkan format terkini.

Tim Infokerjaya telah beberapa kali mengeluarkan rujukan khusus untuk peperiksaan Penolong Pegawai Belia & Sukan S29. Pengalaman luas menjadi sandaran untuk Tim Infokerjaya menyediakan rujukan bersesuaian!

Contoh Rujukan Khas Penolong Pegawai Tadbir N29

Let the pictures tell the story...

Ini sebahagian calon yang melalui pengalaman gembira bersama Tim Infokerjaya sebelum ini:


Rujukan Khas Tim Infokerjaya Bukan Untuk Semua!

Jika anda tak tahu nak prepare apa atau ini pertama kali menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan S29, rujukan khas Tim Infokerjaya ini boleh dijadikan sumber rujukan utama anda.

Fikirkan, kekosongan jawatan yang dibuka hanya untuk 6 tetap dan 10 simpanan. Calon pula boleh melebihi 30 ribu orang yang akan menduduki peperiksaan ini. Bagaimana anda nak menempatkan diri anda di kalangan 34 orang calon ini?

Sebab itu, anda perlu sebuah rujukan yang lengkap, mempunyai rekod baik dalam membantu ribuan calon-calon SPA sejak 2009. Jadikannya sebagai rujukan utama. Dalam rujukan khas Tim Infokerjaya, anda akan dapat bahan rujukan seperti:

  • Huraian Format Tekini (2020) - Huraian terperinci mengenai format penilaian dan pecahan soalan setiap seksyen supaya lebih jelas dan faham;
  • Nota Ringkas & Formula - Nota ringkas yang djangkakan masuk dalam soalan dibekalkan. Anda boleh jadikan shortcut dalam ulangkaji anda. Jangan gunakan buku  SPM sebab tak semua bab akan keluar;
  • 60 Contoh Soalan + Jawapan - 30 contoh soalan untuk setiap seksyen khas beserta huraian jawapan untuk memahirkan diri menjawab soalan peperiksaan;
  • Kemaskini Percuma 3 Tahun - Ini tawaran khas Tim Infokerjaya. Anda tak perlu beli lagi jika terima panggilan peperiksaan sama pada masa akan datang!

Dalam kata lain, Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan S29 menjimatkan masa, berorientasikan latih tubi dan membantu anda kuasai soalan dalam peperiksaan online.

Jika berminat dengan rujukan ini, saya telah menyediakan satu channel khas Telegram untuk peperiksaan ini. Anda boleh sertai untuk dapatkan info lanjut mengenai rujukan.

Kami akan kongsikan pelbagai info berkaitan rujukan dan tips-tips contoh soalan dalam channel berkenaan.

Rumusan

Kami yakin anda akan tersenyum bila melihat soalan sebenar peperiksaan nanti kerana anda dah biasa dengan soalan-soalan ini.

Perasaan gelisah dan gelabah dapat dikurangkan kerana anda sudah tahu konsep soalan. Sediakan diri untuk belajar dan buat banyak latih tubi.

Anda dinasihatkan untuk cuba sedaya upaya mendapatkan markah terbaik! Jika anda lulus, ini peluang yang cerah untuk ke peringkat temuduga.

“Selamat Maju Jaya”

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>