Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5

By: Rayyan Shah
No comments

Kandungan Blog

Blog post banner Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5
Menjawab ujian psikometrik tanpa memahami bagaimana ianya menilai personaliti anda boleh menyebabkan kekeliruan dan pemilihan jawapan yang kurang tepat.

Artikel ini akan menunjukkan anda bentuk soalan yang akan mengukur personaliti yang diperlukan untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5.

Anda juga akan didedahkan dengan tips dan teknik jawab yang khusus berdasarkan konteks soalan untuk memastikan konsistensi jawapan.

Anda tidak perlu berteka-teki apabila menjawab soalan. Sebaliknya, anda dapat memilih jawapan berdasarkan kriteria soalan dan aspek personaliti yang diukur, menjadikan pilihan jawapan yang lebih tepat.

Sifat-sifat yang bersesuaian dengan jawatan

Ujian psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5 mengukur pelbagai aspek personaliti untuk memastikan kesesuaian anda dengan jawatan yang dipohon.

Setiap soalan mempunyai penilaian yang unik untuk mengukur personaliti, integriti dan kompetensi diri.

Pemilihan calon yang ideal penting untuk memastikan tanggungjawab dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Berikut adalah sifat-sifat utama yang bersesuaian dengan jawatan ini:
  • Kreatif, tekun dan sabar;
  • Minat untuk meningkatkan pengetahuan di dalam bidang teknologi maklumat;
  • Menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang berbeza seperti bertugas di luar kawasan pejabat;
  • Mampu menunjukkan sikap kepimpinan yang baik.

Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5

Soalan psikometrik SPA direka untuk mengukur pelbagai sifat yang unik dan ciri-ciri kompeten yang dimiliki oleh calon. Contoh-contoh soalan yang bersesuaian dengan sifat-sifat yang diperlukan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5 adalah seperti:

1. Kreatif, tekun dan sabar.

Dalam bidang teknologi maklumat, keupayaan untuk berfikir secara kreatif, bekerja dengan tekun, dan menghadapi cabaran dengan kesabaran adalah kunci kejayaan.

Individu yang mampu mencari penyelesaian inovatif, menumpukan perhatian dalam tugas, serta tidak mudah berputus asa akan lebih cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Saya cuba untuk membentuk kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atipikal.
  • Sangat tidak setuju
  • Agak tidak setuju
  • Tidak pasti
  • Agak setuju
  • Sangat setuju

keyword : kreatif

Penerangan: Jawapan ini menunjukkan calon yang kreatif sentiasa berfikiran inovatif dan tidak hanya bergantung kepada kaedah konvensional dalam menyelesaikan masalah yang luar biasa.
Saya mencari inovasi dalam tugas saya supaya dapat memperbaiki kedah kerja.
  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju

keyword : kreatif

Penerangan: Calon yang kompeten akan berusaha untuk mempertingkatkan kualiti kerja dengan mencari cara lebih efisien dan berinovasi dalam melaksanakan tugasan.
Saya sentiasa ingin mencapai objektif yang telah saya tetapkan.
  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju

keyword: tekun

Penerangan: Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan individu yang berorientasikan matlamat dan bersungguh-sungguh memastikan setiap tugas diselesaikan dengan jayanya.
Saya menumpukan perhatian terhadap tugas saya.
  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Kurang setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju

keyword : tekun

Penerangan: Calon yang tekun akan memberikan sepenuh perhatian terhadap kerja yang dilakukan bagi memastikan hasil yang berkualiti dan tepat.
Tidak pernah berputus asa.
  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju

keyword : sabar

Penerangan: Kesabaran amat penting dalam pekerjaan kerana seseorang yang tidak mudah berputus asa akan lebih cekal dalam menghadapi cabaran dan tekanan kerja.
Sentiasa bersedia memulakan semula.
  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju

keyword : sabar

Penerangan: Jawapan "Sangat setuju" menggambarkan individu berfikiran positif dan berdaya tahan dalam menghadapi kegagalan dengan semangat mencuba semula.

2. Minat untuk meningkatkan pengetahuan

Kebolehan anda untuk meneliti sesuatu perkara dengan mendalam serta mematuhi peraturan dan berfungsi dalam satu pasukan amat diperlukan dalam jawatan ini.

Saya amat menggalakkan dan menyokong pembelajaran dalam organisasi.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju

keyword : minat

Penerangan: Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan calon yang mempunyai minat dalam pembangunan ilmu dan kemahiran, serta menyokong budaya pembelajaran dalam organisasi bagi meningkatkan prestasi kerja dan inovasi.

3. Menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Sebagai seorang Penolong Pegawai Teknoloi Maklumat FA5, keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan membina kerjasama baik amat penting dalam sesebuah organisasi. Individu yang fleksibel serta proaktif dalam memperbaiki hubungan kerja akan lebih mudah mencapai kejayaan bersama pasukan.

Saya dapat menyesuaikan diri di dalam semua keadaan dalam organisasi.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju

keyword : kebolehsuaian

Penerangan: Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan calon yang fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi serta cabaran dalam organisasi, menjadikannya lebih efektif dalam bekerja dengan pelbagai individu dan persekitaran.

Saya selalu memikirkan cara memperbaiki kerjasama dengan rakan sepasukan.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Kurang setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju

keyword : kebolehsuaian

Penerangan: Jawapan "Sangat setuju" mencerminkan calon yang proaktif dalam membina hubungan kerja yang lebih baik, menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi serta kesediaan untuk meningkatkan produktiviti bersama.

4. Mampu menunjukkan sikap kepimpinan yang baik.

Kepimpinan yang berkesan bukan sekadar memberi arahan, tetapi melibatkan keupayaan membimbing, memotivasikan, dan memberi inspirasi kepada orang lain. Seseorang yang yakin dengan kemahiran kepimpinannya cenderung lebih berdaya saing dan berkesan dalam mengurus pasukan.

Saya percaya saya seorang pemimpin yang baik.

  • Sangat tidak setuju
  • Tidak setuju
  • Setuju
  • Sangat setuju

keyword : kepimpinan

Penerangan: Jawapan "Sangat setuju" menunjukkan keyakinan calon terhadap kebolehan kepimpinannya, yang penting dalam membimbing pasukan, membuat keputusan yang baik, serta memastikan matlamat organisasi tercapai.

Tips & teknik menjawab soalan psikometrik SPA

Berikut adalah beberapa panduan dan strategi untuk membantu anda menjawab soalan psikometrik SPA dengan lebih efektif:

1. Jawab dengan jujur

Jawapan yang terbaik ialah jawapan yang menggambarkan sikap dan tingkah laku sebenar anda. Jangan pilih jawapan semata-mata mahu nampak baik atau positif jika anda tidak tahu bagaimana ujian psikometrik berfungsi sepenuhnya.

Misalnya, jika soalan berbunyi, "Saya suka mengambil risiko" tetapi anda tidak suka kepada tekanan, maka jawablah "Tidak setuju".

Sebab agak sukar memanipulasikan jawapan sehingga soalan ke 199. Anda mungkin tidak sengaja menekankan satu aspek personaliti sahaja dan mengorbankan aspek yang lain. Lihat contoh soalan seterusnya:

1. Saya selalu berusaha menyelesaikan tugas tepat pada masanya.

2. Saya bekerja lebih produktif apabila tertekan dengan tarikh akhir.

Jika kedua-dua soalan ini dijawab 'Sangat Setuju' semata-mata untuk dilihat positif, ia akan menunjukkan percanggahan dalam personaliti anda.

Seseorang yang berusaha menyelesaikan tugas tepat pada masanya, mereka biasanya Tidak Setuju bahawa tekanan tarikh akhir, membuat mereka lebih produktif.

Jika mereka menjawab Setuju pada soalan kedua, ia bercanggah dengan prinsip pengurusan masa yang baik, kerana orang yang berdisiplin, cenderung tidak bergantung pada tekanan tarikh akhir untuk lebih produktif.

2. Jawapan konsisten

Konsistensi jawapan adalah kunci kepada penghasilan profil personaliti yang tepat. Ia mencerminkan kejujuran anda menjawab soalan-soalan psikometrik dan memastikan jawapan anda menggambarkan diri anda yang sebenar.

1. Saya seorang yang suka bergaul.

2. Saya lebih suka menghabiskan masa bersendirian.

Memilih jawapan "Sangat setuju / Setuju" untuk soalan 1 dan 2 adalah tidak konsisten kerana ia memberi gambaran songsang antara sifat ekstrovert dan introvert.

3. Saya seorang yang cermat dan teratur.

4. Saya sering menangguhkan kerja hingga saat akhir.

Memilih jawapan "Sangat setuju / Setuju" untuk soalan 3 dan 4 juga menunjukkan tidak konsisten dalam aspek keteraturan dan disiplin diri.

Konsistensi jawapan membolehkan personaliti diri anda dapat dinilai dengan tepat berdasarkan sikap dan kecenderungan anda. Jadi, amat penting untuk jawab setiap soalan dengan cermat dan teliti sepanjang ujian dijalankan.

3. Elakkan jawapan ekstrem

Jawapan ekstrem merujuk kepada jawapan "Sangat setuju / Sangat tidak setuju" tanpa menilai konteks soalan terlebih dahulu.

Dalam erti kata lain, pandangan yang terlalu kuat atau pun lemah mungkin tidak realistik kerana ianya tidak menggambarkan fleksibiliti dalam pemikiran anda.

Contoh soalan:

Saya selalu bersedia bekerja lebih masa tanpa mengharapkan ganjaran tambahan.

"Sangat setuju" adalah jawapan ekstrem kerana menunjukkan sikap tidak realistik atau menggambarkan kurang kepentingan kepada kesejahteraan diri.

"Setuju" adalah jawapan seimbang kerana menunjukkan anda bersedia bekerja lebih masa tetapi masih memahami kepentingan keseimbangan kerja-hidup.

Terdapat juga situasi jawapan ekstrem diperlukan, terutamanya soalan berkaitan dengan prinsip etika atau moral yang tidak boleh dikompromi.

Saya tidak akan pernah berbohong kepada pelanggan.

Memilih jawapan "Sangat Setuju" mungkin sesuai kerana ia menunjukkan komitmen anda yang kuat terhadap integriti.

4. Pertimbangkan konteks soalan

Menilai konteks soalan terlebih dahulu boleh membantu anda menjawab soalan psikometrik dengan konsisten berdasarkan nilai-nilai yang diukur.

Misalnya, soalan yang menyentuh soal integriti seperti amanah, tanggungjawab atau disiplin biasanya berbentuk situasi yang menguji prinsip moral, etika dan tindakan.

Perhatikan contoh soalan berikut:

1. Saya akan melaporkan rakan sekerja yang melakukan penipuan kepada pihak atasan.

Soalan ini dengan jelas mengukur sikap jujur dan amanah. Tindakan melaporkan kesalahan rakan sekerja dalam situasi tersebut dilihat satu tindakan berintegriti.

2. Kadangkala saya perlu menyembunyikan maklumat tertentu demi memastikan projek berjalan lancar.

Soalan ini boleh dilihat sebagai usaha menyelesaikan masalah, tetapi ia bertentangan dengan sifat ketelusan kerana menyembunyikan maklumat.

3. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai sasaran walaupun terpaksa mengabaikan beberapa prosedur.

Soalan ini seolah-olah menunjukkan dedikasi yang tinggi kepada syarikat, tetapi ia sebenarnya melanggar etika dan kepatuhan kepada peraturan.

Ketiga-tiga soalan ini jika anda jawab "Sangat setuju / Setuju", skor ujian anda akan menjadi rendah kerana ia tidak menggambarkan sikap sebenar diri anda.

Baca soalan dan pertimbangkan dengan teliti bagaimana jawapan yang anda pilih mencerminkan nilai yang diuji. Kegagalan memahami konteks soalan boleh menyebabkan masalah kebolehpercayaan.

Jangan tergesa-gesa memilih jawapan berdasarkan tanggapan pertama. Fikirkan bagaimana pilihan anda membentuk gambaran penuh personaliti diri anda.

5. Buat banyak soalan latihan

Setiap soalan psikometrik direka khusus untuk menguji aspek unik personaliti anda.

Salah satu cara untuk mengenal pasti jenis dan ciri-ciri soalan yang diuji ialah dengan membuat banyak latihan soalan-soalan psikometrik. Latihan yang berterusan dapat membantu anda meningkatkan ketepatan dan konsistensi jawapan.

Antara kelebihan membuat banyak latihan soalan ialah:
  • Meningkatkan kefahaman diri: Membantu anda memahami kekuatan dan kelemahan, membolehkan jawapan yang lebih jujur dan tepat.
  • Mengadaptasi pelbagai situasi: Mempersiapkan anda untuk pelbagai jenis soalan dan situasi yang mungkin muncul.
  • Memperbaiki kecekapan masa: Mengajar anda mengurus masa dengan lebih efisyen untuk setiap soalan.
  • Mengurangkan tekanan: Membiasakan anda dengan format dan jenis soalan, mengurangkan kebimbangan semasa ujian.
  • Memahami pola dan corak soalan: Membantu anda mengenal pasti pola soalan yang sering muncul, memudahkan persediaan.
  • Meningkatkan keyakinan diri: Latihan konsisten meningkatkan keyakinan dalam menjawab soalan dengan tepat dan konsisten.

Rujukan khas ujian psikometrik

Rujukan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA9 2025 daripada Tim Infokerjaya sangat disyorkan kepada calon yang ingin membuat ulang kaji soalan secara lebih lanjut.

Dalam rujukan ini mengandungi 200 contoh soalan psikometrik beserta penerangan jawapan berdasarkan konstruk-konstruk personaliti yang diukur oleh pihak SPA.

Dapat rujukan ini segera jika anda menambah koleksi rujukan soalan psikomterik anda kerana dalam ujian sebenar, anda akan diberikan maksimum 199 soalan.

Ini maklum balas calon yang pernah menjadikan ebook psikometrik Tim Inforkerjaya sebelum rujukan utama mereka...
👉Klik sini untuk dapatkan rujukan.

Penutup

Menghadapi ujian psikometrik memerlukan persediaan rapi dan pemahaman tentang nilai-nilai yang diukur dalam setiap soalan.

Melalui penerapan teknik-teknik yang telah dibincangkan, anda boleh meningkatkan peluang untuk lulus dalam ujian kali ini. Dengan latihan yang berterusan, anda akan lebih bersedia dan yakin menjawab soalan-soalan ini.

Akhirnya, persediaan yang baik bukan sahaja membantu anda berjaya dalam ujian ini, tetapi juga membentuk asas kukuh untuk kerjaya sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5. Teruslah berusaha dan semoga berjaya dalam mencapai cita-cita anda.
Categories: ,

Recent Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

    © 2022 Soflyy. All rights reserved.