fbpx

February 15, 2021

Comment 0

Tahniah kepada anda kerana berjaya menduduki peperiksaan online Pegawai Pendaftaran Gred KP41 pada 26 Februari ini. Anda berada di laman web yang betul kerana kami akan didedahkan info terkini cara bagaimana untuk lulus dalam peperiksaan PSEE ini.

Pertamanya, anda boleh menarik sedikit nafaz lega kerana peperiksaan pada kali ini hanya melibatkan 2 seksyen iaitu Pengetahuan Am dan Kefahaman Bahasa Inggeris untuk jawatan bertaraf Gred 41.

Ini bermakna soalan Daya Menyelesaikan Masalah tidak dimasukkan dan ini berbeza dengan peperiksaan-peperiksaan sebelum ini. Bagaimanapun, anda diingatkan supaya tidak berasa selesa kerana seksyen Pengetahuan Am juga boleh menjerat anda nanti kerana tiada soalan peperiksaan yang khusus.

Skop pengetahuan am itu sendiri sangat luas dan jika anda tidak banyak membaca  menyebabkan anda tidak boleh menjawab soalan berkenaan. Tanggungjawab sebagai calon ialah berusaha untuk menguasai seksyen-seksyen penilaian ini supaya berjaya ke peringkat yang seterusnya (temuduga).


Format Peperiksaan Pegawai Pendaftaran Gred KP41

Format peperiksaan akan melibatkan 2 seksyen berasingan iaitu:-

  • Seksyen A : Pengetahuan Am
  • Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris

DOWNLOAD 60 CONTOH SOALAN EXAM PEGAWAI PENDAFTARAN KP41

Masukkan Nama dan Email untuk download 60 contoh soalan dan jawapan secara PERCUMA menerusi email.

Privasi anda diperlihara. Maklumat anda tidak akan dikongsikan dengan pihak ketiga.

Seksyen A Pengetahuan Am

Seksyen A mengandungi 30 soalan berkaitan bidang jawatan, pentadbiran kerajaan, ekonomi, sejarah, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan perkembangan semasa dalam dan luar negara.

Tujuannya untuk menguji pengetahuan anda tentang jawatan yang dipilih dan pengetahuan di luar skop jawatan serta perkara yang berlaku di sekeliling anda. Anda perlu tahu "secara umum" sahaja tentang bidang-bidang ini.

Contoh Soalan Pengetahuan Am

Contoh 1:

Manakah antara berikut merupakan kumpulan yang dibenarkan memegang atau menyimpan kad pengenalan orang awam?

I. Tentera yang ditugaskan mengawas
II. Pegawal keselamatan
III. Penjawat awam yang diberi kuasa
IV. Pegawai pendaftaran

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

Jawapan : c

Contoh 2:

Seseorang yang ditahan dibawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, akan ditahan di

A. Institusi Penjara, Jabatan Penjara Malaysia.
B. Pusat Pemulihan Akhlak, Jabatan Penjara Malaysia.
C. Tempat Tahanan Perlindungan, Jabatan Penjara Malaysia.
D. Institusi Pemulihan Dadah, Jabatan Penjara Malaysia.

Jawapan : B

Contoh 3:

Komponen asas komputer terdiri daripada empat bahagian iaitu Peranti Input, Peranti Output, Unit Storan atau Unit Ingatan dan Unit Pemprosesan.

Tetikus merupakan contoh bagi

A. Unit Storan
B. Peranti Input
C. Peranti Output
D. Unit Pemprosesan

Jawapan : B

Contoh 4:

Kuasa tertinggi pentadbiran negera adalah

A. Perdana Menteri
B. Majlis Raja-Raja
C. Yang di-Pertuan Agong
D. Perlembagaan Malaysia

Jawapan : D

Contoh 5:

Negara yang tidak membuat tuntutan terhadap Kepulauan Spratly ialah

A. China
B. Vietnam
C. Cambodia
D. Brunei Darussalam

Jawapan : C

Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam seksyen ini, anda akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan merangkumi petikan esei beserta soalan-soalan kefahaman dan tatabahasa. Anda diuji dalam pecahan berikut:-

  • Pengertian dan Kefahaman Esei Bahasa Inggeris
  • Tatabahasa (Grammar) Bahasa Inggeris

Anda diberikan sebuah petikan Bahasa Inggeris dan pilihan jawapan. Petikan itu mungkin pendek atau panjang. Bilangan soalan antara 5-10 soalan bagi menguji kefahaman anda tentang petikan tersebut.

Oleh itu, anda perlu membaca petikan dan fahamkan apa yang cuba disampaikan. Baca petikan yang diberi sepintas lalu. Kemudian, baca semula secara keseluruhan dan jawab soalan-soalannya.

Anda juga diuji dengan penggunaan tatabahasa seperti Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain. Anda perlu ingat kembali pelajaran grammar Bahasa Inggeris.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris

Contoh 1:

All of the sentences with collective nouns below are correct except for..

A. Mark and Matt saw a hive of bees.
B. The dealer dealt a pack of cards.
C. A group of lions was captured in the jungle.
D. The police managed to catch a bunch of crooks during the night raid.

Jawapan : D

Read the passage below and answer the questions that follow (contoh soalan 2 dan 3).

Being blind has not stopped Hesham Kamel from participating in the cyberworld. He has also made it possible for other blind people to draw images. A PhD student at UC Berkeley’s Department of Electrical Engineering and Computer Sciences, Hesham found his research efforts were often hindered by his reliance on a sighted person who could assist with the production of graphical elements. About four years ago, after being forced to miss a deadline when his sighted assistant was on vacation, he decided to take matters into his own hands. Hesham designed a unique computer-drawing program called Integrated Communication 2 Draw, or IC2D, that allows visually-impaired users to create and `see’ images on the computer screen.

Although the computing industry has made some big strides in developing software to assist the sight-impaired, there is still a lack of products on the market, particularly when it comes to computer-assisted drawing. There is also a common misconception that blind people simply cannot handle visual tasks. Such erroneous beliefs provided another major motivation for Hesham’s efforts. He found that people would ask him why blind people would even need to draw something that they could not see. “There are many people out there who can’t understand that blind people have imagination, just as sighted people do,” he asserts.

In addition, Hesham was frustrated by the short-sightedness of the computer industry. Although the trend in technology is generally towards smaller, faster and cheaper products, Hesham found quite the reverse to be true when it came to products for the sightless. “The devices we need to use with computers - such as a 50-pound Braille printer – are large, expensive or both,” he notes. Thus, one of his primary goals in devising the IC2D software was that it be both portable and compatible with any computer screen reader for the blind. “More than anything, I want to change the way people think when they develop technology for the visually-impaired,” he explains. Recently, Hesham has been busy taking his invention round the conference circuit in both America and Europe. With IC2D, users would be able to create elaborate drawings for work and pleasure.

Contoh 2:

What hindrance did he face in his research?

A. He needed help to produce graphical elements.
B. His reliance on another blind people.
C. The possibility for other blind people to draw images.
D. The assistance with the production of graphical elements.

Jawapan : A

Contoh 3:

The phrase “he decided to take matters into his own hands”, means that...

A. He missed a deadline for his assignment.
B. He decided to deal with the problem himself.
C. He resolved the matter with his assistant.
D. He used his hands on the computer.

Jawapan : B

Tips #1 : Kuasai Topik Pengetahuan Am

Banyakkan pembacaan mengenai hal ehwal Jabatan Pendaftaran Negara. Ia termasuklah peranan jabatan, tugas dan tanggungjawab seorang Pegawai Pendaftaran KP41. Soalan peperiksaan biasanya akan bersifat umum seperti istilah, fungsi, skop tugasan dan perjawatan, tatacara serta peraturan.

Selain hal ehwal berkaitan jabatan, anda juga perlu mengetahui bidang-bidang berikut:

  • Sistem pentadbiran kerajaan;
  • Struktur kerajaan pusat dan negeri;
  • Dasar-dasar pentadbiran negara;
  • Tarikh / fakta / sejarah penting;
  • Badan perundangan di Malaysia
  • Jabatan kerajaan dan fungsinya
  • Badan perundangan di Malaysia

Anda perlu juga mengambil tahu juga hal-hal berkaitan ekonomi, perdagangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu topik-topik di luar skop jawatan, isu-isu semasa dalam dan luar negara. Dapatkan maklumat untuk tempoh 2 tahun kebelakang.

Untuk mendapatkan gambaran bagaimana bentuk soalannya, sila download 60 contoh soalan  Pegawai Pendaftaran Gred KP41 melalui borang khas di atas.

Tips #2 : Fahamkan Penggunaan Grammar!

Seksyen B Kefahaman Bahasa Inggeris ibarat seksyen bonus buat anda. Ini seksyen paling mudah jika dibandingkan dengan seksyen A. Anda hanya perlu tahu mengenai tatabahasa (grammar).

Soalan-soalan dalam seksyen ini hanya untuk menguji tahap kefahaman anda dalam Bahasa Inggeris serta penggunaan tatabahasa yang betul. Fahamkan pecahan-pecahan grammar berikut:

  • Pronoun (Kata Ganti)
  • Noun (Kata Benda)
  • Verb (Kata Kerja)
  • Adjective (Kata Sifat)
  • Adverb (Kata Keterangan)
  • Determiner
  • Preposistion (Kata Depan)
  • Conjunction (Kata Hubung)

Untuk soalan esei, pemahamam teks keseluruhan petikan adalah penting. Baca dan lihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang ingin menguji kefahaman anda.

Markah Lulus Peperiksaan Berapa?

Ini pertanyaan lazim kebanyakkan calon yang menduduki peperiksaan. Tidak ada penerangan jelas mengenai cara permarkahan dibuat dalam peperiksaan online Pegawai Pendaftaran KP41. Bagaimanapun, pihak SPA memberikan garis panduan tentang bagaimana prestasi calon diukur dalam peperiksaan online:-

Peperiksaan ini melibatkan tiga (3) seksyen berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) seksyen sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

Rujukan Khas Peperiksaan Pegawai Pendaftaran KP41

Untuk memudahkan anda membuat ulangkaji pantas dengan berpandukan kepada sumber rujukan yang lengkap, Tim Infokerjaya akan mengeluarkan sebuah rujukan khas untuk peperiksaan ini!

Seperti yang anda tahu, kesibukan dan kesuntukkan masa adalah batu penghalang untuk membuat persediaan. Nak ikuti perbincangan dalam grup WhatsApp atau Telegram pun sampai tak sempat.

Maklumat yang dikongsi dalam grup ini juga kemungkinan kurang tepat kerana rata-rata berkongsi tidak cukup pengetahuan dan pengalaman. Ia boleh menyebabkan kefahaman anda tersasar.

Untuk makluman, Tim Infokerjaya telah menyediakan rujukan peperiksaan kerajaan sejak tahun 2009. Setiap kali peperiksaan dijalankan, nota dan contoh soalan akan dibuat berdasarkan format terkini.

Pengalaman luas sedekad lalu menjadi sandaran untuk Tim Infokerjaya menyediakan rujukan bersesuaian!

Contoh Rujukan Khas Peperiksaan Pegawai Pendaftaran KP41

Let the pictures tell the story...

Ini sebahagian calon yang melalui pengalaman gembira bersama Tim Infokerjaya sebelum ini:


Rujukan Khas Tim Infokerjaya BUKAN Untuk Semua!

Jika anda tak tahu nak prepare apa atau pun pertama kali menduduki peperiksaan online Pegawai Pendaftaran KP41, rujukan khas Tim Infokerjaya ini boleh dijadikan bahan ulangkaji utama.

Fikirkan, kekosongan jawatan dibuka hanya untuk 2 tetap dan 10 simpanan. Calon pula confirm berpuluh ribu orang. Bagaimana nak menempatkan diri anda di kalangan 12 orang calon ini?

Apapun anda perlu lulus dalam peperiksaan online 26 Februari nanti. Kemudian baru melangkah ke peringkat seterusnya. Dalam rujukan khas, anda akan mendapat bahan ulangkaji seperti berikut:-

  • Huraian Format Tekini (2020) - Huraian terperinci mengenai pecahan format soalan setiap seksyen supaya lebih jelas dan faham bentuk soalan;
  • Nota Ringkas Untuk Ulangkaji Pantas - Nota-nota Pengetahuan Am yang berkaitan jawatan dan bidang-bidang lain dimuatkan untuk memudahkan anda membuat rujukan.
  • 190 Contoh Soalan + Huraian Jawapan - 130 contoh soalan seksyen A dan B untuk anda jawab sebagai latihan sambil belajar topik-topik dalam seksyen berkenaan.

Dalam kata lain, Rujukan Khas Exam Online Pegawai Pendaftaran KP41 menjimatkan masa ulangkaji, berorientasikan latih tubi dan membantu anda menguasai soalan dalam peperiksaan online.

Anda boleh join channel Telegram berikut untuk dapatkan info lanjut rujukan. Kami akan kongsikan pelbagai jenis info peperiksaan, tips dan juga contoh soalan dalam channel berkenaan.

Rumusan

Kami yakin anda akan tersenyum bila melihat soalan peperiksaan nanti. Perasaan takut dan gelabah akan hilang kerana anda dah tahu konsep soalannya. Sediakan diri untuk belajar dan perbanyakkan latih tubi.

Anda sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah terbaik! Jika lulus, peluang ke peringkat temuduga semakin cerah. Peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Pendaftaran GredKP41 adalah lebih cerah.

“Selamat Maju Jaya”

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>