fbpx
Penolong Pegawai Belia Sukan S29

Contoh Soalan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 | Tips Ulangkaji & Rujukan Peperiksaan

Senarai Kandungan

Tahniah kerana terpilih untuk menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29. Sebentar lagi, kami akan guide cara membuat persediaan exam yang betul.

Setelah anda selesai membaca artikel ini, anda akan pelajari tentang:

  • Format Terkini Soalan Pengetahuan Am. Anda tak akan lari daripada fokus sebenar exam jika tahu format ini;
  • 4 Jenis Kemahiran Matematik (Wajib Tahu!) yang akan diuji dalam seksyen Daya Menyelesaikan Masalah;
  • Pecahan-Pecahan Tatabahasa yang anda perlu dikuasai dalam seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Penerangan disertakan contoh soalan bagi memudahkan kefahaman anda. Tak kiralah anda calon baru atau pun berpengalaman, maklumat ini akan dapat membantu anda membuat persediaan yang sistematik.

Sebelum pergi lebih lanjut, download dulu “70 Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29”. Masukkan Nama & Emel di bawah kemudian klik butang download.

TIPS: Setiap seksyen soalan mempunyai penilaian tersendiri. Fahamkan apa tujuan penilaian tersebut dilakukan supaya anda dapat membuat persediaan yang baik.

Penerangan Format Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Format peperiksaan kali ini melibatkan 3 seksyen utama yang berasingan iaitu:

  • Seksyen A : Pengetahuan Am
  • Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen A Pengetahuan Am

Seksyen A mengandungi 30 soalan berkaitan pelbagai bidang seperti:

  • Hal Ehwal JAKIM;
  • Pentadbiran & Keselamatan Negara;
  • Perlembagaan & Undang-Undang;
  • Kewangan & Ekonomi;
  • Sains & Teknologi Maklumat;
  • Sukan, Modal Insan & Sosial;
  • Isu-isu / perkembangan semasa.

Ia direka untuk menilai tahap pengetahuan am anda terhadap jawatan yang dipohon dan kesedaran mengenai perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita.

Anda perlulah ambil tahu banyak perkara kerana skop pengetahuan am sangat luas atau tidak spesifik. Ini cabaran anda!

Bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang. Skop pengetahuan am akan disoal secara umum sahaja. Bukan secara mendalam.

Contoh Soalan Pengetahuan Am

Contoh 1:

Sumber perundangan Islam pada zaman Rasulullah adalah berdasarkan

A. Wahyu Ilahi dan Ijtihad RasulullahB. Al-Quran dan Ijma’C. Ijma’ dan QiasD. As-Sunnah dan Ijtihad

Jawapan : A

Contoh 2:

Wasiah kepada bukan waris adalah dibenarkan oleh Islam. Walau bagaimanapun pewasiat digalak agar tidak mewasiatkan hartanya melebihi

A. 1/2 bahagianB. 1/3 bahagianC. 1/4 bahagianD. 1/6 bahagian

Jawapan : B

Contoh 3:

Berikut merupakan komponen yang terdapat dalam badan eksekutif berdasarkan struktur pentadbiran negara KECUALI

A. KabinetB. Majlis TertinggiC. Mahkamah TinggiD. Yang Dipertua Negeri

Jawapan : C

Contoh 4:

Matawang Malaysia ditetapkan kepada ringgit pada bulan Ogos 1975 dan simbol “RM” digunapakai sejak Disember 1992. Apakah maksud perkataan ‘ringgit’?

A. BergerigiB. RataC. BernilaiD. Menaik

Jawapan : C

Contoh 5:

Komponen asas komputer terdiri daripada empat bahagian iaitu Peranti Input, Peranti Output, Unit Storan atau Unit Ingatan dan Unit Pemprosesan.

Tetikus merupakan contoh bagi

A. Unit StoranB. Peranti InputC. Peranti OutputD. Unit Pemprosesan

Jawapan : B

Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B akan melibatkan pengiraan dan penyelesaian masalah matematik. Anda dinilai berdasarkan 3 kemahiran iaitu logik, interpretasi data dan konsep matematik.

Dalam seksyen ini, setiap soalan memiliki tahap kesukaran berbeza-beza. Ada soalan mudah dan boleh dijawab dengan pantas. Ada yang perlukan masa berfikir. Soalannya merangkumi silibus SPM sahaja!

Kebanyakan calon mengeluh tidak cukup masa bila berhadapan seksyen ini. Namun, itulah penilaiannya. Anda perlu menjawab soalan dengan cepat dan tepat.Kita lihat pecahan soalan berdasarkan 3 kemahiran matematik yang mesti dikuasai sebelum menduduki peperiksaan.

(i) Kemahiran Logik

Anda perlu menggunakan kepintaran dalam memerhati dan berfikir untuk jawab soalan di bahagian ini.

Kebiasaannya, soalan akan mengandungi gambarajah atau penyelesaian masalah. Aplikasikan maklumat yang diberi dan pilih jawapan yang tepat.

Contoh Soalan Kemahiran Logik

Contoh 1:

Apakah nilai R yang paling sesuai?

6886

6552

R

6110

8866

6255

3632

6101

A. 6323B. 6233C. 6322D. 6332

Jawapan : D

Teknik menjawab:

Lihat kumpulan nombor first row bermula digit 6. Digit ke-2 dan ke-3 adalah nombor yang sama. Kesimpulannya, digit ke-2 dan ke-3 memiliki corak sama antara kumpulan nombor. Maka, jawapan tepat ialah 6332.

Contoh 2:

Purata umur P, Q dan R ialah 16 tahun. Umur P dan Q adalah sama. Berapakah umur P jika umur R ialah 12 tahun?

A. 12B. 14C. 16D. 18

Jawapan : D

Teknik menjawab:

(P + Q + 12) / 3 = 16;P + Q + 12 = 16 x 3;P + Q + 12 = 48;P + Q = 48 – 12;P + Q = 36;Jika P dan Q adalah sama, maka umur kedua-duanya ialah 18 tahun.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Anda akan diberikan data seperti graf atau jadual, kemudian soalan yang memerlukan analisis untuk mendapatkan jawapan. Anda perlu mengira, mencongak dan membuat unjuran melalui data yang diberikan.

Contoh Soalan Menginterpretasi Data

Contoh:

Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.

Bil. Pengunjung

Lelaki

Perempuan

Dewasa

52

68

Kanak-kanak

104

136

A. 1/3B. 2/3C. 1/4D. 2/4

Jawapan : B

Teknik menjawab:

Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang;Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang;Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3.

(iii) Konsep Matematik

Soalan-soalan di bahagian ini lebih kepada asas matematik dan logik yang mencakupi silibus PMR/PT3 hingga SPM. Anda perlu memahami beberapa konsep dan istilah matematik seperti pecahan, peratus, jarak dan masa, pertukaran unit dan banyak lagi.

Contoh Soalan Konsep Matematik

Contoh:

8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28B. 49C. 56D. 62

Jawapan : A

Teknik menjawab:

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan. Tetapi, setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah (8 x 7) / 2 = 28.

TIPS: Berdasarkan pemerhatian, soalan di seksyen Daya Menyelesaikan Masalah ini boleh dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu Penyelesaian Masalah, Menginterpretasi Data, Soalan Matematik dan Pemerhatian Logik (lebih kurang IQ test). Anda boleh belajar lebih mendalam pecahan ini dalam Rujukan Khas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29.

Seksyen C Kefahaman Bahasa Inggeris

Tahap kefahaman anda Bahasa Inggeris akan diuji dalam seksyen ini. Anda akan diuji dalam pecahan berikut:

  • Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
  • Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Anda akan diberikan sebuah petikan esei Bahasa Inggeris, soalan kefahaman beserta pilihan jawapan. Petikan mungkin pendek atau panjang dan bilangan soalan antara 5-10 soalan untuk menguji kefahaman anda tentang petikan tersebut.

Anda juga akan diuji dengan penggunaan tatabahasa Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain. Ingat kembali tak pelajaran grammar Bahasa Inggeris.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Contoh 1:

All of the sentences with collective nouns below are correct except for..

A. Mark and Matt saw a hive of bees.B. The dealer dealt a pack of cards.C. A group of lions was captured in the jungle.D. The police managed to catch a bunch of crooks during the night raid.

Jawapan : D

Read and Answer (Contoh 2 & 3)

There are two distinct species of elephant in the world, the Asiatic and the African. The Asiatic elephant is the one most frequently seen in zoos and circuses as it is easily tamed. African elephants are rarely seen in captivity. It is well known by sight from photographs and films of African Safaris.

Four races of the Asiatic elephant are recognized: The Indian or Burman, the Ceylonese, the Malayan, and the Sumatran. All these are very familiar and differ from the African elephant is taller and more lanky animal than the Asiatic. It is easily recognized by the large ears and segmented trunk.

Contoh 2:

The four races of the Asiatic elephants are: –

A. African, Ceylonese, Malayan and SumatranB. Malayan, Burman, Ceylonese and SumatranC. Indian, Burman, Malayan and CeyloneseD. Asiatic, Indian, Ceylonese and Malayan

Jawapan : B

Contoh 3:

Which statement is false?

A. African elephant has larger ears and longer trunks.B. Asiatic elephants are smaller in size compared to the African elephants.C. The African elephants are easily tamed.D. There are two distinct species of elephant in the world.

Jawapan : C

Tips #1 : Kuasai Topik Pengetahuan Am!

Untuk menjawab soalan Pengetahuan Am dengan baik, anda perlu banyak membaca dan peka dengan isu semasa. Soalan tidak ditanya secara mendalam, yang difikirkan perlu diketahui oleh seorang siswazah.

Jadi, anda hanya perlu ambil tahu secara umum sahaja tetapi hendaklah meluas. Melalui analisis kami, terdapat beberapa pecahan soalan skop pengetahuan am. Antara pecahan-pecahan berikut ialah:

  • Soalan berkaitan jawatan (PENTING!)
  • Buat pemerhatian terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • Fahami fungsi-fungsi dan peranan jabatan ini kepada masyarakat.
  • Kebiasaannya, skop yang ditanya juga berkaitan tugas dan jawatan.
  • Baca maklumat berkenaan di bawah:
  1. 1Penjara
  2. 2Pusat Pemulihan Akhlak
  3. 3Tempat Tahanan Perlindungan
  4. 4Kedudukan Institusi Penjara Malaysia
  5. 5Kedudukan Sekolah Henry Gurney
  6. 6Pusat Latihan
  • Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat
  • Ia adalah pengetahuan asas kakitangan kerajaan. Bakal penjawat awam harus tahu berkaitan maklumat ini. Antaranya adalah perbezaan pentadbiran negeri dan pusat dan lain-lain.
  • Untuk rujukan ini, boleh buat rujukan tambahan melalui buku Pengajian Am ataupun ‘Malaysia Kita’.
  • Isu Nasional
  • Berkaitan dengan isu semasa. Menguji kepekaan calon dengan perkembangan semasa dalam Negara.
  • Pernah ditanya mengenai Vaksin Covid-19 dan Proklamasi Darurat dalam exam SPA baru-baru ini.
  • Dasar Pentadbiran Negara
  • Lebih fokus kepada pelaksanaan dasar kerajaan. Contoh asar Pengangkutan Negara (2019-2030).
  • Peka kepada inisiatif kerajaan seperti PERMAI yang diumum kerajaan pada Januari lepas atau PENJANA.
  • Tarikh/Sejarah dan Fakta Penting
  • Soalan pecahan ini dah lama tak keluar dalam exam SPA tapi telah diselitkan semula dalam exam baru-baru ini.
  • Seperti biasa tiada bacaan spesifik untuk topik sejarah/fakta ini melainkan ia hanyalah pengetahuan umum.
  • Lain-lain di luar skop
  • Ini salah satu faktor menyebabkan anda tergelincir. Anda tidak boleh pakai logik akal dalam pecahan ini. Ia adalah fakta yang harus diketahui.
  • Selalunya ianya bersangkutan dengan tarikh peristiwa penting yang besar dan juga fakta penting dalam negara.
  • Persediaan untuk pecahan ini hanyalah melalui pembacaan dan pengetahuan umum anda. Mungkin anda boleh lihat sedikit sebanyak penganjuran sukan Olimpik Tokyo; di mana dan tahun berapa; sekadar memberi cadangan.

Tips #2 : Buat Latih Tubi Berulang Kali!

Seperti yang diterangkan di atas, seksyen Daya Menyelesaikan Masalah direka untuk menilai kemampuan anda berfikir secara logik dan menyelesaikan masalah.Kebanyakan calon mengeluh tidak cukup masa bila berhadapan seksyen ini. Namun, itulah penilaiannya. Anda perlu menjawab soalan dengan pantas dan betul.Secara purata anda memiliki masa seminit untuk menjawab 1 soalan. Jadi, kecekapan mengira adalah penting.

  1. 1Buat banyak latih tubi dengan soalan-soalan exam yang lepas;
  2. 2Cari set-set soalan yang khusus dalam penyelesaian masalah;
  3. 3Jawab soalan yang ringkas dan senang dulu (semasa exam);
  4. 4Jika masa nak tamat, Tembak jawapan. Jangan biar kosong.

Ini senarai topik lazim daya menyelesaikan masalah yang perlu difahamkan formula dan cara penyelesaian:

  • Pecahan dan Peratus
  • Persamaan Linear
  • Kecerunan, m
  • Persamaan Kuadratik
  • Pemfaktoran
  • Luas dan Perimeter
  • Isipadu Bongkah
  • Min, Median, Mod
  • Kebarangkalian

TIPS: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah berdasarkan silibus peringkat SPM tetapi bukannya semua bab. Jangan buang masa ulangkaji semua bab! Bab-bab yang lazim keluar dalam exam ada ditunjukkan dalam Rujukan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29.

Tips #3 : Fahamkan Penggunaan Grammar!

Seksyen C ibarat seperti seksyen bonus. Ia paling mudah kalau dibandingkan seksyen A & B. Anda perlu tahu cara menggunakan grammar yang betul.

Soalan-soalan sekadar ingin menilai tahap kefahaman English dan cara menggunakan grammar yang betul. Fahamkan pecahan-pecahan grammar berikut:

  • Pronoun (Kata Ganti)
  • Noun (Kata Benda)
  • Verb (Kata Kerja)
  • Adjective (Kata Sifat)
  • Adverb (Kata Keterangan)
  • Determiner
  • Preposistion (Kata Depan)
  • Conjunction (Kata Hubung)

Pemahamam keseluruhan petikan teks penting untuk soalan esei. Baca dan lihat idea keseluruhan esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang sekadar ingin menilai kefahaman anda.

Markah Lulus Peperiksaan Berapa?

Ini pertanyaan lazim kebanyakkan calon yang akan menduduki peperiksaan. Tidak ada penerangan jelas cara permarkahan dibuat dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29. Bagaimanapun, pihak SPA memberikan garis panduan bagaimana prestasi calon diukur:

Peperiksaan ini melibatkan tiga (3) seksyen berasingan. Calon perlu tunjukkan prestasi yang baik untuk semua kertas. Jika prestasi yang baik hanya dipamerkan pada satu (1) seksyen sahaja, maka keseluruhan prestasi calon kurang memuaskan. Bagaimanapun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap seksyen, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon dinasihatkan tidak fokus kepada seksyen tertentu.

Rujukan Khas Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Untuk mudahkan anda membuat ulangkaji peperiksaan dengan pantas menggunakan sumber rujukan lengkap, pihak Infokerjaya akan mengeluarkan sebuah rujukan khas untuk peperiksaan ini!

Seperti yang anda tahu, kesibukan menjadi punca untuk dalam membuat persediaan. Nak mengikuti perbincangan dalam group WhatsApp atau Telegram pun adakalanya sampai tak sempat.

Tambahan lagi, maklumat yang dikongsi dalam group ini juga kemungkinan kurang tepat kerana perkongsian dilakukan oleh mereka yang kurang pengetahuan serta pengalaman. Ia boleh menyebabkan kefahaman anda tersasar!

Untuk makluman, pihak Infokerjaya telah menyediakan rujukan khas exam SPA sejak tahun 2009. Setiap kali peperiksaan dibuat, nota penerangan dan contoh soalan dibuat berdasarkan format terkini.

Pengalaman 1 dekad menjadi sandaran pihak Infokerjaya menyediakan rujukan khas yang bersesuaian!

Rujukan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29

Let the pictures tell the story…

Ini sebahagian calon yang melalui pengalaman gembira bersama Tim Infokerjaya sebelum ini:

Rujukan Khas Tim Infokerjaya BUKAN Untuk Semua!

Jika Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 adalah exam kerajaan pertama anda dan anda tak tahu nak prepare apa, kami syorkan anda dapatkan rujukan khas Tim Infokerjaya untuk bahan ulangkaji.

Fikirkanlah, kekosongan jawatan dibuka hanya untuk 43 tetap dan 700 simpanan. Calon dipanggil exam pula berpuluh ribu orang. Bagaimana anda nak bersaing di kalangan 743 orang calon ini?

Justeru itu, lulus peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 ini adalah fokus utama anda. Dalam rujukan khas Tim Infokerjaya, anda akan mendapat bahan ulangkaji seperti berikut:

  • Huraian Format Tekini (2020) – Huraian terperinci pecahan format soalan setiap seksyen supaya anda jelas dan faham bentuk soalan;
  • Nota Ringkas & Formula Matematik – Nota pengetahuan am & penerangan setiap seksyen. Tak perlu dah cari buku lain. Lagipun, tak semua bab keluar;
  • 90 Contoh Soalan & Jawapan – 30 seksyen A, 30 seksyen B dan 30 seksyen C khas untuk memahirkan diri menjawab soalan peperiksaan sebenar nanti;
  • Kemaskini Percuma 3 Tahun – Ini tawaran khas Tim Infokerjaya. Anda tak perlu beli jika terima panggilan exam yang sama pada masa akan datang!

Dalam kata lain, Rujukan Khas Peperiksaan Online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 dapat menjimatkan masa ulangkaji, berorientasi latihan pengukuhan dan membantu anda menguasai soalan dalam exam online.

Untuk info lanjut rujukan, sila join channel Telegram di bawah. Kami akan kongsikan pelbagai info peperiksaan, tips dan contoh soalan dalam channel berkenaan.

Rumusan

Kami yakin anda akan tersenyum apabila melihat soalan exam nanti. Perasaan takut dan gelabah akan hilang kerana anda dah tahu konsep soalannya. Siap sediakan diri untuk belajar dan perbanyakkan latihan.

Anda sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah terbaik! Jika lulus, peluang ke peringkat temuduga semakin cerah. Peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 adalah lebih cerah.

“Selamat Maju Jaya”

© 2022 Soflyy. All rights reserved.