Tahniah kerana terpilih untuk menduduki peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam S41. Sebentar lagi, kami akan guide cara membuat persediaan exam yang betul.
Setelah anda selesai membaca artikel ini, anda akan pelajari tentang:
Penerangan disertakan contoh soalan bagi memudahkan kefahaman anda. Tak kiralah anda calon baru atau pun berpengalaman, maklumat ini akan dapat membantu anda membuat persediaan yang sistematik.
Sebelum pergi lebih lanjut, download dulu “70 Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41”. Masukkan Nama & Emel di bawah kemudian klik butang download.

DOWNLOAD 70 CONTOH SOALAN PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
Masukkan Nama dan Email untuk download 70 contoh soalan dan jawapan secara PERCUMA menerusi email.
Privasi anda diperlihara. Maklumat anda tidak akan dikongsikan dengan pihak ketiga.
TIPS: Setiap seksyen soalan mempunyai penilaian tersendiri. Fahamkan apa tujuan penilaian tersebut dilakukan supaya anda dapat membuat persediaan yang baik.
Penerangan Format Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41
Format peperiksaan kali ini melibatkan 3 seksyen utama yang berasingan iaitu:
Seksyen A Pengetahuan Am
Seksyen A mengandungi 30 soalan berkaitan pelbagai bidang seperti:
Ia direka untuk menilai tahap pengetahuan am anda terhadap jawatan yang dipohon dan kesedaran mengenai perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita.
Anda perlulah ambil tahu banyak perkara kerana skop pengetahuan am sangat luas atau tidak spesifik. Ini cabaran anda!
Bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang. Skop pengetahuan am akan disoal secara umum sahaja. Bukan secara mendalam.
Contoh Soalan Pengetahuan Am
Contoh 1:
Sumber perundangan Islam pada zaman Rasulullah adalah berdasarkan
A. Wahyu Ilahi dan Ijtihad Rasulullah
B. Al-Quran dan Ijma’
C. Ijma’ dan Qias
D. As-Sunnah dan Ijtihad
Jawapan : A
Contoh 2:
Wasiah kepada bukan waris adalah dibenarkan oleh Islam. Walau bagaimanapun pewasiat digalak agar tidak mewasiatkan hartanya melebihi
A. 1/2 bahagian
B. 1/3 bahagian
C. 1/4 bahagian
D. 1/6 bahagian
Jawapan : B
Contoh 3:
Berikut merupakan komponen yang terdapat dalam badan eksekutif berdasarkan struktur pentadbiran negara KECUALI
A. Kabinet
B. Majlis Tertinggi
C. Mahkamah Tinggi
D. Yang Dipertua Negeri
Jawapan : C
Contoh 4:
Matawang Malaysia ditetapkan kepada ringgit pada bulan Ogos 1975 dan simbol "RM" digunapakai sejak Disember 1992. Apakah maksud perkataan 'ringgit'?
A. Bergerigi
B. Rata
C. Bernilai
D. Menaik
Jawapan : C
Contoh 5:
Komponen asas komputer terdiri daripada empat bahagian iaitu Peranti Input, Peranti Output, Unit Storan atau Unit Ingatan dan Unit Pemprosesan.
Tetikus merupakan contoh bagi
A. Unit Storan
B. Peranti Input
C. Peranti Output
D. Unit Pemprosesan
Jawapan : B
Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B akan melibatkan pengiraan dan penyelesaian masalah matematik. Anda dinilai berdasarkan 3 kemahiran iaitu logik, interpretasi data dan konsep matematik.
Dalam seksyen ini, setiap soalan memiliki tahap kesukaran berbeza-beza. Ada soalan mudah dan boleh dijawab dengan pantas. Ada yang perlukan masa berfikir. Soalannya merangkumi silibus SPM sahaja!
Kebanyakan calon mengeluh tidak cukup masa bila berhadapan seksyen ini. Namun, itulah penilaiannya. Anda perlu menjawab soalan dengan cepat dan tepat.
Kita lihat pecahan soalan berdasarkan 3 kemahiran matematik yang mesti dikuasai sebelum menduduki peperiksaan.
(i) Kemahiran Logik
Anda perlu menggunakan kepintaran dalam memerhati dan berfikir untuk jawab soalan di bahagian ini.
Kebiasaannya, soalan akan mengandungi gambarajah atau penyelesaian masalah. Aplikasikan maklumat yang diberi dan pilih jawapan yang tepat.
Contoh Soalan Kemahiran Logik
Contoh 1:
Apakah nilai R yang paling sesuai?
6886 | 6552 | R | 6110 |
8866 | 6255 | 3632 | 6101 |
A. 6323
B. 6233
C. 6322
D. 6332
Jawapan : D
Teknik menjawab:
Lihat kumpulan nombor first row bermula digit 6. Digit ke-2 dan ke-3 adalah nombor yang sama. Kesimpulannya, digit ke-2 dan ke-3 memiliki corak sama antara kumpulan nombor. Maka, jawapan tepat ialah 6332.
Contoh 2:
Purata umur P, Q dan R ialah 16 tahun. Umur P dan Q adalah sama. Berapakah umur P jika umur R ialah 12 tahun?
A. 12
B. 14
C. 16
D. 18
Jawapan : D
Teknik menjawab:
(P + Q + 12) / 3 = 16;
P + Q + 12 = 16 x 3;
P + Q + 12 = 48;
P + Q = 48 - 12;
P + Q = 36;
Jika P dan Q adalah sama, maka umur kedua-duanya ialah 18 tahun.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Anda akan diberikan data seperti graf atau jadual, kemudian soalan yang memerlukan analisis untuk mendapatkan jawapan. Anda perlu mengira, mencongak dan membuat unjuran melalui data yang diberikan.
Contoh Soalan Menginterpretasi Data
Contoh:
Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.
Bil. Pengunjung | Lelaki | Perempuan |
---|---|---|
Dewasa | 52 | 68 |
Kanak-kanak | 104 | 136 |
A. 1/3
B. 2/3
C. 1/4
D. 2/4
Jawapan : B
Teknik menjawab:
Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang;
Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang;
Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3.
(iii) Konsep Matematik
Soalan-soalan di bahagian ini lebih kepada asas matematik dan logik yang mencakupi silibus PMR/PT3 hingga SPM. Anda perlu memahami beberapa konsep dan istilah matematik seperti pecahan, peratus, jarak dan masa, pertukaran unit dan banyak lagi.
Contoh Soalan Konsep Matematik
Contoh:
8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
Jawapan : A
Teknik menjawab:
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan. Tetapi, setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah (8 x 7) / 2 = 28.
TIPS: Berdasarkan pemerhatian, soalan di seksyen Daya Menyelesaikan Masalah ini boleh dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu Penyelesaian Masalah, Menginterpretasi Data, Soalan Matematik dan Pemerhatian Logik (lebih kurang IQ test). Anda boleh belajar lebih mendalam pecahan ini dalam Rujukan Khas Pegawai Hal Ehwal Islam S41.
Seksyen C Kefahaman Bahasa Inggeris
Tahap kefahaman anda Bahasa Inggeris akan diuji dalam seksyen ini. Anda akan diuji dalam pecahan berikut:
Anda akan diberikan sebuah petikan esei Bahasa Inggeris, soalan kefahaman beserta pilihan jawapan. Petikan mungkin pendek atau panjang dan bilangan soalan antara 5-10 soalan untuk menguji kefahaman anda tentang petikan tersebut.
Anda juga akan diuji dengan penggunaan tatabahasa Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain. Ingat kembali tak pelajaran grammar Bahasa Inggeris.
Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris
Contoh 1:
All of the sentences with collective nouns below are correct except for..
A. Mark and Matt saw a hive of bees.
B. The dealer dealt a pack of cards.
C. A group of lions was captured in the jungle.
D. The police managed to catch a bunch of crooks during the night raid.
Jawapan : D
Read and Answer (Contoh 2 & 3)
There are two distinct species of elephant in the world, the Asiatic and the African. The Asiatic elephant is the one most frequently seen in zoos and circuses as it is easily tamed. African elephants are rarely seen in captivity. It is well known by sight from photographs and films of African Safaris.
Four races of the Asiatic elephant are recognized: The Indian or Burman, the Ceylonese, the Malayan, and the Sumatran. All these are very familiar and differ from the African elephant is taller and more lanky animal than the Asiatic. It is easily recognized by the large ears and segmented trunk.
Contoh 2:
The four races of the Asiatic elephants are: -
A. African, Ceylonese, Malayan and Sumatran
B. Malayan, Burman, Ceylonese and Sumatran
C. Indian, Burman, Malayan and Ceylonese
D. Asiatic, Indian, Ceylonese and Malayan
Jawapan : B
Contoh 3:
Which statement is false?
A. African elephant has larger ears and longer trunks.
B. Asiatic elephants are smaller in size compared to the African elephants.
C. The African elephants are easily tamed.
D. There are two distinct species of elephant in the world.
Jawapan : C
Tips #1 : Kuasai Topik Pengetahuan Am!
Untuk menjawab soalan Pengetahuan Am dengan baik, anda perlu banyak membaca dan peka dengan isu semasa. Soalan tidak ditanya secara mendalam, yang difikirkan perlu diketahui oleh seorang siswazah.
Jadi, anda hanya perlu ambil tahu secara umum sahaja tetapi hendaklah meluas. Melalui analisis kami, terdapat beberapa pecahan soalan skop pengetahuan am. Antara pecahan-pecahan berikut ialah:
- 1Penjara
- 2Pusat Pemulihan Akhlak
- 3Tempat Tahanan Perlindungan
- 4Kedudukan Institusi Penjara Malaysia
- 5Kedudukan Sekolah Henry Gurney
- 6Pusat Latihan
Tips #2 : Buat Latih Tubi Berulang Kali!
Seperti yang diterangkan di atas, seksyen Daya Menyelesaikan Masalah direka untuk menilai kemampuan anda berfikir secara logik dan menyelesaikan masalah.
Kebanyakan calon mengeluh tidak cukup masa bila berhadapan seksyen ini. Namun, itulah penilaiannya. Anda perlu menjawab soalan dengan pantas dan betul.
Secara purata anda memiliki masa seminit untuk menjawab 1 soalan. Jadi, kecekapan mengira adalah penting.
- 1Buat banyak latih tubi dengan soalan-soalan exam yang lepas;
- 2Cari set-set soalan yang khusus dalam penyelesaian masalah;
- 3Jawab soalan yang ringkas dan senang dulu (semasa exam);
- 4Jika masa nak tamat, Tembak jawapan. Jangan biar kosong.
Ini senarai topik lazim daya menyelesaikan masalah yang perlu difahamkan formula dan cara penyelesaian:
TIPS: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah berdasarkan silibus peringkat SPM tetapi bukannya semua bab. Jangan buang masa ulangkaji semua bab! Bab-bab yang lazim keluar dalam exam ada ditunjukkan dalam Rujukan Khas Pegawai Hal Ehwal Islam S41.
Tips #3 : Fahamkan Penggunaan Grammar!
Seksyen C ibarat seperti seksyen bonus. Ia paling mudah kalau dibandingkan seksyen A & B. Anda perlu tahu cara menggunakan grammar yang betul.
Soalan-soalan sekadar ingin menilai tahap kefahaman English dan cara menggunakan grammar yang betul. Fahamkan pecahan-pecahan grammar berikut:
Pemahamam keseluruhan petikan teks penting untuk soalan esei. Baca dan lihat idea keseluruhan esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang sekadar ingin menilai kefahaman anda.
Markah Lulus Peperiksaan Berapa?
Ini pertanyaan lazim kebanyakkan calon yang akan menduduki peperiksaan. Tidak ada penerangan jelas cara permarkahan dibuat dalam peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam S41. Bagaimanapun, pihak SPA memberikan garis panduan bagaimana prestasi calon diukur:
Rujukan Khas Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41
Untuk mudahkan anda membuat ulangkaji peperiksaan dengan pantas menggunakan sumber rujukan lengkap, pihak Infokerjaya akan mengeluarkan sebuah rujukan khas untuk peperiksaan ini!
Seperti yang anda tahu, kesibukan menjadi punca untuk dalam membuat persediaan. Nak mengikuti perbincangan dalam group WhatsApp atau Telegram pun adakalanya sampai tak sempat.
Tambahan lagi, maklumat yang dikongsi dalam group ini juga kemungkinan kurang tepat kerana perkongsian dilakukan oleh mereka yang kurang pengetahuan serta pengalaman. Ia boleh menyebabkan kefahaman anda tersasar!
Untuk makluman, pihak Infokerjaya telah menyediakan rujukan khas exam SPA sejak tahun 2009. Setiap kali peperiksaan dibuat, nota penerangan dan contoh soalan dibuat berdasarkan format terkini.
Pengalaman 1 dekad menjadi sandaran pihak Infokerjaya menyediakan rujukan khas yang bersesuaian!

Rujukan Pegawai Hal Ehwal Islam S41
Let the pictures tell the story...
Ini sebahagian calon yang melalui pengalaman gembira bersama Tim Infokerjaya sebelum ini:




Rujukan Khas Tim Infokerjaya BUKAN Untuk Semua!
Jika Peperiksaan Online Pegawai Hal Ehwal Islam S41 adalah exam kerajaan pertama anda dan anda tak tahu nak prepare apa, kami syorkan anda dapatkan rujukan khas Tim Infokerjaya untuk bahan ulangkaji.
Fikirkanlah, kekosongan jawatan dibuka hanya untuk 60 tetap dan 80 simpanan. Calon dipanggil exam pula belasan ribu orang. Bagaimana anda nak bersaing di kalangan 140 orang calon ini?
Justeru itu, lulus peperiksaan Pegawai Hal Ehwal islam S41 ini adalah fokus utama anda. Dalam rujukan khas Tim Infokerjaya, anda akan mendapat bahan ulangkaji seperti berikut:
Dalam kata lain, Rujukan Khas Peperiksaan Online Pegawai Hal Ehwal Islam S41 dapat menjimatkan masa ulangkaji, berorientasi latihan pengukuhan dan membantu anda menguasai soalan dalam exam online.
Untuk info lanjut rujukan, sila join channel Telegram di bawah. Kami akan kongsikan pelbagai info peperiksaan, tips dan contoh soalan dalam channel berkenaan.
Rumusan
Kami yakin anda akan tersenyum apabila melihat soalan exam nanti. Perasaan takut dan gelabah akan hilang kerana anda dah tahu konsep soalannya. Siap sediakan diri untuk belajar dan perbanyakkan latihan.
Anda sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah terbaik! Jika lulus, peluang ke peringkat temuduga semakin cerah. Peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 adalah lebih cerah.
“Selamat Maju Jaya”