fbpx

DOWNLOAD 40 CONTOH SOALAN EXAM PENOLONG JURUAUDIT W29

Masukkan nama dan email anda muat turun 40 contoh soalan dan jawapan melalui inbox sekarang.

Privasi emel anda dipelihara dan tak berkongsi dengan pihak lain.

Format Exam Penolong Juruaudit 2021

Ada 2 seksyen berasingan dalam format exam Penolong Juruaudit Gred W29 iaitu:-

Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris

Tarikh

Peperiksaan

Seksyen

Masa Dari

Masa Hingga

19/08/2021

Daya Menyelesaikan Masalah

A

2:00 petang

2:25 petang

Kefahaman Bahasa Inggeris

B

2:40 petang

3:00 petang

Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah

Calon dinilai dari 3 sudut iaitu Kemahiran Logik, Menginterpretasi Data dan Konsep Matematik dalam seksyen ini. Soalan hanya merangkumi silibus SPM sahaja.

Kebiasaannya, masa memang tidak cukup disebabkan ada beberapa soalan cuba memerangkap anda jika tidak berhati-hati. Jika nak skor yang tinggi, perlu jawab soalan dengan cepat dan betul.

Kita lihat huraian pecahan-pecahan soalan:

(i) Kemahiran Logik

Calon perlu menggunakan kepintaran memerhati dan berfikir untuk jawab soalan dbahagian ini.

Biasanya soalan mengandungi rajah atau penyelesaian masalah. Aplikasikan informasi yang diberi dan pilih jawapan tepat.

Contoh Soalan Kemahiran Logik

(ii) Menginterpretasi Data

Anda akan diberikan data seperti graf atau jadual. Kemudian, soalan akan dianalisis untuk dapatkan jawapan. Anda perlu mengira dan membuat unjuran melalui data yang diberikan.

Contoh Soalan Interpretasi Data

(iii) Konsep Matematik

Soalannya lebih kepada asas matematik dan logik yang mencakupi silibus PMR/PT3 sehingga SPM. Anda perlu fahamkan beberapa konsep dan istilah matematik seperti pecahan, peratus, jarak &masa, pertukaran unit dan lain-lain.

Contoh Soalan Konsep Matematik

Nota: Mengikut pemerhatian kami, soalan seksyen A biasanya dicerakinkan kepada 4 bahagian iaitu Penyelesaian Masalah, Menginterpretasi Data,Soalan Matematik dan Pemerhatian Logik (lebih kurang IQ test).

Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris

Kefahaman calon dalam bahasa inggeris akan diuji dalam seksyen B. Calon akan dinilai berdasarkan 2 pecahan berikut:

  • Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
  • Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Calon diberikan sebuah petikan esei english, soalan kefahaman dan pilihan jawapan. Petikan esei mungkin pendek atau panjang. 5-8 buah soalan untuk menguji kefahaman tentang petikan.

Calon juga akan diuji ketika menggunakan grammar seperti Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain. Ingat kembali pelajaran grammar SPM dulu.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Read and Answer (Contoh 2 & 3)

There are two distinct species of elephant in the world, the Asiatic and the African. The Asiatic elephant is the one most frequently seen in zoos and circuses as it is easily tamed. African elephants are rarely seen in captivity. It is well known by sight from photographs and films of African Safaris.

Four races of the Asiatic elephant are recognized: The Indian or Burman, the Ceylonese, the Malayan, and the Sumatran. All these are very familiar and differ from the African elephant is taller and more lanky animal than the Asiatic. It is easily recognized by the large ears and segmented trunk.

Tips Seksyen A : Buat banyak Latih tubi

Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah direka untuk menilai kemampuan anda berfikir secara logik dan menyelesaikan masalah.

Kebanyakan calon mengeluh tak cukup masa tetapi perlu jawab dengan laju dan betul. Secara purata, anda ada 1 minit untuk 1 soalan. Kecekapan mengira penting.

  1. 1Buat banyak latih tubi dengan soalan-soalan exam yang lepas;
  2. 2Cari set-set soalan yang khusus dalam penyelesaian masalah;
  3. 3Jawab soalan yang ringkas dan senang dulu (semasa exam);
  4. 4Jika masa nak tamat, Tembak jawapan. Jangan biar kosong.

Senarai topik lazim Daya Menyelesaikan Masalah yang perlu difahami formula dan cara penyelesaian:

  • Pecahan dan Peratus
  • Persamaan Linear
  • Kecerunan, m
  • Persamaan Kuadratik
  • Pemfaktoran
  • Luas dan Perimeter
  • Isipadu Bongkah
  • Min, Median dan Mod
  • Luas dan Perimeter
  • Kebarangkalian

Tips Seksyen B: Kuasai penggunaan Grammar!

Seksyen B ibarat seksyen bonus dan paling mudah berbanding seksyen A. Anda perlu tahu cara penggunaan grammar yang betul. Soalan mahu menilai tahap kefahaman dan penguasaan anda.

  • Pronoun (Kata Ganti)
  • Noun (Kata Benda)
  • Verb (Kata Kerja)
  • Adjective (Kata Sifat)
  • Adverb (Kata Keterangan)
  • Determiner
  • Preposistion (Kata Depan)
  • Conjunction (Kata Hubung)

Untuk soalan petikan esei, pemahaman teks keseluruhan petikan sangat penting. Baca dan fahamkan keseluruhan idea esei  dan jawab soalan objektif yang ingin menguji kefahaman anda!

Markah Lulus Peperiksaan Berapa?

Ini pertanyaan lazim kebanyakkan calon. Tidak ada penerangan jelas cara permarkahan dalam exam online. Bagaimanapun, pihak SPA ada memberikan garis panduan tentang bagaimana prestasi calon diukur dalam peperiksaan online:-

Peperiksaan ini melibatkan tiga (3) seksyen berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) seksyen sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak fokus kepada kertas tertentu sahaja.

Dengan penerangan format ini, calon akan semakin jelas dengan soalan-soalan yang bakal dijawab semasa exam sebenar (19 OGOS) nanti. Cuba jawab contoh soalan yang diberikan melalui emel sebentar tadi untuk meningkatkan lagi keyakinan anda.

Bagaimanapun, kami faham ramai dikalangan calon masih blur atau stuck tak tahu nak mula daripada mana. Kami ada satu solusi (rujukan) untuk mudahkan persediaan ulangkaji anda.

Kami amat yakin bahan rujukan yang lengkap ini dapat membantu anda membuat persediaan dari A – Z dengan pantas dan tepat. Tekan button di bawah untuk info lanjut.

© 2022 Soflyy. All rights reserved.