Peperiksaan Online Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) adalah peperiksaan memasuki perkhidmatan awam yang julung kalinya diadakan pihak SPA. Tahniah, anda adalah pelopor dalam peperiksaan ini!
Jika anda menduduki peperiksaan ini pada 22 Disember 2020, buatlah persediaan secukupnya kerana inilah peluang untuk anda menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir N41 di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa sebenarnya format peperiksaan dan apakah persediaan yang perlu anda buat untuk kuasai penilaian kali ini?
TIPS: Bukan sekadar hanya tahu format peperiksaan tetapi faham apakah penilaian yang sedang dilakukan pihak SPA terhadap diri anda (calon)!
Format Peperiksaan Pegawai Tadbir N41
Format peperiksaan akan melibatkan 3 seksyen berasingan iaitu:-
- Seksyen A : Pengetahuan Am
- Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris
Seksyen A Pengetahuan Am
Seksyen A mengandungi 30 soalan pengetahuan am berkaitan pengetahuan berkenaan jawatan (Pegawai Rekod Perubatan), sumber manusia dan organisasi, pentadbiran sosial / infrastruktur, pembangunan wilayah / tanah / daerah / tempatan, ekonomi dan kewangan, teknologi maklumat dan komunikasi serta lain-lain perkembangan semasa.
Ia bertujuan untuk menguji daya kesedaran anda terhadap perkara yang berlaku di sekeliling. Anda hanya perlu tahu "secara umum" mengenai bidang-bidang ini semua.
Contoh Soalan Pengetahuan Am
Contoh 1:
Berikut adalah benar mengenai Rekod Perubatan KECUALI
A. Dokumen maklumat pemeriksaan dan rawatan pesakit.
B. Satu kaedah pengurusan sistem fail dalam amalan 5S.
C. Diklasifikasikan sebagai sulit berdasarkan etika perubatan.
D. Hak milik mutlak kepada hospital KKM yang berkaitan.
Jawapan :B
Contoh 2:
Belanjawan Negara Malaysia mempunyai dua komponen utama hasil dan perbelanjaan negara. Kesemua di bawah adalah merupakan kategori bagi perbelanjaan negara kecuali
A. Perbelanjaan perbekalan
B. Perbelanjaan tanggungan
C. Perbelanjaan pembangunan
D. Perbelanjaan jangka pendek
Jawapan : D
Contoh 3:
Komponen asas komputer terdiri daripada empat bahagian iaitu Peranti Input, Peranti Output, Unit Storan atau Unit Ingatan dan Unit Pemprosesan.
Tetikus merupakan contoh bagi
A. Unit Storan
B. Peranti Input
C. Peranti Output
D. Unit Pemprosesan
Jawapan : B
Contoh 4:
Kuasa tertinggi pentadbiran negera adalah
A. Perdana Menteri
B. Majlis Raja-Raja
C. Yang di-Pertuan Agong
D. Perlembagaan Malaysia
Jawapan : D
Contoh 5:
Negara yang tidak membuat tuntutan terhadap Kepulauan Spratly ialah
A. China
B. Vietnam
C. Cambodia
D. Brunei Darussalam
Jawapan : C
Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B melibatkan pengiraan atau penyelesaian matematik. Anda dikehendaki menyelesaikan masalah yang dikemukakan dalam soalan matematik berdasarkan 3 kemahiran iaitu Kemahiran Logik, Kemahiran Menginterpretasi Data dan Konsep Matematik dan Perakaunan.
(i) Kemahiran Logik
Anda perlu menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir dan kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Contoh Soalan Kemahiran Logik
Contoh 1:
Apakah nilai R yang paling sesuai?
6886 | 6552 | R | 6110 |
8866 | 6255 | 3632 | 6101 |
A. 6323
B. 6233
C. 6322
D. 6332
Jawapan : D
Teknik Menjawab:
Nombor pertama = 6;
Nombor ke-2 dan ke-3 = nombor yang sama;
Nombor terakhir = baki nombor;
Kesimpulannya, nombor kedua dan ketiga mempunyai corak yang sama antara kumpulan nombor.
Contoh 2:
Purata umur P, Q dan R ialah 16 tahun. Umur P dan Q adalah sama. Berapakah umur P jika umur R ialah 12 tahun?
A. 12
B. 14
C. 16
D. 18
Jawapan : D
Teknik menjawab:
Jumlah semua kad = 12 keping;
Jumlah kad bertanda A = 4 keping;
Kebarangkalian kad bertanda A dicabut = 4/12 = 1/3.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan data perangkaan. Data perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar calon mudah untuk memberikan jawapan.
Contoh Soalan Menginterpretasi Data
Contoh:
Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.
Bil. Pengunjung | Lelaki | Perempuan |
---|---|---|
Dewasa | 52 | 68 |
Kanak-kanak | 104 | 136 |
A. 1/3
B. 2/3
C. 1/4
D. 2/4
Jawapan : B
Teknik menjawab:
Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang;
Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang;
Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3.
(iii) Konsep Matematik dan Perakaunan
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Soalan-soalan akan ditarafkan dan perlu diketahui oleh calon-calon dalam bidang perakaunan.
Contoh Soalan Konsep Matematik
Contoh:
8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
Jawapan : D
Teknik menjawab:
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah (8 x 7) / 2 = 28.
NOTA : Berdasarkan pemerhatian, soalan Daya Menyelesaikan Masalah boleh dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu Penyelesaian Masalah, Menginterpretasi Data, Soalan Matematik serta Pemerhatian Logik (lebih kurang IQ test). Belajar dengan terperinci semua bahagian ini dalam Rujukan Khas Pegawai Tadbir N41.
Seksyen C Kefahaman Bahasa Inggeris
Dalam seksyen ini, anda akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan merangkumi petikan esei beserta soalan-soalan kefahaman dan tatabahasa. Anda diuji dalam pecahan berikut:-
- Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
- Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris
Anda diberikan sebuah petikan Bahasa Inggeris dan pilihan jawapan. Petikan itu mungkin pendek atau panjang. Bilangan soalan antara 5-10 soalan bagi menguji kefahaman anda tentang petikan tersebut.
Oleh itu, anda perlu membaca petikan dan fahamkan apa yang cuba disampaikan. Baca petikan yang diberi sepintas lalu. Kemudian, baca semula secara keseluruhan dan jawab soalan-soalannya.
Anda juga diuji dengan penggunaan tatabahasa seperti Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain. Anda perlu ingat kembali pelajaran grammar Bahasa Inggeris.
Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris
Contoh 1:
All of the sentences with collective nouns below are correct except for..
A. Mark and Matt saw a hive of bees.
B. The dealer dealt a pack of cards.
C. A group of lions was captured in the jungle.
D. The police managed to catch a bunch of crooks during the night raid.
Jawapan : D
Read the passage below and answer the questions that follow (contoh soalan 2 dan 3).
Being blind has not stopped Hesham Kamel from participating in the cyberworld. He has also made it possible for other blind people to draw images. A PhD student at UC Berkeley’s Department of Electrical Engineering and Computer Sciences, Hesham found his research efforts were often hindered by his reliance on a sighted person who could assist with the production of graphical elements. About four years ago, after being forced to miss a deadline when his sighted assistant was on vacation, he decided to take matters into his own hands. Hesham designed a unique computer-drawing program called Integrated Communication 2 Draw, or IC2D, that allows visually-impaired users to create and `see’ images on the computer screen.
Although the computing industry has made some big strides in developing software to assist the sight-impaired, there is still a lack of products on the market, particularly when it comes to computer-assisted drawing. There is also a common misconception that blind people simply cannot handle visual tasks. Such erroneous beliefs provided another major motivation for Hesham’s efforts. He found that people would ask him why blind people would even need to draw something that they could not see. “There are many people out there who can’t understand that blind people have imagination, just as sighted people do,” he asserts.
In addition, Hesham was frustrated by the short-sightedness of the computer industry. Although the trend in technology is generally towards smaller, faster and cheaper products, Hesham found quite the reverse to be true when it came to products for the sightless. “The devices we need to use with computers - such as a 50-pound Braille printer – are large, expensive or both,” he notes. Thus, one of his primary goals in devising the IC2D software was that it be both portable and compatible with any computer screen reader for the blind. “More than anything, I want to change the way people think when they develop technology for the visually-impaired,” he explains. Recently, Hesham has been busy taking his invention round the conference circuit in both America and Europe. With IC2D, users would be able to create elaborate drawings for work and pleasure.
Contoh 2:
What hindrance did he face in his research?
A. He needed help to produce graphical elements.
B. His reliance on another blind people.
C. The possibility for other blind people to draw images.
D. The assistance with the production of graphical elements.
Jawapan : A
Contoh 3:
The phrase “he decided to take matters into his own hands”, means that...
A. He missed a deadline for his assignment.
B. He decided to deal with the problem himself.
C. He resolved the matter with his assistant.
D. He used his hands on the computer.
Jawapan : B
Tips #1 : Kuasai Topik Pengetahuan Am
Baca banyak nota berkaitan dengan rekod perubatan di hospital kerajaan. Soalan peperiksaan biasanya akan berkisar pengetahuan umum seperti istilah, fungsi rekod perubatan, skop tugasan dan perjawatan, tatacara dan peraturan.
Selain hal ehwal berkaitan perakaunan, anda juga perlu tahu struktur pentadbiran negeri dan pusat, sejarah Malaysia atau kenegaraan, dasar pentadbiran negara dan isu-isu nasional.
Ambil tahu juga hal-hal berkaitan ekonomi, perdagangan, teknologi maklumat dan komunikasi, tarikh penting dan lain-lain topik di luar skop jawatan. Dapatkan maklumat untuk tempoh 2 tahun kebelakang.
Tips #2 : Buat Latih Tubi Berulang Kali!
Kepantasan adalah kunci untuk anda skor semua soalan Daya Menyelesaikan Masalah. Ini kerana purata masa untuk menjawab hanya sekitar 1 minit sahaja. Buat banyak latih tubi untuk membiasakan diri dengan soalan dan memahirkan diri untuk menjawab soalan yang susah.
Ini senarai topik popular daya menyelesaikan masalah yang perlu difahamkan formula dan cara penyelesaian:=
- Pecahan dan Peratus
- Persamaan Linear
- Kecerunan, m
- Persamaan Kuadratik
- Pemfaktoran
- Luas dan Perimeter
- Isipadu Bongkah
- Min, Median, Mod
- Kebarangkalian
NOTA : Soalan Daya Menyelesaikan Masalah berdasarkan silibu peringkat SPM tetapi bukannya semua bab. Jangan buang masa ulangkaji semua bab! Bab-bab yang lazim keluar ada ditunjukkan dalam Rujukan Khas Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan).
Tips #3 : Fahamkan Penggunaan Grammar!
Seksyen C Kefahaman Bahasa Inggeris ibarat seksyen bonus buat anda. Ini seksyen paling mudah jika dibandingkan dengan seksyen A dan B. Anda hanya perlu tahu mengenai tatabahasa (grammar).
Soalan-soalan dalam seksyen ini hanya untuk menguji tahap kefahaman anda dalam Bahasa Inggeris serta penggunaan tatabahasa yang betul. Fahamkan pecahan-pecahan grammar berikut:
- Pronoun (Kata Ganti)
- Noun (Kata Benda)
- Verb (Kata Kerja)
- Adjective (Kata Sifat)
- Adverb (Kata Keterangan)
- Determiner
- Preposistion (Kata Depan)
- Conjunction (Kata Hubung)
Untuk soalan esei, pemahamam teks keseluruhan petikan adalah penting. Baca dan lihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang ingin menguji kefahaman anda.
Markah Lulus Peperiksaan Berapa?
Ini pertanyaan lazim kebanyakkan calon yang menduduki peperiksaan. Tidak ada penerangan jelas mengenai cara permarkahan dibuat dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan). Bagaimanapun, pihak SPA ada memberikan garis panduan tentang bagaimana prestasi calon diukur dalam peperiksaan online:-
Peperiksaan ini melibatkan tiga (3) seksyen berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) seksyen sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.
Rujukan Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir N41
Untuk memudahkan anda membuat ulangkaji pantas dengan berpandukan kepada sumber rujukan yang lengkap, Tim Infokerjaya akan mengeluarkan sebuah rujukan khas untuk peperiksaan ini!
Seperti yang anda tahu, kesibukan dan kesuntukkan masa adalah batu penghalang untuk membuat persediaan. Nak ikuti perbincangan dalam grup WhatsApp atau Telegram pun sampai tak sempat.
Maklumat yang dikongsi dalam grup ini juga kemungkinan kurang tepat kerana rata-rata berkongsi tidak cukup pengetahuan dan pengalaman. Ia boleh menyebabkan kefahaman anda tersasar.
Untuk makluman, Tim Infokerjaya telah menyediakan rujukan peperiksaan kerajaan sejak tahun 2009. Setiap kali peperiksaan dijalankan, nota dan contoh soalan akan dibuat berdasarkan format terkini.
Tim Infokerjaya telah beberapa kali mengeluarkan rujukan khas Pegawai Tadbir Gred N41 untuk pelbagai kementerian dan negeri. Pengalaman luas jadi sandaran untuk Tim Infokerjaya menyediakan rujukan bersesuaian!

Rujukan Khas Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)
Let the pictures tell the story...
Ini sebahagian calon yang melalui pengalaman gembira bersama Tim Infokerjaya sebelum ini:




Rujukan Khas Tim Infokerjaya BUKAN Untuk Semua!
Jika anda tak tahu nak prepare apa atau pun pertama kali menduduki peperiksaan online Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan), rujukan khas Tim Infokerjaya ini boleh dijadikan bahan ulangkaji utama.
Fikirkan, kekosongan jawatan dibuka hanya untuk 4 tetap dan 30 simpanan. Calon pula berpuluh ribu orang. Bagaimana nak menempatkan diri anda di kalangan 34 orang calon ini?
Lulus dahulu peperiksaan online Pegawai Tadbir N41. Kemudian baru dapat ke peringkat temuduga. Dalam rujukan khas Tim Infokerjaya, anda akan mendapat bahan ulangkaji seperti berikut:-
- Huraian Format Tekini (2020) - Huraian terperinci mengenai pecahan format soalan setiap seksyen supaya lebih jelas dan faham bentuk soalan;
- Nota Ringkas & Formula Matematik - Nota-nota yang dijangkakan akan keluar akan dimasukkan ke dalam rujukan ini. Tak perlu cari buku matematik SPM sebab tak semua bab akan keluar;
- 90 Contoh Soalan & Jawapan - 30 seksyen A, 30 seksyen B dan 30 seksyen C khas untuk memahirkan diri menjawab soalan peperiksaan;
- Kemaskini Percuma 3 Tahun - Ini tawaran terbaik Tim Infokerjaya. Anda tak perlu beli jika terima panggilan peperiksaan sama pada masa akan datang!
Dalam kata lain, Rujukan Khas Exam Online Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) menjimatkan masa ulangkaji, berorientasikan latih tubi dan membantu anda menguasai soalan dalam peperiksaan online.
Anda boleh join channel Telegram berikut untuk dapatkan info lanjut rujukan. Kami akan kongsikan pelbagai jenis info peperiksaan, tips dan juga contoh soalan dalam channel berkenaan.
Rumusan
Kami yakin anda akan tersenyum bila melihat soalan peperiksaan nanti. Perasaan takut dan gelabah akan hilang kerana anda dah tahu konsep soalannya. Sediakan diri untuk belajar dan perbanyakkan latih tubi.
Anda sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah terbaik! Jika lulus, peluang ke peringkat temuduga semakin cerah. Peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Tadbir N41 adalah lebih cerah.
“Selamat Maju Jaya”