fbpx

Contoh Soalan Penolong Pegawai Antidadah Gred G29 | Tips Peperiksaan Online SPA

Senarai Kandungan

Tahniah kerana terpilih untuk menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Antidadah Gred S29 di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri.

Format peperiksaan kali ini terbahagi kepada 2 seksyen berasingan iaitu Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris. Sebelum anda membuat sebarang ulangkaji, baca sedikit penerangan tentang sukatan peperiksaan ini beserta contoh-contoh soalannya.

Tak kira anda calon baru atau lama, informasi ini sangat penting supaya anda dapat buat persediaan dengan lebih baik. Muat turun dahulu 40 Contoh Soalan Penolong Pegawai Antidadah S29 sebagai pra-persediaan latih tubi. Masukkan nama dan alamat emel kemudian klik butang “download sekarang”.

Untuk rujukan Ujian Psikometrik, sila join channel Telegram berikut:

TIPS: Setiap seksyen soalan ada penilaian yang tersendiri. Fahami apa tujuan penilaian tersebut dibuat supaya anda dapat buat persediaan dengan lebih baik.

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Antidadah Gred S29

Format peperiksaan mengandungi 2 seksyen utama iaitu:

  • Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen A melibatkan soalan penyelesaian masalah. Anda akan dinilai berdasarkan 3 sudut kemahiran iaitu Logik, Menginterpretasi Data dan Konsep Matematik.

Tahap soalan berbeza-beza. Ada soalan yang mudah (untuk menguji asas kefahaman) dan ada soalan yang susah (perlukan masa untuk berfikir). Tujuannya ialah untuk menilai kecekapan anda menyelesaikan permasalahan matematik. Soalan hanya merangkumi silibus diperingkat SPM sahaja.

Ramai calon mengeluh tak cukup masa. Tiada cara lain melainkan anda kena jawab soalan dengan pantas. Buat latih tubi yang banyak untuk tambah kecekapan.

Kita lihat pecahan soalan berdasarkan 3 sudut kemahiran matematik yang harus calon kuasai sebelum menduduki exam Penolong Pegawai Antidadah S29.

(i) Kemahiran Logik

Anda perlu gunakan kepintaran membuat pemerhatian untuk jawab soalan bahagian ini.

Biasanya, soalan mengandungi rajah atau penyelesaian masalah. Anda hanya perlu aplikasikan maklumat yang diberi dan pilih jawapan yang tepat.

Contoh Soalan Kemahiran Logik

Contoh 1:

Apakah nilai R yang paling sesuai?

6886

6552

R

6110

8866

6255

3632

6101

A. 6323B. 6233C. 6322D. 6332

Jawapan : D

Teknik menjawab:

Lihat kumpulan nombor first row bermula digit 6. Digit ke-2 dan ke-3 adalah nombor yang sama. Kesimpulannya, digit ke-2 dan ke-3 memiliki corak sama antara kumpulan nombor. Jawapan tepat ialah 6332.

Contoh 2:

Purata umur P, Q dan R ialah 16 tahun. Umur P dan Q adalah sama. Berapakah umur P jika umur R ialah 12 tahun?

A. 12B. 14C. 16D. 18

Jawapan : D

Teknik menjawab:

(P + Q + 12) / 3 = 16;P + Q + 12 = 16 x 3;P + Q + 12 = 48;P + Q = 48 – 12;P + Q = 36;Jika P dan Q adalah sama, maka umur kedua-duanya ialah 18 tahun.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Anda akan diberikan data seperti graf atau jadual, kemudian soalan perlu di analisis untuk mendapatkan jawapan. Anda perlu kira, congak dan membuat unjuran melalui data yang diberikan.

Contoh Soalan Menginterpretasi Data

Contoh:

Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.

Bil. Pengunjung

Lelaki

Perempuan

Dewasa

52

68

Kanak-kanak

104

136

A. 1/3B. 2/3C. 1/4D. 2/4

Jawapan : B

Teknik menjawab:

Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang;Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang;Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3.

(iii) Konsep Matematik

Soalan pada bahagian ini lebih kepada asas matematik dan logik yang mencakupi silibus PMR/PT3 hingga SPM. Anda perlu memahami beberapa konsep dan istilah matematik seperti pecahan, peratus, jarak dan masa, pertukaran unit dan banyak lagi.

Contoh Soalan Konsep Matematik

Contoh:

8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28B. 49C. 56D. 62

Jawapan : A

Teknik menjawab:

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan. Tetapi, setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah (8 x 7) / 2 = 28.

TIPS: Berdasarkan pemerhatian kami, soalan Daya Menyelesaikan Masalah boleh dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu Penyelesaian Masalah, Menginterpretasi Data, Soalan Matematik dan Pemerhatian Logik (lebih kurang IQ test). Anda boleh belajar lebih mendalam pecahan ini dalam Rujukan Exam Penolong Pegawai Antidadah S29.

Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris

Tahap penguasaan Bahasa Inggeris anda akan dinilai berdasarkan pecahan berikut:

  • Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
  • Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Anda diberikan sebuah petikan esei (english,) soalan kefahaman dan pilihan jawapan. Petikan mungkin pendek atau panjang. Bilangan soalan antara 5-8 untuk uji kefahaman anda tentang petikan tersebut.

Anda juga akan diuji penggunaan tatabahasa Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain. Ingat kembali tak pelajaran grammar Bahasa Inggeris.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Contoh 1:

All of the sentences with collective nouns below are correct except for..

A. Mark and Matt saw a hive of bees.B. The dealer dealt a pack of cards.C. A group of lions was captured in the jungle.D. The police managed to catch a bunch of crooks during the night raid.

Jawapan : D

Read and Answer (Contoh 2 & 3)

There are two distinct species of elephant in the world, the Asiatic and the African. The Asiatic elephant is the one most frequently seen in zoos and circuses as it is easily tamed. African elephants are rarely seen in captivity. It is well known by sight from photographs and films of African Safaris.

Four races of the Asiatic elephant are recognized: The Indian or Burman, the Ceylonese, the Malayan, and the Sumatran. All these are very familiar and differ from the African elephant is taller and more lanky animal than the Asiatic. It is easily recognized by the large ears and segmented trunk.

Contoh 2:

The four races of the Asiatic elephants are: –

A. African, Ceylonese, Malayan and SumatranB. Malayan, Burman, Ceylonese and SumatranC. Indian, Burman, Malayan and CeyloneseD. Asiatic, Indian, Ceylonese and Malayan

Jawapan : B

Contoh 3:

Which statement is false?

A. African elephant has larger ears and longer trunks.B. Asiatic elephants are smaller in size compared to the African elephants.C. The African elephants are easily tamed.D. There are two distinct species of elephant in the world.

Jawapan : C

Tips #1 : Buat Latih Tubi Berulang Kali!

Seperti yang diterangkan di atas, seksyen Daya Menyelesaikan Masalah direka untuk menilai kemampuan anda menyelesaikan masalah dan berfikiran secara logik.Masa sangat sensitif dalam seksyen ini. Jadi, anda perlu gunakan masa 25 minit sebaik-baiknya untuk menyelesaikan 20 soalan. Anda perlu menjawab soalan dengan cepat dan tepat.Secara purata anda mempunyai masa 1 minit untuk 1 soalan. Jadi, kecekapan mengira sangat penting.

  1. 1Buat banyak latih tubi soalan-soalan exam yang lepas;
  2. 2Buat latihan set-set soalan  khusus dalam penyelesaian masalah;
  3. 3Jawab soalan yang ringkas dan senang dulu (semasa exam);
  4. 4Jika masa nak tamat, tembak jawapan. Jangan biarkan kosong.

Ini senarai topik lazim Daya Menyelesaikan Masalah. Anda perlu faham formula dan cara penyelesaian:

  • Pecahan dan Peratus
  • Persamaan Linear
  • Kecerunan, m
  • Persamaan Kuadratik
  • Pemfaktoran
  • Luas dan Perimeter
  • Isipadu Bongkah
  • Min, Median, Mod
  • Kebarangkalian

TIPS: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah berdasarkan silibus peringkat SPM tetapi bukannya semua bab. Jangan buang masa ulangkaji semua bab! Bab-bab yang lazim keluar dalam exam ada ditunjukkan dalam Rujukan Exam Penolong Pegawai Antidadah Gred 29.

Tips #2 : Fahamkan Penggunaan Grammar!

Seksyen B ibarat seperti seksyen bonus. Ia paling mudah kalau dibandingkan seksyen A. Anda perlu tahu cara menggunakan grammar dengan betul.

Soalan-soalan sekadar ingin menilai tahap kefahaman English dan cara menggunakan grammar yang betul. Fahamkan pecahan-pecahan grammar berikut:

  • Pronoun (Kata Ganti)
  • Noun (Kata Benda)
  • Verb (Kata Kerja)
  • Adjective (Kata Sifat)
  • Adverb (Kata Keterangan)
  • Determiner
  • Preposistion (Kata Depan)
  • Conjunction (Kata Hubung)

Pemahamam keseluruhan petikan teks penting untuk soalan esei. Baca dan lihat idea keseluruhan esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang sekadar ingin menilai kefahaman anda.

Berapakah Jumlah Markah Lulus?

Ini soalan lazim daripada calon yang menduduki peperiksaan. Tidak ada penerangan jelas tentang cara permarkahan untuk peperiksaan online Penolong Pegawai Antidadah Gred S29. Bagaimanapun, pihak SPA memberikan garis panduan bagaimana prestasi calon diukur:

Peperiksaan ini melibatkan tiga (3) seksyen berasingan. Calon perlu tunjukkan prestasi yang baik untuk semua seksyen. Jika prestasi yang baik hanya dipamerkan pada satu (1) seksyen sahaja, maka prestasi keseluruhan calon dianggap kurang memuaskan. Bagaimanapun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap seksyen, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon dinasihatkan tidak fokus kepada seksyen tertentu.

Rujukan Khas Exam Penolong Pegawai Antidadah Gred S29

Untuk mudahkan anda buat ulangkaji exam dengan cepat menggunakan bahan rujukan yang lengkap, pihak Infokerjaya akan mengeluarkan sebuah rujukan khas untuk peperiksaan ini!

Seperti yang anda tahu, kesibukan menjadi punca untuk dalam membuat persediaan. Nak mengikuti perbincangan dalam group-group khas pun adakalanya sampai tak sempat.

Tambahan pula, maklumat yang dikongsikan dalam group ini kemungkinan kurang tepat kerana mereka yang membuat perkongsian kurang pengetahuan dan pengalaman. Ia boleh menyebabkan kefahaman anda mengenai peperiksaan ini boleh tersasar dari skop sebenar.

Untuk makluman, pihak Infokerjaya telah menyediakan rujukan khas exam SPA sejak tahun 2009. Setiap kali peperiksaan dibuat, nota penerangan dan contoh soalan dibuat berdasarkan format terkini.

Pengalaman menjadi sandaran pihak Infokerjaya dalam menyediakan rujukan yang bersesuaian!

Rujukan Penolong Pegawai Antidadah Gred S29 akan dilancarkan!

Let the pictures tell the story…

Ini sebahagian calon yang melalui pengalaman gembira bersama Tim Infokerjaya sebelum ini:

Rujukan Khas Tim Infokerjaya BUKAN Untuk Semua!

Jika peperiksaan penolong pegawai antidadah ini merupakan exam pertama anda dan tak tahu nak prepare apa, kami syor anda dapatkan rujukan khas Tim Infokerjaya untuk bahan ulangkaji.

Kekosongan jawatan yang dibuka seramai 12 tetap dan 50 simpanan. Calon yang dipanggil exam pula mungkin mencecah 10 ribu orang atau lebih (berdasarkan statistik exam lepas).

Bagaimana anda nak bersaing dengan puluhan ribu orang calon ini?

Justeru itu, lulus dalam exam Penolong Pegawai Antidadah S29 adalah keutamaan anda. Dalam rujukan khas Tim Infokerjaya ini, anda akan mendapat bahan ulangkaji seperti berikut:

  • Huraian Format Tekini (2022) – Huraian terperinci pecahan format soalan setiap seksyen supaya anda jelas dan faham bentuk soalan;
  • Nota Ringkas & Formula Matematik – Nota & penerangan setiap seksyen. Tak perlu dah cari buku lain. Lagipun, tak semua bab keluar;
  • 60 Contoh Soalan & Jawapan – 30 Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan 30 Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris untuk anda mahir jawab soalan exam nanti;
  • Kemaskini Percuma 3 Tahun – Ini tawaran Tim Infokerjaya. Anda tak perlu beli jika terima panggilan exam yang sama pada masa akan datang!

Dalam erti kata lain, Rujukan Exam Penolong Pegawai Antidadah Gred S29 dapat menjimatkan masa ulangkaji anda, berorientasikan latih tubi pengukuhan untuk penguasaan soalan exam online SPA.

Untuk info lanjut rujukan ini, sila join channel Telegram di bawah. Kami akan kongsi pelbagai info exam, tips dan contoh soalan dalam channel berkenaan.

Rumusan

Kami yakin dengan persediaan yang betul dan cukup untuk peperiksaan Penolong Pegawai Antidadah Gred S29 kali ini, anda boleh tersenyum melihat soalan sebenar exam nanti.

Perasaan takut dan gelabah akan hilang kerana anda tahu mengenai konsep soalan. Siapkan diri untuk belajar dengan lebih banyak dan buat banyak soalan latih tubi.

Anda dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah terbaik! Jika lulus, peluang ke peringkat temuduga akan cerah seterusnya menjawat jawatan yang diidamkan selama ini.

“Selamat Maju Jaya”

© 2022 Soflyy. All rights reserved.